Friday, April 8, 2016

Road Trip New Zealand: Hooker Valley Track, Mt Cook

Assalamualaikum!

Previous post:-


Post ni gambar banyak. Ada yang blur sebab cover camera kena hujan. Tapi tetap jugak nak letak gambar tu semua. Hehe. Enjoy!

29 Ogos 2015

Selamat pagi dari Lake Tekapo! Plan asalnya nak keluar awal harini dalam jam 7.30 pagi. Tapi pukul 6 baru nak bangun kan, ni semua akibat jet-lagged. Hahaha alasan. Malam sebelumnya dah tanak nasi untuk nasi lemak. Pagi tu just panaskan aje. Goreng telur, buat sambal ikan bilis, potong2 timun sikit. Siap!  Cannot go la kalau takde makanan rutin nasi lemak ni. Hehe. 

Pagi tu aku tak mandi sebab sejuk amat. Habislaaa bagitau satu dunia kannn -__-". Siap semua, kemas barang dan mari sarapan depan Lake Tekapo dengan pemandangan yang sangat marvelous. Orang lain makan dalam kitchen, kitorang makan kat luar. Padahal sejuk gilo tu.

Morning from us!

Nampak orang jual kopi kat area kitorang breakfast ni dalam van jee..

Amik gambar dulu sebelum makan...

Kami kawan dari Form 1. :)

Letsssssssssssss! Best dapat makan panas-panas waktu sejuk..

Makanan tak habis, simpan buat bekal perjalanan..

Jam 8.30 pagi kitorang check-out. Bye Tekapo cantik! 

Cuaca pagi ni tak berapa cun sangat, sama macam semalam. Mendung berarak kelabu. Harap-harap janganla sampai kepetang... 

Next pit stop: Hooker Valley Track! Trekking pagi hari.. Tempat ni terletak kat White Horse Hill Campground.

Sepanjang perjalanan dari Lake Tekapo ke Hooker Valley ni.... Subhanallah... Cantikkkkkkkk. 2 jam perjalanan okai! Nanti akan nampak Lake Pukaki tau belah kanan. Jangan stop dulu. Balik karang kita amik gambar. Tapi masa ni Lake Pukaki tak nampak biru lagi. Sebab cuaca mendung kan. Nak hujan.

Hello gunung ganang! Disebabkan kitorang tak tahu apa nama gunung tu, so just assuming everything we saw is Mt Cook. Hehe.
Mt Cook adalah gunung tertinggi di New Zealand yeeeee. 

Hee dah nampakkkk lagi dekat!

Disebabkan teruja, kita berhenti sekejap. Amik gambar..

Musim winter kabus tebal. Pokok pun semua warna coklat..

Lapar? Makan la biskut Cookie Monster! Beso & sedap!

Semakin menghampiri lokasi..

Nampak signboard ni, betul la tu..

Sampai Hooker Valley Track around 10.30 - 11 pagi macam tu.. Apa-apa pun, pergi singgah toilet yang sungguh besar kat situ dulu. Isi air paip buat minum. Tapi keliling sangat bersih lah. Tak tahu la siapa yang jaga kawasan ni...

Air kat situ ye buat minum. Kat batu tu. Treatment water, so kami pun no worries..

Khal & Azfar tak join. Khal demam lagi. So dorang rehat dalam kereta aje. Kitorang janji 2 jam paling lambat jumpa balik kat kereta. Kalau tak, suruh Azfar cari kitorang. Hahaha. 

Aku baca blog storiesmories, dalam 5-6 jam nak habiskan masa trekking sampai hujung track. So we decided to walk halfway saje. Masa ni hujan gerimis pulak kan.. Tapi sebab dah sampai, kita redahkan jua. Aku pinjam baju hujan Ain sebab kalau pakai baju aku tu memang babai lah baju. Lenjun karang.

Mari mulakan perjalanan... 

Semua warna coklat aje. Jaket Tirah nampak macam track tuuu dahhh. Kihkih..

Suasana kiri jalan..

Dan-dan jumpa orang Malaysia (husband & wife) ni baru balik trekking. Sembang sekejap ajee.. Sepanjang jalan akan jumpa orang. Kalau say 'Hi', mesti dorang 'Hi' balik. Hehe.

Sampai satu stop ni. Mueller Lake Lookout.
Wajib berhenti sini ye tengok pemandangan..

Nampak Mueller Lake & first swing bridge disitu.. 

Cuaca memang sejuk. Angin kuat. Pastu nak lalu kat jambatan gantung ni pulak. Halamakkk.....

Nasib la jabatan ni pun steady aje. So aku pun kenal cool lah.

Ok dah sampai kat hujung jambatan..

Jalan dan jalan... Ni kawasan banyak batu. Maybe sebab jatuh dari gunung belah kanan kitorang ni...

Suka gambar ni....

Masa tengah jalan-jalan tu, nak buat aksi lompat la kononnyaaa....

Tiba-tiba ada orang datang kat kitorang join nak lompat. Haha. Sangat sporting!

Siap amik gambar kitorang lompat lagi haaaaa..

Cantiknyaaaa.. Kan?

TIBA-TIBA.................

GOPRO JATUH. PATAH COVER. :( :(

Huwaaaaaaaaaaaaaa! Rasa nak nangis jugak kat situuuu. Aku sedih gilaaaaa. Baru dua hari sampai NZ, dah jatuh gedebukkk kena trek yang berbatu tu.. Macam mano nak amik gambo kalau dok pegang camera yang cinonet tu aje tanpa monopod kan. :(

Nasib baik dorang ni rilekkan aku. Nanti kita cari gam kat kedai okkkkk.

Nak sedih pun takde guna dah kan. Jumlah layan view and try my best to capture photos. Kalau korang nampak jari jemari dalam gambo ni, hadap je lah yeeee. Hehe.

Second bridge! 
Yang ini bergoyang.. Angin masa ni kuat gilaaaa. Tiba-tiba ajee....

Hooker River..
Angin lalu betul-betul kat tengah sungai ni. Gila betul perasaan masa ni..

Dan kami berjaya mengharungi Hooker Bluff Bridge ni..

Nanti akan nampak kerusi ni tau. Boleh la nak lepak makan ke apa.
Masa kat sini dah 1 jam perjalanan kitorang dari tempat kereta. So kena patah balik..

Amik gambar kejap... 

Kalau korang jalan lagi , akan nampak jambatan ketiga dan seterusnya sampai kat glacier lake. Kat situ baru nampak jelas Mount Cook, Hooker Glacier & Southern Alps. Good luck! :)

Hujan tau sepanjang jalan sebenarnya. Cuma gerimis laa.. Tu yang camera dok blur ajee..

Jum patah balik...



Memang semua coklat ye.. Langit pun tak berapa nampak.. Sebab langit ditutup awan tebal atau kabus, mungkin..

Tinggal ranting aje..

Dah sampai first bridge tadi...

Haaa dah nampak langit biruuu... Yayy!

Selfie satu!

Can't buy this view right?

Rakan-rakan yang baju dah sama dengan rumput..

End of trekking..

Alhamdulillah, selamat sampai... 12.30 tengah hari sampai kat kereta. On time.. Khal dok tidoq lagi. Pergi toilet apa semua, moh le teruskan perjalanan...

Kalau korang pergi waktu summer atau mungkin langit cerah, view memang lain k. Tapi memang ohsemmmmm sangattt!
Singgah sini please kalau korang pergi South Island!

Bye!

8 comments:

  1. May I know what camera are you using for the pictures? And filters (if you are using any)

    Gambar nmpk cantik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Combine pictures from friends actually..
      GoPro, Camera handphone, DSLR (Not sure the brand or model)& Lumix Digital Camera only..

      Delete
    2. Oo ok.. tubla gambar yg awal2 tu pki dslr rsnye.. cume nk tau setting ape and filter ape yg di pakai, kalau tahu la. X tahu xpe :)

      Delete
    3. Aahhh.. Yng tu gambar dari member..
      Tak tau pulak dia pakai setting apeee... Sorryyy.. :(

      Delete
  2. salam,

    nak tanya..rice cooker and ikan bilis bawa dr msia or beli kat sana eh? sy plan nak p Nov nnt InsyaAllah... tp tu duk pikir nak memasak smua ni cam ne? bawa pinggan sendiri smua la eh?

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rice cooker bawa yg kecik je dr msia. ikan bilis bawa sendiri, takut sana mahal. tpi nnt declare ye.
      kami bawa bekas makan masing2. Lepas tu, kalau kat hostel biasa provide pinggan kat kitchen area. :)

      Delete