Showing posts with label Queenstown. Show all posts
Showing posts with label Queenstown. Show all posts

Sunday, October 23, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Skyline Gondola & Luge

Assalamualaikum!

Sebulan lebih tak update. Malas katenyerrr... Nak update cerita mana satu pun berfikir2 ni hah. Tapi sambung NZ dulu lah.

Previous post:-


2 September 2015

We had to rush! Nearly 3 pm and its getting dark in Queenstown.. Perut lapar. Tak makan lagi. Kami berempat pergi satu cafe buat alas perut sekejap. Their hot chocolate is to die for! Sedap gilo. Minum & makan sambil berlari ke Skyline Queenstown. Pakcik sebelah cafe tu bagitau boleh jalan kaki je kesana. 

That cafe!

Penat weh sebab berlari kat jalan membukit. 

Tapi sempat amik gambar depan bangunan punnnn! :)

Kami booked Gondola + 3 Luge Ride bulan July 2015, kat website Skyline. Harga NZD 48 per person. Sekarang dah jadi NZD 50 yerr.. 

Kaunter tiket, kalau nak beli masa ni pun boleh jugakk...

The thing is...... only four of us arrived there without Khal & Azfar. Booking tix pulak kat kitorang. Ingat dorang dah sampai dulu. Jadi kita gamble aje cakap kat orang kaunter tu, lagi 2 orang akan menyusul kemudian. Kitorang suruh orang kaunter pegangkan reservation tix tu la. Lucky us, dia cakap OK! Whoaaaa terharu kiterrr.. 

Walaupun gambar blur, saje nak bagitau abam jaga Gondola ni hensem hoi! :)
I told ya lelaki kat NZ ni semua hensem tau. Hahahha.

Dapat naik 4 orang sekali... Best dan view LAWA sangat!

View dari GoPro yang tak berapa nak zoom sangat lah.

Kamera Ain yang zoom lebih sikit. Nice kan!

Sampai nanti akan jumpa Stratosfare Queenstown Restaurant. Kami decide tunggu Khal & Azfar kat situ. Tak lama lepas tu nampak kelibat dorang.... Fuhh selamat la dapat naik Gondola. 

Eeee cantik tau. Kita kena naik chairlift tu dulu untuk naik Luge.

Apa-apa pun, kami makan sekejappp... Beli dua Fish N Chips. Sedap gilaaaa harga pun gilaaa jugak. Hahaha. Tak payah berkira, lapar... makan. Korang try la Fish N Chip kat sini jangan lupa bawa chili sos paket KFC tau. Hehe. 

View dari luar restoran..

Malam2 cantik tengok lampu2 kat bandar Queenstown dari atas ni..
Bangunan kaca tu restoran dia la..

Up close The Remarkables.
Sejuk mata memandang...

Naik chairlift kat sini dulu, untuk naik ke atas.. Helmet jangan lupa pakai. Kalau ada GoPro cari yang boleh selit camera tu.

Lets gooo!
Sekarang Ain kat sebelah aku ni dah meletopkebabom tau penangan MK. :D

Sampai kat atas, jalan ke tempat Luge sambil adjust camera konon2 nak buat video + gambo. Alih2 salah setting. Hampeh. 

Dari atas seblum naik Luge..... Lake Wakatipu..

Ada dua route kat sini. Easy & Advance kot. Tak ingat namanya. Nanti orang Luge ni ajar dulu.. Pung pang pung pang dia ajar. Dah terer, nanti dia suruh korang jalan kat belah Easy tu dulu... View sini memang superbbbb! Macam gambar bawah ni.

Nampak camera je, slow down and take picture! Hehe. Lepastu bayar la kat kaunter gambo.
Ni je la gambar aku ade.

Kat sini pun ada AJ Hackett Bungy Jump!

Pusing-pusing jalannya. Tapi best naik Luge ni!

Ada sikit2 lagi salji..

Naik chairlift, naik luge. Ulang 3 kali.
Nanti tiap kali nak naik luge, dia conteng la kat tiket kita berapa kali dah naik. Gituhhh...

You should try this when you are in Queenstown!
Route yang Advance tu memang best sebab macam ala-ala mencabar. Tapi untuk view, route Easy tu cun.

Dalam jam 5 petang macam tu, orang pun tak ramai dah kat Luge. Sebab dah nak tutup. Kitorang pun dah habis ride. So marilah pulang!

Masa turun bawah Gondola, nampak tempat Bungy Jump ni....

Jalan ke kereta.. dan kami teruskan perjalanan kami ke.... Wanaka!

Goodbye Queenstown! Lebiu forever. Hehe.

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**

Friday, September 2, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Million Dollar Cruise

Assalamualaikum semua! Genap setahun dah Australia-New Zealand Trip. Rinduuu...

Previous post:-


2 September 2015

Haa masa aku dengan Tirah pergi buat Bungy Jump, Ain, Fid, Khal & Azfar pergi jalan-jalan tempat lain. Patutnya kitorang semua naik Million Dollar Cruise. Tapi bila last minute terpaksa cancel sebab aktiviti clash pulak kan. 

Gambar kat bawah ni CREDIT TO AIN, KHAL & AZFAR! 

Lepas dorang pulang hantar aku & Tirah...

Ni Ain amik dari dalam kereta.. Nice weather kannnn!

So dorang park kereta kat sini rupanya.. Ain & Fid jalan2 kat town je tak silap aku..

Cantik betul bandar Queenstown. Tengok la tu Remarkables hah...

Azfar's picture... + lady in turqoise. :D

Nampak tak rumah kat sini memang bertingkek-tingkek. How I wish to stay here longer.......

Ok aku cerita sikit pasal Million Dollar Cruise ni. 

Kita akan dibawa atas cruise pusing-pusing kat Lake Wakatipu. Keliling tasik ni ada rumah besar-besar, harga million-million yang orang ado-ado je duduk situuu. Sebab tu la panggil Million Dollar Cruise. Faham takkk??? Hehe. 

Nanti akan nampak The Remarkables dari cruise ni.. Sambil-sambil naik atas deck tengok view, amik la gambarrr macam Khal & Azfar ni haaaa.... Depa dua ja sempat naik cruise ni.

Kalau korang nak naik, book kat link Bookme aku bagi atas tu yer. Macam biasa, kalau nak booking kat situ kena la tunggu sampaiiiiiii laaaa murah betul-betul murah yer. Kami dapat NZD 17.50 sorang. Amik yang jam 11 pagi. Kalau tak, dalam NZD 35 jugak la.

Nak naik cruise kat Lake Wakatipu ni ha. Area Queenstown Mall.

Cruise ni kecik jaa..

Khal yang kesejukan...

Credit to Azfar!
Cantik gilo laaaaaa oi.

Rumah depan Lake Wakatipu.

Happy news for both of themmm!
To more holiday, gaisssssss! :)

Tapi tapi tapi, dorang cakap mengantuk naik cruise niiii. Ahahahhaa. Sebab pusing2 secara slow la kottttt... Boleh la tu kannn... Dari burn tiket macam kami ni haaaa.. Hehe..

Ain & Fid tunggu je aku dengan Tirah habis Bungy Jump kat Information Centre tu.

Khal & Azfar, habis cruise jam 12.30 pm, rupanya dorang drive back to Kawarau Bungy Jump takut aku & Tirah takde kenderaan balikkkk... Hehehe. 

Padehal kitorang dok tumpang bas orang dah time tu. Agaknya berselisih tengah jalan kan!

Itu aje lah nampaknya untuk kali ni. 

Next baru Paragliding okkk!

Byeee!


Sunday, August 28, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Kawarau Bungy Jump 2.0

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 September 2015

Pagi!

Ok kali ni confirm boleh buat aktiviti. Lepas breakfast sebarang dua, call for confirmation on Paragliding boleh fly ke tak todayyy, and its on!

Morninggggg! Nice weather today!

Kitorang check-out pagi tu siap-siap. Takde dah nak nyinggah laaaa. Sebab kesuntukan masa hari tu. Dan zassss! Pergi Kawarau Bungy Jump dulu. 

Bila dah sampai, terus check-in kat kaunter. Masa tu jam 8.45 pagi. Orang tu cakap u guys a little bit late. So u have to give way for 1 group that will come later. Alamak! Paragliding pukul 12.30. Sempat tak ni??

Sebenarnya Tirah ada booked untuk bungy jump jugak.. Kalau tak silap on the day before. Last minute nak join the clubbbb. So here we are, pagi tu ready for jump!

Dalam jam 9 macam tu, group tu datang. Rupanya, orang Malaysia jugakkkkk... Chetttt! Hahaha. Tapi dorang student kat NZ kalau tak silap lah. Nak tunggu dorang yang dalam 10 orang tu alamak.. Mesti lama ni. So takpelaaa... decide macam ni je. Khal, Azfar, Ain & Fid balik dulu jam 10.30 pagi. Akan jumpa Ain & Fid kat Queenstown jam 12.30. Khal & Azfar jumpa kat Skyline jer dalam jam 3 petang.. Dengan internet takde masing-masing. Base on what we plan je lah.

Dah ready, kitorang terus pergi kat tempat nak terjun tu. Tunggu punya tunggu kan... Pukul 11 pagi baru laaaa turn aku nak terjun. -___-. Lama tau. 

Gambar je laaaaaa.... 

Macam sekali datang je dengan budak-budak ni semuaaa haaaah!
Dah pakai harness. Lets go!
Masa ni aku cuak level 7 baru. 

Time ni cuak level 100000000!!! Hahaha.
Nampak tak sebab aku sibuk nak pegang pemegang kat tepi tu..
Saje la nak pakai goggle bagi clear sikit. Tapi haremm laaa ape nak tengok entah. 

The best thing lah aku rasa kat sini dia punya staff. So friendly! Dia tau aku nervous gila. So dia cakap, jump when you are ready. Ok so chill la kan. Heh.

Sambil-sambil tu dia suruh lambai-lambai kat kamera, hence the picture above. :)

Tapi aku ni macam lembab gila nak terjun. Dia sampai cakap, "1, 2, 3... JUMP!". 

"NOOOOOOOOOOOO!!!!" Aku jerit. Haha. "Am I safeeee right now? Harness okk?" Hahaha. 

"Yes, everything is ok.. But if you wait any longer, others could not jump. So u must jump, ok?"

Dengar dia cakap tu buat aku rasa nak terjun. Dia lepaskan tangan aku kat pemegang.....

And..... I just jump! Dengar la sorakan student Malaysia tu kat tepi. Hahaha. 

Kau tahu, aku ni punya la set dalam otak nak terjun ala-ala tengok dalam Youtube bagai tu.... Gaya Superman.....

Tapi................

Macam ni je wehhhh. Hahahha.
Rosak gambar tau.. Konon nak buat Superman la sangattttt....
After all... Aku buat Bungy Jump kotttt!
Gila betul perasaan tersebut.

Masa sampai bawah, lepas tu dia tarik balik naik kan, then turun balik.. Jantung tertinggal kottt.. 
-___-"

Malangnya gambar aku semua tak nampak muka. Chis. Jadi aku salahkan aksi Superman tak menjadi aku tu. :(

Ok dah sampai bawah. 30 saat je terjunan tersebut. 
Memang best gila.
Aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau korang tak buat lagi, u should try..

Kat bot tu, orang ni buka harness aku semua. Dan aku kena jalan kaki naik tangga sampai atas. Letih gilaaa.. Macam panjat gunung. Tak tau la apa yang letih. Mungkin sebab load kat kaki tu? Rasa nak merangkak je naik atas.

Dari bawah tu naik tangga ni... View cantik kan?

Lepas tu turn Tirah pulakk.. Aku ingat dia lepas aku. Tapi ada orang lain buat dulu. Aku pun tengok aksi Tirah nak terjun. Hehe.

Setel dia terjun, tengok gambar & video kitorang kat dalam... NZD 80 untuk gambar dan video. Walaupun gambar aku tak nampak...... Aku pasrah je laaaa. Marilah bayar buat kenangan. 

I did it!
Dapat certificate, free Kawarau Bungy T-Shirt & keychain..

But now... the problem is......

MACAM MANA NAK BALIK TOWN???? 

Takde kereta. 

So aku tanya staff situ, boleh tak tumpangkan kami with the ladies from Malaysia tu balik town? Dia cakap boleh tapi nak kena tanya orang van tu dulu.

Sampai kat parking, driver van tu cakap, orang yang buat booking sahaja boleh naik van. So saddd.. Krikk krikk la kami kat situ... So kami bye-bye je lah dorangg....

Staff kat situ tanyakan kat driver bas yang bawa orang dari China ni. Dorang pun nak balik town untuk lunch. Lucky us lah, bas kosong. Kitorang dah la berkejar nak ke Paragliding kan.

Naik la bas tu... sampai town.. Tapi dalam bas tu, ada sorang mamat ni dok la sibuk nak bergambo dengan kitorang. Adoi..... Layankan je la. Tapi gambar semua blur. Hahaha. 

Sampai kat town, turun je bas, terus lari oiii sampai Million Dollar Cruise punya stesen bot. Kot la jumpa Khal & Azfar kat situ. Tapi orang situ cakap, cruise dorang dah habis lama. Lepas tu, terus sambung lari sampai kat Information Centre. Huwaaaa. Jauh tau. Penat kita lari takut tertinggal van.

Kami mengharapkan Ain & Fid dah sampai......

Nasib dorang ada kat situuu.. Plan berjalan dengan baik nampaknye. 

Ok next post about Paragliding pulakk..

Bye!

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar** 

Wednesday, August 24, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Kawarau Bungy Jump 1.0

Assalamualaikum!

Previous post:-


Kenapa 1.0???? Haa baca sampai habissss...

1 September 2015

Hari yang dinantikannnnnnnnn! NERVOUS GILAAAA oi! Tapi kita chill chill je la kan. Padehai dalam hati rasa nak gugur jantung..

Pagi tu sarapan biasa2. Plan nak jalan-jalan kat bandar Queenstown pagi tu. Beli souvenir siap-siap. Karang beli souvenir kat ceruk Omarama, orang tanya, "Omarama tu apebenda????". -__-"

Jalan kaki je ke town. Tempat souvenir wajib pergi, yang memang famous lah kat Queenstown ni - DF Souvenirs

Jalan dan jalan.... 
Mendung pagi tu... 

Masih tak ramai orang. Baru pukul 9 pagi masa ni..

Ok dah sampai Queenstown Mall!

Banyak kedai-kedai kiut-miutttt! 

Ni ha kedai nyeee... Awal pagi dah bukak..
Lama la jugak kat sini. Buang duit kejap kat sini... Macam-macam beli. 

Model baju. Haha.
Ni contoh baju yang ada kat sini....
Expenses aku tak ingat. 


Dah habis shopping, jalan ke arah Lake Wakatipu....

Burungggg!

:)

KJet. Ni macam bot laju gilaaa bawa pusing-pusing kat Kawarau. NZD 125. 
Kalau macam Shotover dalam NZD 135 sorang. Pusing kat Shotover River & Canyon. Mahai takkk? 
Aku bagi link tu, pilih la mana nak... 

Million Dollar Cruise....
Yang ni, kitorang memang booked siap-siap kat Bookme. Nanti aku cerita lain.

Kami! Macam biasa, Azfar fotografer. :D

Dah habis jalan kat sini, kitorang pun drive la ke AJ Hackett Bungy Kawarau Bungy Centre. Terletak kat Gibbston Highway. Ada signboard belah kiri nanti. 

Masa tu memang dah nervous dub dab dub dab. Apebenda la aku nak buat niii!!

Tapi masuk dalam tempat tu, sangat macam calm jerr. Dah la design dalam menarik.

Pricing List. Boleh nak buat tandem jugak. Dua orang sekali terjun..
Paling tua terjun umur 94 tahun ok kat sini! Haa ni aku yang muda belia ni takkan tak boleh buattt! Haha Up sikit jiwa positipp..

Cafe 88.
Kalau letih lepas terjun boleh laa datang sini minum2..

Check-in time! Semua kat situ hensem-hensem tau.... Yang baju maroon belakang tu pun hensem jugakkk.. Hurmmmm hurmmmm... Hahaha.

Ni punnn ok la jugak kan. Ni kerja siapa la ni amik gambo dia nniii.... :D

Lalala...

Selain tu, ada jugak jual souvenir macam baju kat sini. Tapi harga agak cekik cekik jugak la.

Nanti orang ni tanya la ada sakit apa-apa ke.. Bagi nama untuk certificate, timbang berat, nak dip kepala dalam air tak, conteng kat tangan berat & nombor giliran. Setel!

Lepas tu tunggu turn jee...

Tempat bungy from far..
Aku amik feel dulu tengok orang lain terjunnn. 

Feel tak feel la kannn... Hahaha. Aku cuak gila masa ni. 

Ok jum! Kita tengok sekitar tempat bungy tu.

Tunggu punya tunggu... Ada turn sorang ni, sebelum aku la. Dia dah pakai harness and everything. Ready to jump. But then, orang yang jaga kat situ bagitau, angin tengah kuat. Tak boleh terjun lagi. So she waited for some time jugak laa. 

Aku ni lagi laaa... Yang tak pakai apa lagi dah fuhh fuhhh tahan napas wehhh. So takpe, kite tunggu lagi 30 minit macam tu kat dalam kafe.

Dorang minum2, aku ni minum air dah tak rasa apa...

Kawarau Bungy ada sediakan tayangan video sementara tunggu.. Cerita sejarah dia. Kawarau Bungy ni the first commercial bungy jump in the world ok! Whoaa.

Alih-alih abam hensem kaunter tu bagitau tak boleh jump today. Weather is not good. Orang yang tadi tu dah ready nak terjun kottt! Arghhhhh! Kesian gila kat dia... Kat aku takpe lagi tak kesian. Sebab solamat den hari ni. Hahaha.

Dah la dia flight balik esok. Nak buat esoknya pun tak sempat. Jadi abam hensem tu pon bagitau aku jugak, you may have a refund or you want to do some other day... 

Masalahnya.. Esok kan ada Million Dollar Cruise yang dah booked siap-siap tu. Dilema betul. Dengan Paragliding esok. Dengan Skyline esok. 

Fikir punya fikir 50 kali, ok fine. Aku cancel je esok punya Cruise. I have to do the jump! Haa nampak tak semangat keterjunan tu. Kalah Pandelela okkk. :)

Aku pun booked jam 8.30 pagi macam tu mengharapkan cuaca ok...

Dengan hati yang sedikit bercahaya, jumla amik gambar kejap. :D

Nice viewwwww! Bawah tu Kawarau River!

43 meter jerrrrrr... ()**$^$)_+( ??!!

History...

Zipride ni pun best jugak. Tapi pendek sangat. 

So we drove back to town. Lapar laaa. Makan time. 

Parking kat Hostel. Jalan kaki ke Queenstown Mall..

Sebenarnya nak cari kedai Fish & Chips kat tepi Lake Wakatipu. Cari punya cari tak jumpa pun. Rasa betul dah map aku dapat. Siap aku screenshot gambar okkk kat internet. Tak jumpa pun si Aggy's Shack ni. Dengan putus harapan, kitorang pun patah balik... Terjumpa sorang pakcik ni. Tanya dia, kedai Aggy's tu kat mana? Alih-alih dia cakap, owner kedai tu dah mati dalam 1 tahun lebih kurang. Ohhh. Terkejut kitorang. Huhu Melepas nak makan..

Tak jumpa dah kedai lain, jadinyaaa....

Kebab ajo laaaa...

Turkish Kebab

Antara menu yang ada. Harga memang cengkam jiwa tapi baloi laa..

Sebab besar! Tengok la Fid punya burger tuuu..

Minee.... Tak habis weh. Makan separuh je..

Lega dapat makan ke, lega tak payah buat terjun hari niii?? Hahaha.

Setel makan, Azfar & Khal balik dulu sebab teman Fid beli barang dan jalan2 kejap.

Hujan petang tuuu...

Sampai bilik, kitorang terus tidur terbongkang masing-masing. Letih apebenda entah. Tiba-tiba dah maghrib. Hujan lagi masa tu. Dorang ada ajak keluar jugak. Tapi aku tak larat. So kita buat laundry dan rehat aje. Jarang ni travel pastu berehat dalam bilik jeeee. Hehe.

Tengah malam lapar plakkk. Aku dengan Ain gi buat Maggi dengan panaskan kebab aku tu kat Movie Room aka Kitchen 2. Kitchen yang satu lagi tak buka dah malam2. Ade pulak orang2 mabuk dalam tu. Adeh. Cepat2 kitorang makan.

Lepastu, tidur laaaaa....

Ok jumpa lagiii !

** Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar **