Saturday, March 14, 2015

Pulau Perhentian 2014: Dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut, Terengganu

Assalamualaikum!


Entry baru, lokasi baru!

Seperti biasalah. Nak dekat setahun baru nak cerita kan! Bulan 6 tahun 2014, aku dengan member pergi ke Pulau Perhentian yang terletak di Terengganu. Ada dua buah pulau kat Perhentian ni. Perhentian Kecil & Perhentian Besar. 

Duta peta perhentian - Fisha. Kihkih

Plan? Kitorang book last minit, so redha je mana-mana tempat yang dapat from agent. Most of tempat kami tanya tu cakap, kebanyakan orang booking 3 bulan sebelum tarikh dorang nak pergi. Awal tu memang decide nak duduk kat Perhentian Kecil sebab kat sana lebih meriah, banyak  gerai makan. Malangnya, banyak hotel/chalet memang dah full time tu. Email sana sini since mid of April. And finally dapat quotation yang agak baik in May. Tapi, kami stay kat Perhentian Besar. Mana-mana pun takpe... Janji touch down Terengganu for the first time (for me hiho)..

Nak ke Pulau Perhentian ni ada banyak cara. Naik kereta sehingga Kuala Besut (ikut la GPS tu ye). Ada banyak tempat parking. Cuma aku tak pasti kena bayar ke apa ke. Atau boleh naik bas dari Stesen Putra KL - Kuala Besut atau pun naik kapal terbang. 

19 June 2014

Disebabkan Fisha cakap MAS ada buat promo untuk ke Kuala Terengganu masa tu, terus book tiket flight tanpa fikir lokasi mana (Kuala Terengganu atau Kota Bharu) lebih dekat kalau naik flight. Hahahahha.. 

Nak merasa naik MAS la kata kau. Sekali je dulu aku naik MAS tahun 2010 masa praktikal ke Korea. Lepas tu takde naik dah haa. Harga tiket flight one-way RM 70 per person.

Aku dah keluar rumah pagi lagi. Flight depart at 1440. Aku tak nak rushing. Janji dengan Rina kat KL Sentral around 10am. Sambil tunggu Rina sampai, aku breakfast McD ja pagi tu. Fisha pulak naik flight dari Penang ke KL. Aku dengan Rina tunggu dia kat KLIA. 

From KL Sentral to KLIA, kami naik Airport Coach yang terletak di bahagian luar KL Sentral. RM 10 per person. Perjalanan 1 jam. Comfortable seats. Cuma tak gerak on time. Aku bajet dorang nak tunggu satu bas penuh baru gerak. -___-"

Tiket Airport Coach - Beli kat kaunter depan bas tu..

Sampai aje kat KLIA, terus naik escalator ke Balai Perlepasan yang terletak di tingkat 5. Lepas dah setel check-in bagai, kami pergi makan dulu kat KLIA Food Garden yang terletak di tingkat 2. Lunch time. Kita bedal nasi lauk dengan air - RM 11.60. 

Setel makan, terus gerak gi Perlepasan Domestik and let's go to Terengganu! :)


Di awan biru kelabu

Teruja jap.

Sampai aje kat Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dalam jam 3.30 pm, kami cari teksi sewa. Kaunter betul-betul sebelah pintu masuk airport. RM 120 satu teksi. Perjalanan 1 jam 15 minit. 

Sebenarnya teringin nak makan sotong goreng tepung yang famous sangat kat KT ni. Tapi, pakcik teksi ni macam takde mood je nak cakap dengan kitorang. Jadinya malas nak tanya dah.. It's ok. Next time, pergi Redang kita rasa situ.

Sepanjang jalan nak ke Jeti Kuala Besut ni, aku jumpa Jeti nak ke Pulau Redang jugak. Sangat dekat dengan airport ok.

Cumanya, adalah lebih baik kalau korang nak ke Perhentian, naik flight turun Kota Bharu. Lebih dekat. Naik teksi dalam RM 65-75.

Pekan Kuala Besut ni kecik aje. Tapi ada stesen bas, hotel, kedai makan, kedai runcit semualah cukup untuk kami ni haa. Kitorang tidur kat Kuala Besut ni satu malam. Booking Yaudin Guest House kat agoda.com. Murah tau. At first kami booking yang standard room (2 katil). Nak menyumbat je 3 orang. Malangnya acik tu tak kasi. So dia suggest kami tukar Family Room. Tambah berapa RM je pon. So, on je lah! 

Aku takde amik gambar dalam bilik. Tengok website aku bagi tu lah ye. Overall, it was ok. Biasa aje Guest House nye. Don't expect so much. Toilet semua luar dari bilik. Kalau korang jenis kisah sikit pasal bilik atau bilik air ke, amik hotel lain kalau nak lebih selesa lah recommendation aku. Cuma, lokasi Yaudin ni memang sangat dekat dengan Jeti Kuala Besut. 

Dan kalau korang nak tau, hari Khamis ada pasar malam kat area Jeti Kuala Besut ni! So minum petang kami....


Sotong tepung oi! Hahaha

Banyak weh kitorang beli. Keropok lekor, cendawan goreng, sate ape lagi ye tak ingat. Oh jangan lupa makan Apam Balik Telur dia super nyumsss! Gemuk plak tu.  Puas makan tau.. Makanan semua murah-murah. 




Makan tepi jeti....

Lepas makan, kami beli barang-barang sikit buat bekal kat Perhentian nanti. Ada kedai runcit kat bawah Yaudin tu. Beli situ aje. Balik bilik mandi apa semua. Malam tu keluar lagi. Lepak-lepak kat kedai makan..

Our real journey begins the next day! Pakej apa kami amik, itu semua aku cerita next entry ye.

Hope this info helps!

Ok byeee!

7 comments:

  1. patut beli gopro ni hehehhehehe

    ReplyDelete
  2. Teksi tu 65-75 tu kira sorg ke kira satu teksi ??

    ReplyDelete
  3. jeti kuala besut tu last trip pkul 4 ek? n ad no teksi sewa tu x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. No teksi sewa tu takde... Tak amik pulak itu hari...

      Dari jeti kuala besut last bot dalam 4 ke 430 mcm tuu...

      Delete