Saturday, March 29, 2014

Trip November 2013: Surabaya Day 1 (Air Terjun Madakaripura)

Assalamualaikum!

Trip kali ini ke Surabaya & Jogjakarta pada November 2013. Ye betul. Basi dah.

1 Nov 2013 

Jumpa dengan Ain, Khal, Tirah, Uyu & Effa di LCCT jam 8.30 pagi. Uyu & Effa ni kawan kepada Ain. Kiranya kat LCCT ni la first time kami jumpa. Flight kami ke Surabaya depart jam 9.45 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Pukul 11.15 pagi kami tiba di Juanda International Airport. Dekat Indonesia ni waktu lewat 1 jam ye dari Malaysia.

Supir yang bertuah untuk trip kali ini ialah daripada Bromo Adventureland. Sila klik untuk maklumat lanjut. Booking supir masa kat Malaysia. Harga dah termasuk sewa mobil, driver, petrol, tol & parking. Bukan itu aje, siap complete dengan Jeep 4 Wheel Drive ke Bromo, Entrance Fee Bromo dan perjalanan kami dari Bromo ke Jogjakarta jugak! 750,000 Rupiah seorang sepanjang 2 Hari 1 Malam kat Surabaya. Sila tukar sendiri rate ye.

Pak Supir kami namanya Pak Nasyid. Baikkkkkkkk sangat-sangat!

Airport kat Surabaya ni tak ramai orang. Sunyi je. Bangunan airport  ni pun klasik sangat.

 Luar airport. Masa ni panas terik baq ang! Tengah tunggu Pak Nasyid.

 Ini la van kami. Muat untuk 8 - 10 orang. Tengok Pak Nasyid tu senyum je dia.

Perjalanan kami diteruskan ke Probolinggo iaitu salah satu bandar di Jawa Timur, Indonesia. Tapi sebelum tu singgah makan dulu kat Sedarum Asri.

 Order lah order! Makan bayar sendiri. Tak termasuk pakej. Tapi kami peruntukkan dalam RM25 la satu hari.

Aku pelik kedai makan ni kenapa la tak pasang kipas. Kedai agak berhabuk disebabkan lokasi sebelah jalan raya. Tengok Khal tu siap tutup mulut & hidung ok. Kat sini surau dan tandas pun disediakan.

Jalan sangatlah macet. Banyak bebeno lori lah kereta lah.. motor lagi lah. Semua orang pun dok hon-hon sepanjang jalan. Jangan lupa kalau pergi Probolinggo ni, singgah dulu kat Air Terjun Madakaripura.

Air terjun ni dikelilingi bukit-bukit yang menitiskan air pada seluruh tebing (skema pulak ayat), so nampak macam air terjun atau pun macam rembesan hujan gituu.

Madakaripura ni maksudnya 'tempat tinggal terakhir'. Ia dikatakan sebagai tempat Gajah Mada menghabiskan hari-hari terakhirnya. Ada sebuah gua di kawasan air terjun tersebut yang dipercayai tempat Gajah Mada bermeditasi.


Ni dah sampai ke kawasan masuk air terjun. Jalan kampung sangat. Sunyi. Tapi, rasa macam naik roller coaster tahu. Hehe.

Dalam jam 4 petang sampai la kat sini. 2 jam perjalanan dari airport tu. Bayaran masuk 3,000 Rupiah. Akan ada guide yang akan bawa kita masuk ke kawasan air terjun ni. Bayaran 50,000 seorang.

 Sampai sudah! Ini adalah arca Gajah Mada

 Ada lebih kurang 6 batang anak sungai yang kena redah.

Ini jalan biasa ke air terjun.

Hati-hati jalan kat sungai sebab batu licin berlumut. Bila jalan sampai kat satu pondok ni, guide minta kitorang pakai baju hujan. Kalau tak bawa takpe, dorang ada jual. Lepas tu jalan lagi sikit kat depan. Dah sampai!

Jalan kaki selama 1 jam untuk sampai ke tempat yang sangat indah ni!
Cantik sangat kan. Subhanallah...

Tirah, Khal, Uyu, Khay, Effa, Ain. 
6 of us! 

Kami kawan sejak sekolah menegah. :)

Cantiknya cantikkkk!

Air sungai kat atas ni namanya Cenderawasih.
Tiba-tiba teringat masa pergi Sungai Chiling kat KKB.

Ini pose apa aku pun tak tau 

Walaupun gambar blur, tetap nak masukkan jugak! Tengokla semua paparazi tuuuu!
Yang guide pun sibuk amik gambar. Hahaha!

Kami kat sini dalam 30 minit je. Lepas tu kena patah balik. Kena cepat sebab hari dah nak gelap. Kalau hari hujan, tak boleh masuk sini tau. 

Macam biasalah, dah namanya guide kan. Totaplah minta tips walaupun dah bayar 50,000 Rupiah. Bagila sikit sorang. 

Jam 5.45 petang, kami pun gerak semula menuju ke Cemoro Lawang iaitu sebuah dusun atau desa di Probolinggo. Cemoro Lawang ni adalah salah satu laluan menuju ke Taman Nasional Gunung Bromo, Tengger (Batok) dan Semeru. Pukul 6 petang kat sini macam pukul 7 malam dah. Gelap.

Pak Nasyid bawa kami terus ke Yoschi Guest House di Cemoro Lawang. Owner adalah orang tempatan yang berkahwin dengan orang German. Awesome sangat. Hehe. Sampai around 8.30 malam. Kami pilih Family Cottage with 2 extra beds. Sila booking siap-siap ok!

Reception

Penat duduk lama dalam van. Ni tunggu receptionist buat ape entah.

Kemudian, terus check-in yay! Tanya kat receptionist tu, pagi nanti berapa degree sejuknya? 6 degree yer. Heh. Guest house ni unik sangat. Keliling banyak pokok, bilik dibuat daripada kayu pastu macam feeling2 romantik. Haha.

Gambar bilik tak sempat amik sebab penat sangat nak mandi. Guest house kami dua tingkat. Ada 1 bilik air yang water heater-nya sangat lah pelik. Dia macam air panas tu dia masak setiap 10 minit macam tu, lepastu dapatla rasa air panas sekejap pastu sejuk balik air. Pastu tunggu jap air tu masak balik la. Aku nak explain pun tak reti. Hahaha.

Lepastu makan kat Guest House punya restoran.

 Letih dah masing-masing ni..

 Dalam restoran

 Ni nasi goreng dengan telur. Sedapla jugak. Kami lapar.

Dah makan, rehat dan kemas-kemas sikit untuk esok. Malam tu memang sejuk feeling Genting Highland. Kipas memang takde dalam bilik. Kunci jam pukul 3 pagi. Esok nak tengok sunrise kat Bromo!

Ok habis.

Sambungan lagi 2 minggu, insyaAllah.

:)

Saturday, March 15, 2014

China Trip April 2013: Final Post

Assalamualaikum!

Sebelum mengakhiri post untuk Trip ke China ni, aku nak 'summary'-kan kesemua entry aku yang telah mengambil masa selama 1 tahun! Trip sepuluh hari je pun, tapi nak menulisnya ambil masa setahun. Gilo apa. Kalau dah ada anak ni, besar dah dia ye. Huuu.


Poskad pengubat hati

Ok, kalau malas nak cari entry yang lama, boleh klik link dibawah:-

Previous post on Hangzhou: 


Previous post on Shanghai:


Previous post on Beijing:


Previous post on Xi'an:


Previous post on Chengdu:


Terima kasih kepada anda yang sudi baca. Semoga maklumat ni membantu untuk sesiapa yang ingin ke China. Terima kasih juga Ain & Tirah untuk gambar dalam entry China ni. :)

Akhir sekali, berita mengejutkan tentang pesawat MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac 2014 sungguh menyedihkan. Dah seminggu mencari masih tak jumpa. Jangan lupa untuk mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal walau dimana mereka berada. Miracle might happen, right?

#PrayForMH370

Please come home!


Saturday, March 8, 2014

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Jinli Street, Chengdu Shuangliu International Airport - KL & Optiontown)

Assalamualaikum!

Previous post in Chengdu:-

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Chengdu Research Base of Giant Panda Centre)


22 April 2013

Bus #60 dari Giant Panda Breeding Centre sampai betul-betul di hadapan Traffic Inn Hostel. Ada masa lagi ni, jadi kami buat decision untuk ke Jinli Street.

Ingat nak naik bas. Akibat sesak melampau, kami pilih teksi sahaja. Tunggu aje teksi depan Traffic Inn tu ok. Confirm ada teksi, cuma ada penumpang dan takde penumpang je. Yang penting, amalkan konsep penumpang-turun-cepat2-masuk-dalam-teksi-kalau-tak-tunggu-la-lagi-5jam.. Hahah.

Teksi bermeter, 11 Yuan untuk sebuah teksi ke Jinli Street. Terletak kira-kira 3.5 km dari Traffic Inn Hostel. Kalau nak naik bas, naik nombor #82 ke Wuhouci Street dengan hanya 2 Yuan.

Jinli Street ni dibuka pada tahun 2004. Pada satu ketika dahulu, Jinli Street adalah salah satu tempat yang terkemuka untuk membeli 'baldachin' iaitu sejenis kain yang mahal harganya. Ia juga adalah tempat yang paling sibuk pada zaman Dinasti Shu. 

Kalau nak datang sini, masa paling sesuai adalah pada waktu malam. Cantik sebab lampu.

Bangunan kat sini pun semua unik dan rekabentuk tradisional.

Ini adalah pintu masuk Jinli Street

Bentuk bangunan kat sana cantik-cantik kan..

Shoplots

Map kawasan Chengdu
  
Nak pos poskad pun boleh! 

Starbucks awesome!

Ni mix fruits.

Macam biasa, orang emas dimana-mana

Souvenir Panda kat sini pun ade..

Kitorang kesini pun nak cari souvenir kot-kot ada yang berkenan. Tetapi, disebabkan tempat ni tumpuan pelancong, semuanya mahal gila. Jadi, balik tangan kosong je.

Apa yang menarik lagi kat sini, ada banyak kafe, kedai souvenir dan street food. SiChuan Opera pun boleh tengok kat kawasan sini. 

Kami pun patah balik naik teksi ke hostel. Kos 19 Yuan untuk sebuah teksi. Mahal plak oih -___-".

Sampai kat Traffic Inn, kami kemas bag, mandi, rehat jap dan check-out jam 6 petang. Kitorang book untuk half-day room rate via email.

Lepas tu, makan time! Amboi ni pukul 6 petang baru boleh makan dari pagi. Gigih! Takde tempat lain dah, restoran sama yang kami singgah. Kali ni kitorang cuba mi tarik pulak!

Mi yang dibuat sendiri. Sedappp! Ni daging + cendawan.

 Ni tak tahu la apa.

Ni sup mi bersama daging

Ni aku tau mesti Tirah punya. Mi + tomato + telur tak pedas. Heheh.

Owner restoran ni baik sangat. Even kami cakap macam itik & ayam kan. Dia minta tukar RM dengan duit Yuan. Oh dalam teksi tadi pun driver minta duit Malaysia.

Lepas makan, kami cakap bye-bye kat pakcik restoran dan singgah kat 7E beli Banana Uyu. Bajet kat Korea la ni. 

Balik Traffic Inn dan tulis poskad sementara tunggu teksi pick-up kami untuk ke airport. Kat Traffic Inn ni pun boleh pos tau. Ada peti surat.

Kami sempat jumpa dengan aunty & uncle dari Malaysia tu. Dorang pun balik KL malam tu jugak. Amik gambar sebarang dua hehe. Tak sangka jumpa Malaysian kat sana. :)

Ok, untuk teksi ke Chengdu Shuangliu International Airport. Aku rasa, better arange sendiri daripada minta hostel tolong uruskan. Sebab mahal juga la. 80 Yuan per teksi yang jarak perjalanan hanya 10 minit. Derrrr...

Kalau barang tak banyak, boleh juga naik Airport Shuttle Bus yang berhampiran dengan Traffic Inn juga. Nampak signboard betul-betul kat jalan besar depan Hostel. Kena jalan sikit.

 Check-in time with Air Asia X! We are going homeeeee! Sini besar, tapi tak pasang aircond. Aduhai panas nau malam tu.

 Menariknya tentang airport ni. Ada Prayer Room di kawasan departure gate. Sempat kami solat kat sini. Ambil wudhu kat toilet, bukan dalam Prayer Room yer.

Dah sampai pun kapal terbang nye...

Untuk pengetahuan, kami pilih OptionTown untuk penerbangan ke KL. OptionTown ni hanya untuk penumpang Air Asia X sahaja. Dengan sejumlah amaun yang perlu dibayar, kita boleh upgrade mana-mana pilihan hati seperti:-
  • Upgrade Travel Option (UTo)
  • Empty Seat Option (ESo)
  • Flexibility Reward Option (FRo)
  • Preferred Seat Option (PSo)
  • Preferred Flight Option (PFo)
  • Multiple Booking Option (MBo)
Kami pilih UTo. Apa yang kami dapat?

a) Air Asia X Premium Flat Bed
b) Hotmeal
c) Free 25kg baggage
d) Priority Check-in
e) Priority Boarding
f) Early Baggage Claim upon arrival

Awesome tak??? Nak beli Premium Flat Bed tu kalau takde OptionTown, RM600 ado! Memang baloi-baloi kalau perjalanan jauh ambil OptionTown. Harga pun jauh sangat beza. Terlalu jauh.

Kiranya, kita booking tiket macam biasa. Lepastu nanti boleh Sign-up OptionTown. Bayar amaun berdasarkan destinasi tujuan. So mungkin akan berlainan harga la setiap tempat tu. Check email dalam masa 1-3 hari sebelum tarikh penerbangan untuk ketahui sama ada kita dapat ke tak OptionTown tu. Sebabnya, ianya limited! Kalau tak berjaya dapat OptionTown, duit akan dikembalikan. Jangan risau. 

Alhamdulillah. Kami first time naik Premium Flat Bed ni. Memang best. Aku tidur dengan lena selama 4 jam dalam flight. Steward dah announce nak sampai pun aku tidur lagi. Bila la agaknya dapat rasa lagi. Kuikui.

Heeee.

Korang tau tak, dah kata pukul 11 malam naik flight, kitorang memang pakai selipar, t-shirt macam betul2 nak pergi tidur. Koser hoi nak cantik2. Bukan orang nampak pun. Pastu yang stewardess sorang ni buat2 tak percaya pula kami naik kat belah Premium ni. I could see by the way she looks okayyy. Its called a woman instinct bebeh. Tau la kami selekeh. Sentap mak!! Tapi apa adahal. Presepsi orang terhadap kita pada luaran agaknya. Walaupun kami ambil OptionTown je kannnnn...

Dan malam itu berlalu begitu sahaja. Jam 5 pagi kami tiba di LCCT. Syukur.

Tamatlah hikayat adventur di China selama 10 hari. Bermacam-macam pengalaman dan dugaan yang kami hadapi dan pelajari. Semua tu kenangan sangat indah. 

Nanti aku update satu lagi entry untuk kesemua entry di China ye. Senang sikit nak klik nanti.

Hope semua enjoy!

Bye!! :)