Sunday, December 20, 2015

Road Trip Australia - New Zealand: Kereta Sewa di South Island, New Zealand

Assalamualaikum!

Previous post:-



Kali ni nak cerita kereta sewa kat South Island, New Zealand pulak..
Kami pilih Shoestring sepanjang kat sana. Apa yang best pasal Shoestring ni? Copy paste from website jeeee :-
  • Free Airport and hotel pickup (anytime) in your car.
  • Based only 400m from Christchurch Airport terminal.
  • Anytime drop off at Christchurch Airport (no charge).
Paling penting... FREE DROP-OFF oi. Hehe.Tapi, Shoestring ni operate hanya di Christchurch jer. Maksudnya, kalau korang beli tiket flight turun belah North macam Auckland tu, dia takde ye. Kena rent syarikat lain lahhh..

Ni la ofis Shoestring Rental kat Christchurch. Bangunan dalam pagar tu. Ni time hantar kereta waktu nak balik. Kena hantar kereta sendiri. Sebab dah habis ofis hour, park luar je. Banyak berjasa betul kereta ni.
 
Booking. Masuk je website dia, pilih kereta apa korang nak. Bergantung kepada berapa ramai orang + luggage. Macam kitorang, 6 orang dengan bagpack dan kotak makanan, amik Toyota Estima 7 seater. Booking online je semua. Tapi kena masukkan credit card korang just for secured booking. Takkan tolak charge apa-apa selagi hari yang korang pick-up kereta sewa tu. Senang.
 
 
Harga sewa kereta. Depends on season. Musim panas memang mahal yerrrr. Jadi, sila la booking awal. Kitorang gi winter, off-peak season jadi dapat NZD 74 per day. Untuk 8 hari, NZD 592. Itu pun booked 5 bulan sebelum date arrival. Harga dah termasuk tax & insurans.
GPS. Shoestring akan charge NZD 8 per day. Jadi 8 hari, NZD 64. 

Total rental price: NZD 592 + NZD 64 = NZD 656. Kitorang bayar cash kat sana..



Ni time isi minyak kat Makarora.. 
 

Bond. NZD 1,500. Takde pulak dia tolak bond ni dari kad kredit. Cuma apa aku baca, bond ni refundable kalau kereta dalam keadaan baik, takde rosak, accident bagai lah. Sebab tu dia amik details kad kredit korang.. Tapi tak tolak pun duit, so... kira bayar harga sewa kereta je lah masa pick-up tu..


Lesen memandu. Sila la bawa nanti orang kereta nak isi nombor lesen memandu korang. Additional driver takde caj pun. Dorang pun kena ada lesen memandu ye. Kot la nanti polis datang hendap korang..... 


Fuel. Ni kena tau berapa jauh perjalanan korang. Google map je kemana korang nak pergi. Boleh masuk website Numbeo ni kalau nak check harga minyak so boleh la budget berapa dalam itinerary. Fuel efficiency/consumption tu maksudnya berapa liter per 100 kilometer. Google je berapa untuk kereta yang pilih tu. Aku  ni semua Google je laaaaa.. Haha... Kalau macam aku itu hari memang pandai sangat tak amik tau pun kannn. Isi distance je. Keluar la dalam NZD 220 sepanjang perjalanan 2,200 km tuuu. Lepas tu masing2 dah tukar duit, dua hari sebelum baru aku perasan. Fuel Consumption 5L/100km apehal. Padahal Toyoto Estima tu 8L/100km ok. Bayangkan beza banyak tu. NZD 350 patutnya. Ngeng betul. Terpaksa la guna credit card kat sana. Huhu.



So ni estimate dalam NZD 350 untuk 2,200 km kereta Estima
 

Harga minyak. Average NZD 1.98 per liter. Harga berubah setiap hari dan lagi ceruk korang pergi, lagi mahal leeeee minyak tuu. Paling mahal dalam NZD 2.20. Jangan convert jangan convert.. Haha


Yang best kat NZ ni, tak de Tol. Dahla jalan berliku-liku, takde tol pulak tuuuu. Kat Malaysia semua benda nak naik yerrrrrrrrr. Huhuhu.


Apa-apa pun, jangan lupa check kereta sebelum mulakan perjalanan korang! Make sure angin tayar tip top! Minyak full sentiasaaaaa... Hehe.

Alhamdulillah, takde masalah pun dengan kereta sewa dari Shoestring. Owner pun baik. Proses amik kereta pun senang. Simple bak kata owner.


Ok la tu je kot... 



Baca FAQ kat website dia untuk details. 


Bila entah nak masuk entry OZ-NZ niiiii.....

Byeeee! 


Monday, December 7, 2015

Japan Short Trip: Hikone & Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum!

Previous post:-


14 Mei 2015

Sampai Shin-Osaka, kami exit west gate untuk ke apartment yang kitorang sewa. Dah ada orang tunggu kami kat luar station. Tak ingat namanye, dan English dia pun tak ok sangat. So dia just bagi kunci dan tunjuk bilik. Barang-barang pun takde sangat la dalam apartment tu. Tapi boleh la kan. Asal ade tempat tido. Rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan.

Apartment kitorang stay kat Shin-Osaka ni, booked kat Airbnb.. Dalam lebih kurang RM 600 untuk 2 malam. Share la 4 orang. Lokasi pun dekat jugak dengan Shin-Osaka station. Gambar tak de pulak amik. Tak sempat. 

View malam hari kat apartment...

Jadinye petang tuuuu nak pergi Lake Biwa. Sebenarnya nak tengok Torii Gate besar kat tengah laut yang ada kat situ. Kira macam yang dekat Hiroshima tu. Disebabkan tak sempat nak pi Hiroshima, ingat nak try pergi Lake Biwa kot la jumpaaa.. Lake Biwa ni tasik air tawar terbesar kat Jepun ye. 

Bila tengok map, dari Kyoto lagi dekat nak pergi Lake Biwa ni. Tapi sebab pakai Kansai Pass kan, mari redahhh sajeee dari Shin-Osaka. Plan kitorang.. Naik JR Tokaido-Sanyo line ke JR Maibara Station. Tapi masa tu dah pukul 6 tau. Expected sampai around 7. Tiba-tiba train berhenti kat Yasu Station. Entah kenapa. Terpaksa tukar train. Next train dalam 20 minit pulak tu. Bila tengok map, JR Maibara ni jauh sikit. Jadi tukar plan, kitorang redah JR Hikone Station. 

Dalam train ke Hikone

Tapi Hikone ni kan. Sesuatu sangat. Sunyi gila tempat tu. Tak faham aku. Dari jauh dah nampak cahaya dari Hikone Castle. Tapi nak pergi dekat, jalan dah gelap. Masa ni dah 7.30 pm. Gelap oi. Nampak gitu2 je la castle nye punnn... Cun lah atas bukit. Belakang castle tu la Lake Biwa. 

Setelah membuat ujikaji, nak tengok Torii Gate tu, naik JR ikut Kosei Line ke station JR Omi-Takashima. Lepastu kena naik teksi turun kat Shirahige Jinja. Klik link tu nak tengok gambar Torii.

Nampak tak cahaya putih hujung tuuuuu?? Castle yang sipi-sipi je nampakkkk... Hahaha


Kedai tak buka pun..


Sendu je haaa bandar Hikone..


Banyak jugak kedai makan bukak. Tapi macam takde orang pun..

Akhirnya, kami pulang laaa ke Shin-Osaka. Takde rezeki nak tengok Torii. Sesat tah kemana. Haha. Habis masa dalam train je uols. Sejam kot dalam train tuuu... -___-". 

Hantar Kak Ana & Iman balik apartment dulu. Aku dengan Ain nak pi jalan kat Osaka. Masa ni dah jam 9.40 malam oi. Naik subway Midosuji Line (red) ke Namba Station. 280 Yen, 15 minit. Pukul 10 malam ramai orang lagiii pe citaaaa??? Tak reti nak balik tidoq kaa... 


Ramai orang lagi. Semua still pakai coat.

Malam tu kita pergi Dotonbori. Exit 25/14 kat Namba Station. Dotonbori ni banyak kedai makan. So lively! Ramai sangat orang. Jalan-jalan area Dotonbori Canal, jumpa Glico Man. Aku macam, ape benda laa Glico Man ni oiii? Tak pernah dengar pun.. Apa yang femes sangat dengan orang niii??? Rupanya Glico ni nama satu syarikat candy kat Jepun. Patutla macam pernah dengar nama gula-gula Glico. Kira Glico Man ni trademark company tu laaaa... 

Dotonbori. Kiri kanan kedai makan.


Pastu ada orang pakai spender SAHAJA kat sini malam tu.. Dok amik gambar macam Glico Man ni. MOTIPP??

Dotonbori Canal

Jalan sikit nampak orang jual takoyaki. 350 yen untuk 5 ketul. Layan. Sedap jugak la situ..

Dotonbori yang penuh dengan signboard warna warni...

Takoyaki stall..

Nyum nyum..

Aku rasa Dotonbori ni agak kotor sikit lahh. Maybe sebab sini memang tempat orang jalan-jalan makan, pastu buang sampah merata... 

Lepas makan kat situ, cepat-cepat naik subway ke Shin-Osaka takut subway tutup. Masa tu pulak dah pukul 11.30 pm ok. Risau aku. Tapi orang ramai gilaaa balik kerja ke minum sakei ni. Hehe. Sebenarnya subway dorang last pukul berapa hah??

Balik ke Shin-Osaka naik subway midosuji line jugak. 280 Yen. Ramai sangat oranggg oii kat station punnn. Lain betul dari Hikone tadi. Hehehe. Sebelum balik apartment singgah Family Mart beli air 100 Yen. Sampai bilik pukul 12 kot. Sempat masak nasi ni. Makan jap then tidur. 

OK itu ajeeee...

Byeeeeeeee!