Wednesday, July 22, 2015

Overland Thailand: Hua Hin - Thai Rent A Car & Kedai Makan Halal di Hua Hin

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya semua! Makin gendut takkkk? Kihkih.

Kita sambung penjelajahan di Hua Hin yerr..

Previous post:-


30 August 2014

Bangun pagi.. Kita kemas beg nak pergi amik kereta sewa kat Thai Rent A Car. Pick-up patut pukul 8 pagi, tapi 8 pagi la baru nak keluar check-out bagai. Disebabkan awal pagi lagi, receptionist nan ado. Makcik semalam tu pun nan ado. Call tak angkat. Jadinya, letak bag dulu kat luar G2 Guest Room, dan jalan kaki la amik kereta. Dekat sangat. 10 minit jalan kaki + sesat sekejap. Lokasi Thai Rent A Car ni kat Hua Hin Downtown Villa Market, sebelum Hospital San Paulo. OK?!  

Morning! Depan G2 Guest Room @ Hua Hin Hotel

Nampak tak lokasi kat map ni? Dekat aje. Kena cross road dari G2 Guest Room, jalan terus je sampai nampak Downtown Villa Market sebelah kanan korang.
Tak payah ikut Google Map tu sangat. Tah mana2 dia bawa tu yang kitorang sosat tu.

Ada banyak kedai kat sini..

Dah sampai!

Jumpa reception Thai Rent A Car, sign agreement apa semua dan jangan lupa bawa Passport & Driving License ye. Credit card dilupa jangan sebab perlu bayar deposit 10,000 Baht. Hahahaha. Kalau lesap kereta tu aku pun tak tahu nak cari mana duit banyak2 tuuuu oii!! Quotation given at that time, sewa kereta Mitsubishi Mirage 1,100 Baht + VAT 7% = 1,177 Baht. Ok laa tu, sorang dalam 300 Baht (RM30). Kami sewa dari jam 8 pagi sehingga 8 malam hari yang sama ye. Insurans cover semua kecuali kemalangan disebabkan kami sendiri. Sebelum return kereta, kena isi minyak fuel tank. Tayar pancit, betulkan dulu. Harga minyak 30 Baht untuk 1 liter. Mahal gila. 

GPS ni bawa sendiri dari rumah. Nak guna Google Map pun bolehhhh kat handphone korang tu.. Tapi kena ade internet lah yer.

Alkisahnya, aku dengan Ain pun ikut la orang Thai Rent A Car ni nak check condition kereta.. Tapi, orang nye check Nissan Almera. Aku macam.. Eh, salah kereta ni. Aku pun tanya la orang tu yang kami minta Mitsubishi Mirage. Dia cakap apa tauuuuuuuuuuu! FREE UPGRADE UOLLS. Suka mak. Suka sangat. Kereta besar lagi. Muat sumbat semua bag kitorang dalam bonet. Haha. Ada tempat USB so tak payah nak dengar lagu Thailand. Kalau tak, kereta Almera ni 2,000 Baht tahu. Untung sangatttt. Tapinya fuel tank Nissan Almera ni 1,500 Baht ye. -___-"


Muka kegembiraan!
Ni depan kedai makan.
Kereta baru tauu dia bagi sewa. Bersih tanpa cacat cela. Hehe.

Perbandingan harga tak termasuk VAT 7% (July, 2015)

Jadi, kami pun drive laaa ke G2 Guest Room semula, amik bag dengan Uyu & Effa. Nak U-turn kemain jauh kau. Ingatkan makcik garang tu dah bukak kaunter. Rupanya belum lagi. Pukul 9 pagi plak tu. Lambat nau buka. Letak kunci je la kat bilik. Beli air mineral kat Family Mart jap. Ade je area Guest Room tu.. Misi seterusnya, jalan-jalan cari makan pagi!

Follow je GPS, kami cari kedai makan area Hua Hin Railway Station. Kalau nak tau, situ banyak kedai makan halal. Jumpa tak jumpa je. Hahah. Kami ni pun nasib baik jumpa kedai halal tepi jalan. Kedai tu agak famous (baca belog orang), jual nasi ayam kuning & roti sedap. Kedai warna hijau, opposite railway station dekat dengan roundabout ke Chaam. Kereta memang banyak masa ni. Jalan 1 lane ajee dan susah nak cari parking. Pusing satu kali round, dapat parking. Depan kedai pulak tu. Hihi. Rejeki. 

Ini la kedai nya. 
Kedai ni pun featured dalam Mad Markets. Masa aku tengok Elfira Loy pi sana tu, teringat kat makanan sedap gila kat sini. 

View dari dalam..


Menu. Kami amik Yellow Baked Rice with Chicken dengan Sup Daging recommended by waiter situ..

Roti. Murtabak pun ado. Tapi roti takde pagi2. Baru nak rasa roti sedap. :(

Nasi Ayam Kuning. Nampak tak sos merah tu memanggil-manggil oii. Sedappp!

Sup Daging ni memang kaw-kaw sedap sangat. Meletop-letop pedasnye. Wajib rasa.

Total makan 265 Baht. Ok laa tuuu. Murah sangat. Kedai makan halal ni dibuka dari jam 9 pagi sampai 8.30 malam. Roti ada jam 2 petang.. Mai la datang!

Lepas ni jalan-jalan satu Hua Hin sampai letih. 

Next entry!

Bye!

18 comments:

  1. Perghhh! Mantap laa boleh drive sendiri kat sana... Pattttt Update lagiiiii!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha. Sonang sikit drive sendiriiii. Nak pi mana pun pi jaaaa... :)

      Nanti update lagi yerrrr..

      Delete
  2. saya pun cadang nak dtg sini gak, tapi daytrip je la..ni taksabar nak baca next entry ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pusing Hua Hin ni satu hari cukup dahhh.. Byk tmpt kitorg pergi. Nanti update lagi okai.. :)

      Delete
  3. Aku tengah selsema ni khay sedapnyaaaa sup pedas2 ailaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. sesema makan bubur je Ros oiii...

      :)

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya nk tny pasal sewa kereta tu. Cik booking siap2 kereta ke, pergi sana baru cari? Senang tak drive di huahin sebab plan nk ke sana bln mei ni. Tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...
      Kereta sewa tu booked siap2 dari Malaysia.
      Drive senang je.. Jalan straighttttt jee kat sana..
      :)

      Delete
  5. Hello! Great informative post, may I know is Malaysian driving license accepted? Or do we need international driving license?
    Thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Miko Lee. Thank you!
      Yes just bring Malaysian driving license. :)

      Delete
  6. Kira deposit dia rm1000 la. Dpt blk ke?utk apa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampun! Lambat sangat nak reply. Ke dah sampai Hua Hin? Hehe.

      Dapat balik deposit tu. Tolak credit card. Kira kalau kereta hilang ke apa, dia tolak situ la kot.

      Agaknya dia ingat kita nak bawak balik Malaysia kereta tu tak pulang2. Hehe.

      Delete
  7. Tak sabar rasanya nak drive sendiri kat sana. Plan next year, mahu drive from Bangkok - Hua Hin - Bangkok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best tu drive Bangkok - Hua Hin...
      Have fun in Thailand nanti. Jangan lupa makan makan dan makan. Hehehe.

      Delete
  8. Deposit tu kita kne bg cash ke mcm mna sis? sy kurang faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deposit tu bayar guna credit card. Nanti masuk balik duit tu. Sebagai cagaran aje.

      Delete
  9. skrang still pkai license malaysia ke utk drive dkt sana ?

    ReplyDelete