Saturday, September 1, 2018

Europe Trip: The Beautiful Prague, Czech Republic!

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 May 2017

Check out from Budget Trianon Hotel dalam jam 7 pagi. Angkut ler bag pergi stesen bus. Jalan kaki saje. Naik bus Amsterdam Airport Express nombor #397. €5 per person. Dalam 30 minit perjalanan. INFO HERE!  

Kebetulan masa tunggu tu hujan pulak. Nak lari kat mana pun tak tau sebab takde tempat teduh.

Tiket bas

Sampai sudah! :D
Ni tak tahu fesyen apa. Bantal kat leher.

Another one not to be missed!

Singgah breakfast sekejap kat airport.
Mocha €3.80

Our next destination is - Prague! Naik Easyjet dari Amsterdam Schiphol ke Vaclav Havel Airport, Prague. Harga 41 Pound per person, tiket beli bulan Februari. Perjalanan dalam 1 jam 30 minit saja.

I'm in LOVE with this city!

Hello Praha!

Airportnye kecik saja. Sampai terus ambil bag.

Kalau naik dari Amsterdam akan turun kat Terminal 2 ye.  

Terminal 1 - International Arrival.
Terminal 2 - EU Countries
Terminal 3 - Cargo or private flights

Sampai aje, terus ke Arriving Hall untuk cari information counter nak beli tiket bas dan metro. Terus beli siap2 tak payah fikir2. Lagipun duduk sini 1 hari ja.

Oh jangan lupa tukar duit dari Euro ke CZK ye. €1 dalam CZK 33 pada masa tu. Kami minta Wawa tukarkan kat London siap-siap. Korang tukar la mana-mana. Malaysia takde rasanye. Prague ni scam dia money changer! Haha. Pelik2.

Public Transport Information Counter.
Location: Arriving Hall
Apa yang aku beli kat sini?
Tiket bas: 60 CZK
Tiket Metro (train): 24 CZK x 3 tix

Plan aje nak pergi mana, lepastu tengok la nak naik metro atau bas atau tram. Atau jalan kaki. Kami banyak jalan kaki, tu yang ramai surrender di kesudahan hari. Haha.

First thing first, HOTEL! Nak keluar dari airport, kita naik Airport Express (AE)  ke Prague Hlavni Nadrazi Train Station. Maksudnya Prague Main Railway Station. Belit nak nyebut.

Jalan kaki ke Exit E, Terminal 1. Stesen bas kat situ.

Halo Praha!

Ok ini signboard aje. Platform G katanya.

Dalam bas, ada tempat letak bag. Seat pun banyak. 

Route: Terminal 1 > Terminal 2 > Main Train Station
Interval: 30 minit
Perjalanan: 30 minit depends on traffic

Ok ini tiket bas yang aku beli dekat kaunter tadi. Nak beli kat driver bas pon boleh juga. Sediakan duit kecik.
Kat Prague ni, naik public transport, SILA VALIDATE TIKET. Dahla kertas macam tu je.
Nampak arrow merah kat gambar tu? Masuk hala situ. Nanti dia stamp masa kat tiket. 

Sistem tiket dia menarik tau. Berkali-kali aku baca nak bagi faham. Dia ada 30 minit & 90 minit punya tiket. Maksudnya, within that period of time je you have to travel using public transport. Tak kisah bas, tram atau metro. 30 minit harga 24 CZK. 90 minit harga 32 CZK. So plan your time wisely!

Lepas tu, kalau bawa luggage, ada charge untuk luggage! Unless you buy a day pass ticket. AKu pun tak tahu la kenapa. Haha.

Nak stamp tiket, waktu nak naik sahaja. Turun tak perlu.


Sampai kat Main Train Station. Aku lost. Where are we??!!! Sebab dia bukan turun dalam train station pun. Luar stesen. Lepas tu tak tahu pergi mana. Nasib la ada Google Maps download offline. Hehe. Sesat barat jugak la. Walaupun sebenarnya nak jalan ke hotel tu dalam 4 minit ja. 

Kami bermalam di CitySpot! Cantik gila apartment ni. Recommended! Dah le tersorok dalam pintu gerbang besar. Sesat oo cari tempat ni. Gambar sebijik dalam link aku bagi tu. Duplex Apartment. Bilik untuk 5 orang, dua tingkat. Harga dalam €168 per night. Ada additional charges untuk extra bed.

Rehat sekejap makan maggi lepas tu moh la berjalan.

Prague ada Old Town, Lesser Town dan New Town ye. Kami jalan ke Old Town dulu.

Municipal House (Obecni Dum)

Upclose. Sini bangunan dia cantik sangat. Artistik lah orang kata. Mesti ada unsur2 dewa dan statues. 
Ni kami masuk dalam. Tengok aje apa ada. Macam tempat orang buat persembahan. Concert Hall la gitu.

Bersebelahan dengan Municipal House adalah Powder Tower (Prasna Brana). 
Gothic kan? Tu la yang macam love sangat tempat ni.
Tower ni memisahkan Old Town dan New Town.

Misi mencari Havelsky Market (Havelske trziste Market).

Jalan dan jalan

Meriah betul orang ramai eh

Ok tak jumpa jalan.
Jumpa Bata je.

Jumpa tourist info centre, tanya dia, dia pun tak membantu langsung! Alahai. Alih-alih, cari sendiri jugak jalan. Duhh...

Ok dah sampai. Akhirnya.
Opens daily. 6am - 6.30pm
Barang mungkin akan ada yang overpriced.
Sini kami beli souvenir terus. Takut tak sempat dah. Ada jugak kedai-kedai dalam bangunan tepi tu jual souvenirs.

Dekat dengan Catholic Church

Sini tak lah besar sangat pun. Boleh la nak beli souvenir sebarang dua. 
Pinggan 100 CZK, Fridge Magnet 150 CZK, Keychain 50 CZK.

Dapat pulak duit syiling. Ni haaa duit CZK

Muppets ni scary tau. Boleh dia gelak macam hantu.

Tradisional art dorang lah agaknya kan..

Next! Old Town Square! Tempat ya ampunnnnn. Penuh gila orang. 

Sampai dah!
Prague ni jalan dia bukan tar. Batu-batu macam gambar ni.

Kat sini ada Old Town City Hall.


Yang ada the famous Astronomical Clock! Bahasa Praha Staromestsky Orioj.
Setiap jam, dari 9 pagi ke 11 malam, nanti keluar 12 Apostles kat jam tu.

Old Town City Hall ni boleh naik tau! Tengok view yang cantik. Unfortunately, masa kami pergi, dia tutup untuk renovation. So sad. INFO HERE! Masuk harga 250 CZK. Ada lift. Kalau korang pergi masuk la ye!

Wefie

Love love love!

Besar square ni. Cuba google time Christmas. View amazing atas City Hall tu.
  
Unik!

Ni semua tunggu jam tu berbunyi. Kemain semua rekod video ok.

Rupanya cenggini je haaa... 
Nanti ada patung-patung keluar kat atas jam tu. Ala macam yang burung keluar tu lah. 
Aku pun tak berapa faham sangat pasal jam ni sebenarnya.

Cantik ke tidak!

Lepas tu jalan ke Hard Rock Cafe. Dekat aje.

Jalan ke New City Hall (Nova Radnice)
Open to public every weekdays until 6pm. 
Ada toilet. LOL.

The thing about this new city hall kan, dia ada Paternostar Elevator. It's a doorless 20th century elevator. Tak pernah berhenti! INFO HERE! Kami tak dapat masuk sebab dah lebih jam 6 petang. Maybe next time. :)

Municipal Library of Prague
(Mestska Knihovna V Praha)

And other buildings

More colourful and pastel buildings!

Sesi berjalan kami belum tamat!

Lepas ni sesi naik tangga. Haha.

Okbye!

4 comments:

  1. Europe ni mna2 ceruk pun lawa. x kiraaa la longkang pun lawa. oohno muppet tu never takan beli sebab sejenis yang penakot. seramla hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Longkang pon lawa ekkkkk...
      Tapi muppet tu betul2 scary macam pelik la ada ke orang buat souvenir. -___-

      Delete
  2. Memang kat Czech, money changer pun scam. Sebab baru je terkena. Ingat dah keluar fasa noob travel hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kena ke scam kat sana??! Nanti storyy kat belog boleh baca.

      Delete