Sunday, August 28, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Kawarau Bungy Jump 2.0

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 September 2015

Pagi!

Ok kali ni confirm boleh buat aktiviti. Lepas breakfast sebarang dua, call for confirmation on Paragliding boleh fly ke tak todayyy, and its on!

Morninggggg! Nice weather today!

Kitorang check-out pagi tu siap-siap. Takde dah nak nyinggah laaaa. Sebab kesuntukan masa hari tu. Dan zassss! Pergi Kawarau Bungy Jump dulu. 

Bila dah sampai, terus check-in kat kaunter. Masa tu jam 8.45 pagi. Orang tu cakap u guys a little bit late. So u have to give way for 1 group that will come later. Alamak! Paragliding pukul 12.30. Sempat tak ni??

Sebenarnya Tirah ada booked untuk bungy jump jugak.. Kalau tak silap on the day before. Last minute nak join the clubbbb. So here we are, pagi tu ready for jump!

Dalam jam 9 macam tu, group tu datang. Rupanya, orang Malaysia jugakkkkk... Chetttt! Hahaha. Tapi dorang student kat NZ kalau tak silap lah. Nak tunggu dorang yang dalam 10 orang tu alamak.. Mesti lama ni. So takpelaaa... decide macam ni je. Khal, Azfar, Ain & Fid balik dulu jam 10.30 pagi. Akan jumpa Ain & Fid kat Queenstown jam 12.30. Khal & Azfar jumpa kat Skyline jer dalam jam 3 petang.. Dengan internet takde masing-masing. Base on what we plan je lah.

Dah ready, kitorang terus pergi kat tempat nak terjun tu. Tunggu punya tunggu kan... Pukul 11 pagi baru laaaa turn aku nak terjun. -___-. Lama tau. 

Gambar je laaaaaa.... 

Macam sekali datang je dengan budak-budak ni semuaaa haaaah!
Dah pakai harness. Lets go!
Masa ni aku cuak level 7 baru. 

Time ni cuak level 100000000!!! Hahaha.
Nampak tak sebab aku sibuk nak pegang pemegang kat tepi tu..
Saje la nak pakai goggle bagi clear sikit. Tapi haremm laaa ape nak tengok entah. 

The best thing lah aku rasa kat sini dia punya staff. So friendly! Dia tau aku nervous gila. So dia cakap, jump when you are ready. Ok so chill la kan. Heh.

Sambil-sambil tu dia suruh lambai-lambai kat kamera, hence the picture above. :)

Tapi aku ni macam lembab gila nak terjun. Dia sampai cakap, "1, 2, 3... JUMP!". 

"NOOOOOOOOOOOO!!!!" Aku jerit. Haha. "Am I safeeee right now? Harness okk?" Hahaha. 

"Yes, everything is ok.. But if you wait any longer, others could not jump. So u must jump, ok?"

Dengar dia cakap tu buat aku rasa nak terjun. Dia lepaskan tangan aku kat pemegang.....

And..... I just jump! Dengar la sorakan student Malaysia tu kat tepi. Hahaha. 

Kau tahu, aku ni punya la set dalam otak nak terjun ala-ala tengok dalam Youtube bagai tu.... Gaya Superman.....

Tapi................

Macam ni je wehhhh. Hahahha.
Rosak gambar tau.. Konon nak buat Superman la sangattttt....
After all... Aku buat Bungy Jump kotttt!
Gila betul perasaan tersebut.

Masa sampai bawah, lepas tu dia tarik balik naik kan, then turun balik.. Jantung tertinggal kottt.. 
-___-"

Malangnya gambar aku semua tak nampak muka. Chis. Jadi aku salahkan aksi Superman tak menjadi aku tu. :(

Ok dah sampai bawah. 30 saat je terjunan tersebut. 
Memang best gila.
Aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau korang tak buat lagi, u should try..

Kat bot tu, orang ni buka harness aku semua. Dan aku kena jalan kaki naik tangga sampai atas. Letih gilaaa.. Macam panjat gunung. Tak tau la apa yang letih. Mungkin sebab load kat kaki tu? Rasa nak merangkak je naik atas.

Dari bawah tu naik tangga ni... View cantik kan?

Lepas tu turn Tirah pulakk.. Aku ingat dia lepas aku. Tapi ada orang lain buat dulu. Aku pun tengok aksi Tirah nak terjun. Hehe.

Setel dia terjun, tengok gambar & video kitorang kat dalam... NZD 80 untuk gambar dan video. Walaupun gambar aku tak nampak...... Aku pasrah je laaaa. Marilah bayar buat kenangan. 

I did it!
Dapat certificate, free Kawarau Bungy T-Shirt & keychain..

But now... the problem is......

MACAM MANA NAK BALIK TOWN???? 

Takde kereta. 

So aku tanya staff situ, boleh tak tumpangkan kami with the ladies from Malaysia tu balik town? Dia cakap boleh tapi nak kena tanya orang van tu dulu.

Sampai kat parking, driver van tu cakap, orang yang buat booking sahaja boleh naik van. So saddd.. Krikk krikk la kami kat situ... So kami bye-bye je lah dorangg....

Staff kat situ tanyakan kat driver bas yang bawa orang dari China ni. Dorang pun nak balik town untuk lunch. Lucky us lah, bas kosong. Kitorang dah la berkejar nak ke Paragliding kan.

Naik la bas tu... sampai town.. Tapi dalam bas tu, ada sorang mamat ni dok la sibuk nak bergambo dengan kitorang. Adoi..... Layankan je la. Tapi gambar semua blur. Hahaha. 

Sampai kat town, turun je bas, terus lari oiii sampai Million Dollar Cruise punya stesen bot. Kot la jumpa Khal & Azfar kat situ. Tapi orang situ cakap, cruise dorang dah habis lama. Lepas tu, terus sambung lari sampai kat Information Centre. Huwaaaa. Jauh tau. Penat kita lari takut tertinggal van.

Kami mengharapkan Ain & Fid dah sampai......

Nasib dorang ada kat situuu.. Plan berjalan dengan baik nampaknye. 

Ok next post about Paragliding pulakk..

Bye!

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar** 

Wednesday, August 24, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Kawarau Bungy Jump 1.0

Assalamualaikum!

Previous post:-


Kenapa 1.0???? Haa baca sampai habissss...

1 September 2015

Hari yang dinantikannnnnnnnn! NERVOUS GILAAAA oi! Tapi kita chill chill je la kan. Padehai dalam hati rasa nak gugur jantung..

Pagi tu sarapan biasa2. Plan nak jalan-jalan kat bandar Queenstown pagi tu. Beli souvenir siap-siap. Karang beli souvenir kat ceruk Omarama, orang tanya, "Omarama tu apebenda????". -__-"

Jalan kaki je ke town. Tempat souvenir wajib pergi, yang memang famous lah kat Queenstown ni - DF Souvenirs

Jalan dan jalan.... 
Mendung pagi tu... 

Masih tak ramai orang. Baru pukul 9 pagi masa ni..

Ok dah sampai Queenstown Mall!

Banyak kedai-kedai kiut-miutttt! 

Ni ha kedai nyeee... Awal pagi dah bukak..
Lama la jugak kat sini. Buang duit kejap kat sini... Macam-macam beli. 

Model baju. Haha.
Ni contoh baju yang ada kat sini....
Expenses aku tak ingat. 


Dah habis shopping, jalan ke arah Lake Wakatipu....

Burungggg!

:)

KJet. Ni macam bot laju gilaaa bawa pusing-pusing kat Kawarau. NZD 125. 
Kalau macam Shotover dalam NZD 135 sorang. Pusing kat Shotover River & Canyon. Mahai takkk? 
Aku bagi link tu, pilih la mana nak... 

Million Dollar Cruise....
Yang ni, kitorang memang booked siap-siap kat Bookme. Nanti aku cerita lain.

Kami! Macam biasa, Azfar fotografer. :D

Dah habis jalan kat sini, kitorang pun drive la ke AJ Hackett Bungy Kawarau Bungy Centre. Terletak kat Gibbston Highway. Ada signboard belah kiri nanti. 

Masa tu memang dah nervous dub dab dub dab. Apebenda la aku nak buat niii!!

Tapi masuk dalam tempat tu, sangat macam calm jerr. Dah la design dalam menarik.

Pricing List. Boleh nak buat tandem jugak. Dua orang sekali terjun..
Paling tua terjun umur 94 tahun ok kat sini! Haa ni aku yang muda belia ni takkan tak boleh buattt! Haha Up sikit jiwa positipp..

Cafe 88.
Kalau letih lepas terjun boleh laa datang sini minum2..

Check-in time! Semua kat situ hensem-hensem tau.... Yang baju maroon belakang tu pun hensem jugakkk.. Hurmmmm hurmmmm... Hahaha.

Ni punnn ok la jugak kan. Ni kerja siapa la ni amik gambo dia nniii.... :D

Lalala...

Selain tu, ada jugak jual souvenir macam baju kat sini. Tapi harga agak cekik cekik jugak la.

Nanti orang ni tanya la ada sakit apa-apa ke.. Bagi nama untuk certificate, timbang berat, nak dip kepala dalam air tak, conteng kat tangan berat & nombor giliran. Setel!

Lepas tu tunggu turn jee...

Tempat bungy from far..
Aku amik feel dulu tengok orang lain terjunnn. 

Feel tak feel la kannn... Hahaha. Aku cuak gila masa ni. 

Ok jum! Kita tengok sekitar tempat bungy tu.

Tunggu punya tunggu... Ada turn sorang ni, sebelum aku la. Dia dah pakai harness and everything. Ready to jump. But then, orang yang jaga kat situ bagitau, angin tengah kuat. Tak boleh terjun lagi. So she waited for some time jugak laa. 

Aku ni lagi laaa... Yang tak pakai apa lagi dah fuhh fuhhh tahan napas wehhh. So takpe, kite tunggu lagi 30 minit macam tu kat dalam kafe.

Dorang minum2, aku ni minum air dah tak rasa apa...

Kawarau Bungy ada sediakan tayangan video sementara tunggu.. Cerita sejarah dia. Kawarau Bungy ni the first commercial bungy jump in the world ok! Whoaa.

Alih-alih abam hensem kaunter tu bagitau tak boleh jump today. Weather is not good. Orang yang tadi tu dah ready nak terjun kottt! Arghhhhh! Kesian gila kat dia... Kat aku takpe lagi tak kesian. Sebab solamat den hari ni. Hahaha.

Dah la dia flight balik esok. Nak buat esoknya pun tak sempat. Jadi abam hensem tu pon bagitau aku jugak, you may have a refund or you want to do some other day... 

Masalahnya.. Esok kan ada Million Dollar Cruise yang dah booked siap-siap tu. Dilema betul. Dengan Paragliding esok. Dengan Skyline esok. 

Fikir punya fikir 50 kali, ok fine. Aku cancel je esok punya Cruise. I have to do the jump! Haa nampak tak semangat keterjunan tu. Kalah Pandelela okkk. :)

Aku pun booked jam 8.30 pagi macam tu mengharapkan cuaca ok...

Dengan hati yang sedikit bercahaya, jumla amik gambar kejap. :D

Nice viewwwww! Bawah tu Kawarau River!

43 meter jerrrrrr... ()**$^$)_+( ??!!

History...

Zipride ni pun best jugak. Tapi pendek sangat. 

So we drove back to town. Lapar laaa. Makan time. 

Parking kat Hostel. Jalan kaki ke Queenstown Mall..

Sebenarnya nak cari kedai Fish & Chips kat tepi Lake Wakatipu. Cari punya cari tak jumpa pun. Rasa betul dah map aku dapat. Siap aku screenshot gambar okkk kat internet. Tak jumpa pun si Aggy's Shack ni. Dengan putus harapan, kitorang pun patah balik... Terjumpa sorang pakcik ni. Tanya dia, kedai Aggy's tu kat mana? Alih-alih dia cakap, owner kedai tu dah mati dalam 1 tahun lebih kurang. Ohhh. Terkejut kitorang. Huhu Melepas nak makan..

Tak jumpa dah kedai lain, jadinyaaa....

Kebab ajo laaaa...

Turkish Kebab

Antara menu yang ada. Harga memang cengkam jiwa tapi baloi laa..

Sebab besar! Tengok la Fid punya burger tuuu..

Minee.... Tak habis weh. Makan separuh je..

Lega dapat makan ke, lega tak payah buat terjun hari niii?? Hahaha.

Setel makan, Azfar & Khal balik dulu sebab teman Fid beli barang dan jalan2 kejap.

Hujan petang tuuu...

Sampai bilik, kitorang terus tidur terbongkang masing-masing. Letih apebenda entah. Tiba-tiba dah maghrib. Hujan lagi masa tu. Dorang ada ajak keluar jugak. Tapi aku tak larat. So kita buat laundry dan rehat aje. Jarang ni travel pastu berehat dalam bilik jeeee. Hehe.

Tengah malam lapar plakkk. Aku dengan Ain gi buat Maggi dengan panaskan kebab aku tu kat Movie Room aka Kitchen 2. Kitchen yang satu lagi tak buka dah malam2. Ade pulak orang2 mabuk dalam tu. Adeh. Cepat2 kitorang makan.

Lepastu, tidur laaaaa....

Ok jumpa lagiii !

** Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar **

Saturday, August 20, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Booking Activity!

Assalamualaikum!

Previous post:-


31 Ogos 2015

Sampai kat Queenstown, baru la nampak keramaian manusia, rumah cantik-cantik menghadap The Remarkables dan Lake Wakatipu. Serius cantik... Rumah kat Queenstown ni tak boleh buat sama rata. Kena buat bertingkek-tingkek. So that all residence can get to see the beautiful view.

Kami bermalam di Haka Lodge, Queenstown. Mula-mula nak duduk kat Butterfli Lodge yang gilo cantik tengok kat belog Poobritney. Tapi disebabkan lambat nau reply email kitorang dan alih-alih dia kata dia tak bagi duduk bilik sama 6 orang. Nanti bising. -__-" Ofkos la kos meningkat kan kalau asing-asing. K fine. Kita pilih Haka Lodge laaaa. 

Check-in dulu.

Tak amik pun gambar kat dalam Haka ni. Backpackers style. Ada WiFi, laundry room, kitchen, movie room. Best tau. Staff pun friendly. Layankan je kalau nak pinjam telefon apa semua. Kami amik yang Superior 6 Bed Mixed Dorm. NZD 60 per person for 2 nights.

Ni la tempatnye... 

Bob's Peak - Tempat nak naik Skyline Gondola..

Dah letak beg apa semua, keluar balik untuk book aktiviti keesokan hari. Khal & Azfar tak ikut. Khal tolong masak dinner malam tuuu...

Kitorang pun berjalan kaki ke town. Dekat je. Dalam 5-10 minit dah sampai. Aku memang dah usha-usha nak book aktiviti kat Happy Travels, Shotover Street. Area sini memang banyak gila shoplots buat aktiviti. So not to worry kalau rasa nak pilih tempat lain.

Dah sampai. Nerve-wrecking tau teringat pasal benda ni. Hahaha.

Queenstown at night! Macam-macam aktiviti ada! U name it!

I already decided to do bungy jump since at Malaysia okkkk. Siap dah simpan duit siap-siap tau. Let go the fear kekdahnye.. So datang-datang terus aku booking yang bungy jump. Pung pang si Mark ni bercerita dengan aku kot nak try Nevis Bungy - the highest bungy in NZ. Tapi memang aku dah set in mind, "I'm going to do the AJ Hackett Kawarau Bungy Jump".

So aku tanya budak-budak ni, jum la buat sama. NO! Dorang kata.

Tirah tengah fikir seratus kali nak buat ke tak aktiviti..

Ada Free WiFi that I didn't even bother because I was so nervous. Gila apa tak buat lagi dah nervous. 

AJ Hackett Kawarau Bungy Jump - NZD 195 per person. Schedule date: 1 Sept 2015. 

Tak pasai-pasai aku ajak dorang bertiga buat Paragliding jugakkkkk. Bila lagi.... Aku cakap. Ain tu kemain dia takut sebenarnya. Tapi at last, dia pun join. Paragliding ni harga lain ikut musim (Winter/Summer) yeee.. Schedule date: 2 Sept 2015.


Haha melayang duitttttttttt...... Tapi takpelah. Sekali sekala. 

Si Mark ni bagi free Ice Bar ticket. 

Kalau korang book dua aktiviti, dapat laa off NZD 5. JER. :)

Skydiving aku takde kekuatan lagi nak buat. Wait someday...

So kitorang pun pulang la ke Haka Lodge dengan perasaan tak percaya we have task to do tomorrow. Haha. Sampai bilik, makan dulu. Khal masak Tom Yam.. Lepas tu tidoqqq laaaa... 

Double Bed style..
Gini la bilik dia. Yang penting, tilam empukkkk!

Ok jumpa lagi!

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar**