Friday, August 11, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu - Tawau - Semporna - Mabul Backpackers

Assalamualaikum!

Previous post:-


4 Mac 2016

Bangun pagi untuk check-out! 6.30 lagi dah breakfast kat Restoran Taufik bawah Hotel Legent. Bakso Daging RM 6. Bihun Sup Daging RM 5. 

Jam 7 pagi, kami gerak ke Kota Kinabalu International Airport. 15 minit sampai dah. Kami return kereta sewa dan bayar saman RM 100 kat dia. So that dia setelkan je.


Terus menuju ke gate departure within Sabah. Ada orang AA nampak sekumpulan remaja yang bawak bagpack macam kitorang ni ha. Kena tahan. Nasib la dia tak perasan kot bag aku besar jugak. Tapi maybe dorang lagi besar la kot. Kuss semangat dah time tu. 

Haritu kat Kundasang, tak nampak langsung kelibat Gunung Kinabalu kan. Tapi masa naik flight ke Tawau..... Aku dapat tengok niiiiii... Seat belah kiri. 

Excited wehhhhh!! Gunung Kinabalu dari awan... Rezeki2.. :)

55 minit perjalanan, maka kami pun sampai kat Lapangan Terbang Tawau.

Hello

Keluar airport je, dah ramai orang cari customer. Mostly untuk ke Semporna. Tak pasti range harga dorang. Tapi, kami dah booked siap-siap dengan orang Pakej Mabul kami. Dia suruh contact Encik Rosman untuk minivan ke Semporna. RM 25 seorang. Minivan dalam 7-8 orang muat. 

1 jam perjalanan ke Semporna. Laju gila dia bawak. Hahaha. Condition jalan macam jalan kampung. Mula-mula jalan berturap. Dah halfway tu... tanah merah batu-batu. Tak siap lagi la kot. 

Encik Rosman ni turunkan kami kat Tun Sakaran Marine Centre. Kami pun cari la Mabul Backpackers

Cantik area sini. Kayu-kayu bangunannya. Atas air lagi..

Dah jumpa!

Pakej Mabul kami, RM 350 per person untuk basic sahaja. Hostel, makan, snorkeling trip 1 kali & gear untuk 3 hari 2 malam. 

Kat situ kami bayar balance duit (deposit dah bayar sebelum ke Sabah). Dalam pukul 1 datang balik naik bot ke Mabul.

So kami lunch kejap area Semporna.

Jemur ikan buat ikan masin kah?

Makan nasi campur RM 6. Standard price macam Semenanjung or KK la. Beli biskut dengan roti sikit buat bekalan. Lepastu dok la melangut kat Mabul Backpackers tu sampai 1.30 petang baru naik bot. 

Jeti Awam

Bye Semporna see youuuu

Letsgo Mabul!

Perjalanan 1 jam. Ada kami bertiga, sorang mat england, makcik dengan anaknya dari Melaka join sekali naik bot. Jauhnya rasa perjalanan. Tah mana-mana pergi rasanya.

Ok dah sampai kat area Mabul

Kitorang teruja tengok air laut yang bersih dan biruuu. 

Sampai, kami check-in dulu. Dikenalkan oleh orang-orang hostel ni. Semua baik-baik. 

Ni haaa Mabul Backpackers belah Mabul.. Hostel belah belakang tu, but shared toilet. Private Room belah kanan. Ada extension sikit. 

Bilik untuk kami bertiga! Cukup untuk tidur.

Landak laut bersepah depan ni... Tapi dalam tau air ni. 

Lepas tu kami bantai tidoq ngantuk gila oi. Pukul 4 bangun minum-minum kejap then pukul 5 dah keluar berjalan kat area Mabul Sipadan Resort dengan Mabul Bungalow Water Chalet yang sumpah cantik!! Harga RM 2000-RM 6000 per night. Hehehe. Bila aku nak mampu kesini niiiii???

Pokok kelapak

Pasir cantik sangat sini. Putih jeee...

Lalu sini untuk ke Bungalow Chalet

Lalu jambatan ni. Hujung tu Chalet cun melecun

Ada signboard tulis, gate ke Chalet ni tutup jam 7 kot. Kitorang punyala macam rushing takut kang tido atas jambatan ni pulakkk...

Cantik kannn...

Jambatan ke Bungalow Water Chalet

Dah sampai area Bungalow Water Chalet. Sini sunyi je. Maybe tak ramai orang.. 

Cantik nya.. dah lah laut biru...

Orang sini bagi je pelawat datang sini jalan-jalan... Yang pasti, jangan buat bising..


Jalan lagi dan lagi sampai hujung...

Lepas tu kan, kami patah balik tau. Yela jalan sendiri selamba je. Rupanya memang orang Mabul Backpackers tu plan bawa kami kesini pukul 6 petang macam tu. Haha. Sebab jumpa Kak Salmah (yang Melaka tu) dengan anaknya dengan orang Mabul tu la. Akak tu cakap dorang tunggu jugak kitorang tapi tak muncul2. Rupanya dah jalan dulu. Hehe.

So kami jalan balikkkk sampai hujung. Gigih takkk. Hehe. Orang Mabul tu nama Arsi.

Rina amik shot ni. 

Angin kuat gila sini.. Boleh terbang masuk laut sekali okeh.

Dua warna beza tengah laut...

Cantik sangat. Macam Maldives (walaupun tak pernah ke sana hahaha). Dah Maghrib, kampi balik ke hostel. Lepak ja tunggu makanan. Plug ada dua je boleh pakai. Kat luar je. Gilir-gilir kitorang mengecaj. Lauk masak lomak ok malam tu.

Lepas makan menepek kat luar. Duduk kat hammock sambil tengok langit & bintang.

Senja kat Mabul Backpackers.. Rinduuuuuuu lahhh!

Ok itu jeee. Bye!

2 comments:

  1. salam, nak tanya mabul backpackers nak book macam mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok link ni:-

      http://sipadanborneo.com/mabul-backpackers/

      Ada contact details.

      Delete