Saturday, March 28, 2020

Lombok: Pantai Pink & Snorkeling di Lombok

Assalamualaikum!

Previous post:-


5 April 2018

Sarapan memang include dalam penginapan, so pagi tu makan ala carte je. Menu tak banyak, pilih apa ada dan order.

Egg Benedict okay. 

Big breakfast

Indo Mee Goreng

Ibnu dah tunggu kat parking, so marilah bergerak..

Harini plan nak pergi snorkeling! Setelah Ibnu berjaya pujuk kitorang pergi Pantai Pink, kami pun ikutkan aje. Pantai Pink ni jauh la jugak.. Ada la dalam 2 jam perjalanan. Memang ada baca nak kesini jalan berbatu-batu lah, jauh lah bagai. 

Jalan nak ke kereta di resort

Dalam kereta buat apa eh. Oh singgah 7E kot beli selipar kejap 33k Rupiah. Roti kudapan 18k Rupiah. 

Bersembang je dengan Ibnu ni tanya pasal kisah orang perempuan kena culik di Lombok. And it's real guys! 

Tapi bila si lelaki menculik si perempuan ni pun atas dasar suka sama suka. Culik la 2-3 hari dari family dia. Tapi zaman moden ni kan, kalau perempuan tak suka lelaki tu, dia mesej je ayahnya, "BAPAK! AMBIL AKU TAK KEPINGIN MAS INI". Hahaha gituuhhhh zaman sekaranggggg....

Panjang lebar lah Ibnu cerita, tak ingat sangat dah. 
Manjang tak ingat aku ni. 

Okay dah sampai!
Tapi ni bukan Pantai Pink. Jeti nak kesana je. Tak ada orang pun.

Bot warna pink tu yang kitorang naik. Private boat, ada kami berempat campur Ibnu dan tukang bawa bot.

Pakej kami 600k Rupiah 1 private boat + Snorkeling Gear 50k Rupiah per pax + Lunch 80k Rupiah per pax. Total seorang 280k Rupiah.

Ni macam mana ni?
Heheh.


Pantai Pink ada banyak point. This one is Pantai Pink Tiga.
Sebab panggil Pink, pasirnya warna merah jambu. Dalam gambar tak nampak sangat. 
If you watch closely, its light pink.

So blueee!

Rindu!


Jernih

Ibnu.
Masuk air dia ni.. :D

Dengan Lana

Bye bye Pantai Pink!


Belakang tu gunung ke pulau ke apa, aku tak pasti laaa..


With Ain

Seronok dapat pergi laut.
Dengar bunyi ombak. Dan bot. Hahah.

Next point! Sini cantik lah dari atas bot pun cun.


Perangai!

Mesyuarat

:)

Then stop dekat satu pulau ni untuk lunch.

Licin habis makan semua ni.

Naik bukit tengok view ni haaaaa.
Alahai cantik.




Dah setel, naik balik bot ke point lain...

Jangan tanya lah point apa. Tak ingat!

Sini cetek je sebenarnya. Hhahaha.

Ikan banyakkk!!

Tapi dorang ni tak nak roti sangat.

Corals yang ada.
Macam dah mati ke apa ni..

Ada pulak benda alah ni.
Serius air takat pinggang je kat sini. Hahaha.

:D

Geli tengokkkk!


Jam dah pukul 4 lebih gitu. So kami pergi last point. Pantai ni terbelah sebab air surut. Dapat la jalan tengah pasir...

Erghh look at the viewww!

Dengan Fisha kembaq aku. Haha

Sunset here.

Starfish

Ibnu amik gambar.

Kitorang melepek je dekat sini tak buat apa.
Tengok pemandangan lepastu cakap, "TAK NAK BALIKKKK!!".

Sampai pukul 6 jugak lah kat sana.

Jum lah balikkk..


Sunset atas bot.

Bila travel ni kan, syukur kita dapat tengok keindahan alam, betapa cantiknya pemandangan. Allah bagi rezeki dekat aku nak tengok tempat orang. Aku memang terdiam sekejap atas bot, fikir benda-benda ni. But I think bila aku pergi mana pun, there's one point of 'silent moment'. Yang mana aku appreciate sangat semua yang jadi dalam hidup aku - every single little things. The people I've met, things I've done, family and friends that I have and all precious moments Allah gave to me all this while. 

Kadang orang tanya aku, "Tak rasa bazir duit ke jalan-jalan?". Setakat ni, aku tak pernah fikir pun travel buat aku buang duit. Yelah, ada orang duitnya simpan beli barang, saving dan sebagainya. Aku jenis simpan duit buat travel. Lihat dunia. Kita pun seronok spend duit kat benda kita suka, betul tak? So tak kiralah korang minat apa pun, just go with it! Duit boleh cari, pengalaman tu susah. (Ayat cliche haha)  :)

Seronoknya bila pergi tempat orang, ada benda kita tak pernah jumpa, dekat situlah kita jumpa. Adat budaya lain-lain kan. Bersembang dengan local people, cerita history tempat dorang. Seronok dengar sejarah ni. Orang Lombok pula memang tersangatlah peramah. Baik-baik semuanya, alhamdulillah.

Okay sambung.

Dah sampai dekat jeti Pantai Pink, nak maghrib time tu. Tukar baju kat bangsal area situ then gerak la balik. 2 jam oo perjalanan naik kereta nak ke Senggigi. Mengantuk pulak kan penat-penat.

Singgah makan. Rumah Tamu ni cantik. Konsep buluh. Tidak la aku ambil gambar keliling.
Tapi seingat aku, ada sawah padi kat area situ.
Ni makanan paling pedas takat aku kat Lombok. Tapi sedapppp!
Beberuk (Sambal Terung), Sup Belitung, Kangkung Pelincin & Ayam Pedas Manis

Dah dekat sampai area hotel, berhenti pulak kat kedai pakcik tepi jalan ni haa nak makan Martabak dengan Terang Bulan. Padahal kenyang dah ni.


Martabak

Ni haa Terang Bulan.
Macam Apam Balik versi menggemukkan ni. Banyak gila cheese dengan susu dia letak.

Eh berhenti lagi beli jagung pulakkkkk....
Kata kenyang??

Pastu kau rasa? Mestila tak habis makan punnnn.

Sambung buat sarapan esok pagi. Hahaha.

Okay habis dah hari kedua di Lombok. Banyak gila gambar kan. Sekali harung je senang.

#STAYATHOME

2 comments:

  1. cantiknya !! kemain bot dia ade tempat duduk siap. tengoklaa pasir gebu tu puas hati pergi dan suka sebab private jadi tak perlu pening dengan orang lain =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kannn. huuu tak sia-sia juga la ngikut SUpir ke pantai pink ni...
      Yup, kalau private senang tak de nak tunggu orang lain..
      Yang ni pun, dia tak paksa pun balik cepat mcm kat thailand. haha.

      Delete