Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

Kedah Bound: Langkawi - Seashell Restaurant, Laksa Ikan Sekoq, Nasi Dagang Pak Malau

Assalamualaikum!

Last post for Langkawi!

Previous post:-


10 November 2016

Balik bilik, kami mandi bagai. Then terus siap ke tempat makan kami hari tu, Laman Padi. Search Seashells Restaurant, dekat dengan Muzium Padi. 

Hijau

Kitorang pilih yang set combo 3 pax. RM 60 set ayam. Air jug RM 15 asam boi. 

Bagi aku, okay je lah. Panas ting ting time ni makan tengah sawah bendang.

Pergi Cenang Mall tengok apa ada. Sini banyak jugak coklat, pinggan mangkuk bagai. Tapi tak banyak choices. Lepastu ke Pantai Cenang. 
 
Gelap menandakan hari nak hujan!

Tak buat black and white pun. Memang cenggini ha ambik gambar..

Tiba-tiba hujan selebatnyaaaaaaaa... Kitorang teduh kat bawah payung orang. 

Hujan dah berhenti, pekena Laksa Ikan Sekoq dekat area Airport Langkawi

Masa ni jam 6 petang dah. Turn kitorang nasib baik rezeki dapat 3 pinggan laksa. Dah habis dah lepas tu.. 
RM 4 sepinggan laksa ni.. Dapatla tengok sunset sambil makan.

Balik bilik, rehat kejap. Malam tu kitorang jalan kat Cenang. Pergi massage la apa lagi. Ada satu kedai ni, dia import orang Thai. Buat back massage and head. RM 30 untuk 30 minit. 

11 November 2016

Bangun pagi, check-out dari T-Star Cottage.

Terus ke kedai sarapan agak famous kat Langkawi - Nasi Dagang Pak Malau kat area Makam Mahsuri. Sedap weh makanan dia. Makan tepi sawah pulak tu kan. Feel betul. Kami makan Nasi Dagang Ayam Gulai, Serabai Gula Melaka, Pulut Sambal, Teh Tarik. Semua sedap. Kena cuba kalau datang Langkawi ok! Total dalam RM 11 sorang. 

Nyum

Kawan

Sambil makan tengok view ni...

Then kami ke Jeti Kuah beli tiket balik Kuala Perlis. RM 18. Pukul 1 petang. Lepas tu kami pergi ke Haji Ismail Group, shopping coklat lah apa lagi. Banyak jugak belii. Oh perempuan!

Sambil tu jugak, member sekolah datang jumpa sembang-sembang, Izzah namanye. Dia bawa anak lelakinya dua orang, Kimi & Farhad. Gambar mana tak jumpa. Dalam IG Izzah kot. 

Dalam pukul 12, kami hala balik ke Jeti Kuah. Sumbat coklat dalam bag. Pulang balik kereta sewa, tunggu feri gerak dalam jam 1.15 petang jugak. Pukul 2 lebih sampai le Kuala Perlis..

Jangan lupa singgah Anjung Keli, Kangar. Makan ikan keli, tapi aku tak makan laaaa.. Makan Ikan Talapia. Hehe. Cuba Sambal Tempoyak dia sedap oi. RM 12 sorang total makan. 

Lepas tu, terus gerak ke Sungai Petani rumah Fisha. Tidur sana. Jalan kat SP la pulak kan. Pekena Roti Ghee kat Yasmeen sedap gilooo. Tengok wayang kat mall, beli tudung. Hah tu je la agenda aku. Hehe.

13 November 2016

Bangun pagi, packing barang dan siap ke Penang pulakkk!

Amboi.

Breakfast kat the famous Roti Canai Transfer Road! Sedap jugak. RM 7 sekali air sorang. Ok lah kan. Ayam whole leg kot dia bagi. 

Merah nau kuah..

Jumpa rakan dari Penang - Mame..

Jalan kat Chew Jetty dengan Art Street kejap. 

Amik gambar...

Panas tetapppppp

Hah

Hari Ahad, nasi kandar tutup - Deen Maju dengan Kampung Melayu.  Jadi untuk lunch kami makan kat Line Clear je laaa.. Dah pukul 3 lebih kot time tu. Still ramai orang. RM 12 sekali air.

Nasi Kandar mana-mana pun laaa wajib cuba kat Penang ok!

Kitorang ni koser cari parking. So jumpa je parking mana-mana. Park situ diam2, Then call Uber laa pergi mana-mana. 

Aku dah lama nak rasa Mee Sotong kat Penang. Tapi Ahad tutup, so memang tak boleh rasa. Sabtu banyak sangat aktiviti. Aku nak pastikan next time aku makan Mee Sotong tu.

Jalan pulak kat Padang Kota. Ada pasar malam situ. Murah pulak apam balik kecik tu 40 sen satu. Kat Damansara RM 1 tauuuu! Grrr. 

Then terus ke airport, naik Malindo Air turun Subang. Menepek sampai 8.50 malam.

Yay habis dah! 

Monday, September 4, 2017

Kedah Bound: Langkawi - T-Star Cottage Langkawi & Pakej Island Hopping

Assalamualaikum!

Previous post:-


10 November 2016

Dari SkyCab, kami gerak ke T-Star Cottage Langkawi untuk check-in. Cantik tau dalam T-Star ni. Ada banyak jenis bilik. Moden, Kampung, Spa & Budget. Booked via Booking.com, kami pilih Standard Double Room - Upper Floor. RM 75 per night. Booked untuk 2 bilik & 2 malam. Tapi sorang tak dapat datang. Fisha tidoq sorang2 satu lagi bilik tu. Aku tak beran. Huuuu. 

View from room


Walkway


Gambar bilik tak amik punnn. Tengok website je la eh. Kalau tak silap, kami dapat bilik moden. Tandas tersumbat pulak. Lain2, kalau nak tambah aircond, ada additional charge RM 30 kot. Mostly banyak rent la. Deposit bilik RM 50. Nanti dapat balik after check-out. 

Malam tu lepas Maghrib, kami jalan-jalan kat Pantai Cenang. Makan kat kedai seafood, RM 70 untuk kami bertiga. Nak massage boleh dapat dalam RM 30 untuk 30 minit. 

Pakej Island Hopping, kami booked dengan AB Motel. RM 25. Lain-lain mostly RM 30 above. Pakej kami pilih Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding & Mandi manda kat Beras Basah.

Haa tu je lah. Pastu balik bilik, tidoq.

11 November 2016

Bangun pagi, kami pi breakfast jap. Pusing punya pusing jumpa satu kedai roti canai. Namanya Che Nah Roti Canai Blackpepper. Tapi kami makan nasi lemak sebab perut nak makan nasi. Haha. RM 5 sepinggan. 

Balik T-Star Cottage, tunggu la van sampai jam 9 pagi. Van akan bawa ke Teluk Baru dulu. Port untuk orang nak Island Hopping. Ramai tau orang tunggu turn naik bot. 

Tasik Dayang Bunting

Ceria di pagi hari. Sambil di-photobombed

Geng bot haritu

Haa nampak tak kepala, dada, perut? Kat bukit hujung sana nun..
Imagine je lah.

Ok dah sampai!

Takde orang sangat masa ni. 

Kena bayar RM 3 conservation fee ye.

Jalan kaki 300 meter ke tasik..
Sepanjang jalan tu banyak gila kera, lalu kami pun melarikan diri. Toksah nak pegang makanan sangat. Nanti dia rembat. 
Babi hutan pun ada oi. Tekezut aku. Memang jalan cepat2 laaa time tu. Kang tak pasai2 kena sondol.

Dah sampai tasiknyaa... Biru kehijauan..

Belah sini

Dah mula ramai orang.. Kami berendam kat sini je sekejap..

Sewa life jacket RM 5

Dalam 1 jam je kat sini. Lepastu patah balik ke bot..

Next, Eagle Feeding. Feeding ke? Watching ado. Haha.

Tunggu helang datang where are you..

Tak lama lepas tu, banyak gila helang..

Haa nampak tak? Buat2 nampak je laa..

Beras Basah

Cantik jugak la sini.. Cantik je lautnya.. 

1 jam area sini.. Takde coral ye area depan2 ni.. 

Kitorang memang pakai life jacket pinjam abam bot punya kemana-mana. Hahaha.

Pukul 12 macam tu, kami naik bot balik gerak ke pantai. Then naik van sampai hotel. Total 4 jam semua ni.

Haa habis satu part.

Bye!

Friday, July 28, 2017

Kedah Bound: Langkawi SkyCab, SkyGlide & SkyBridge

Assalamualaikum!

Previous post:-


10 November 2016

Dah kenyang lunch, kami ikut signboard je ke Cable Car. Bayar parking RM 10 kat Premium Park. Rupanya kat depan sikit ada yang RM 2 untuk 3 jam pertama kot. Chet. 

Ada surau area parking lot tu. 

Masuk ke dalam, tempat kaunter SkyCab (Cable Car). Ada banyak pakej yang ditawarkan, tinggal nak pilih je. Mostly pakej ada campur dengan SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi. Kami amik yang harga RM 30 per pax : Cable Car + SkyDome + SkyRex. 3D masa tu macam takdak ja. Tak ingat.

Kami masuk SkyDome dulu. Macam satu panggung wayang kecik view 360 degree tengok 3D video. Gituh.

Lepas tu moh le ke cable car...

Tu hujung tu Air Terjun Telaga Tujuh kalau tak silap..
View dari cable car..

Bila naik je..
Perghhhh. View mengancam beb. 
Laut biruuuuuuu sebiru birunyaaaaa!

Then stop kejap satu stop ni untuk ambil gambar keliling

Tak percaya aku ni Langkawi.
SERIUS! Sebab ni first time aku naik cable car kat sini kan so kasi chan laaaa... :)

Travel partner..

Taman dekat stop pertama..

Lepas tu naik lagi cable car jumpa view ni pulakkkk..
Adoi. Cantik sangat!

Ni dah sampai atas.

Jalan-jalan amik gambar love lock ni.
Jangan runtuh dahle jambatan ni yeee.

Setiap tempat kami pusing kat atas tu...

Langkawi from top

Eksaited kejap bila nampak SkyBridge

Nak ke SkyBridge ni, either nak Nature Walk atau naik SkyGlide. Nature Walk RM 5. SkyGlide RM 10 return. SkyBridge RM 5. Okai!

Lama gila beratur kat sini. Yela bukan ramai boleh masuk pun..
SkyGlide ni kira baru lagi la kat Langkawi. So mari cuba.

Amik port hujung sekali. 2 minit dah sampai. Kejap je tak peluh2 nak jalan kaki. Dasar pemalas! Haha.

Enjoying the view at Skybridge!

Ni la SkyBridge nyer..

Cermin kaca buat selfie bersama konon hebat dok atas ni. Hihi.

Kawan-kawan.
Angin kuat tau atas ni. Sejuk pulak tu..

Nampak SkyCab dari sini...

Cun lah sini. Tak lama lepas tu, awan kumolonimbus (betul tak eja) datang berkepul2 menutupi SkyBridge. Gelap sikit macam mendung tapi tak hujan. Bertambah sejuk masa ni. Siap SkyCab pun berhenti tengah-tengah cable tu. Huuu.

Kitorang lepak jap atas ni tengok pemandangan. Tenangnyeeee...
Tengok tu awan. Tak nampak apo dah...

Then naik balik SkyGlide ke top station.. 

Amik port hujung ye. Hehe. 

Dalam SkyCab nak turun dah..
Tak nampak dah lautan luas..

Ni stop kejap nak tengok view.. Tak nampak dah top station dan Skybridge...
Lepas tu terkial-kial nak naik cable car balik camne tah dari situ. Semua cable car full.
Nasib la orang SkyCab seberang sana tanya, nak turun ke? So dia pun call orang top station untuk reserve kan cable car kami. Hehe.

Last kopekkkk

Ok dah setel SkyCab, nak ke SkyRex pulak. Jalan-jalan jumpa... Naik le. Kat situ naik simulated tram, dia bawak pi tengok dinasor. Gitu.

Lepas tu terus la pulang ke bandar.

Ok bye!