Sunday, February 23, 2014

China Trip April 2013: Chengdu Day 2 (Chengdu Research Base of Giant Panda Centre)

Assalamualaikum!

Previous post di Chengdu:

China Trip April 2013: Chengdu Day 1 (Traffic Inn Hostel, Halal Food & Tianfu Square)



21 April 2013

Sampai di Traffic Inn, kami jumpa beberapa orang warga Malaysia berbangsa Cina. Rupa-rupanya dorang pun tinggal kat situ. Group ni dalam 10 orang, mix lelaki & perempuan pergi hiking di Four Girls Mountains untuk beberapa hari. Sangat friendly uncle & aunty tu semua. Ada pulak tu yang duduk Subang Jaya. Keciknya dunia. Mereka sebenarnya nampak kami kat Railway Station dari Xi'an. Tapi dari jauh je la kot. Lepas dah habis sembang, kami pun naik bilik dan kemas bag sikit-sikit.

22 April 2013

Masa yang ditunggu-tunggu. Main reason kami datang Chengdu ni mestila nak tengok Panda! Excited sangat masa nak pergi tu. 8.30 pagi Panda tengah aktif. So kalau boleh nak sampai around that time. Nama tempat Panda tu Chengdu Research Base of Giant Panda Centre. Lepas dah breakfast maggi dan milo, kami pun bergerak menuju ke tempat menunggu bas yang berada betul-betul depan Traffic Inn Hostel. Senang kan?

Tanya dekat receptionist Traffic Inn, dia suruh naik bas nombor 60. Bila baca belog orang lain suruh naik bas nombor 902. Tapi, tak jumpa pun. Dah tukar agaknya. Bas nombor 60 ni pulak old school sungguh. Harga untuk ke Panda Base hanya 2 Yuan sahaja. Murahnya lahai.

Ni la bas nye..

Tengokla kerusi. Semua kayu. Tourism sangat.

Perjalanan selama 1 jam. Bas ni bukan ekspress bas ye. Ni memang akan orang naik turun gitu. Boleh penuh bas ni lagi-lagi seat tak banyak. So kena berdiri. Rajin-rajin bertanya kat orang nak turun mana yer. Jangan sesat pulak. 

Masa sampai tu, bas berhenti kat satu simpang empat ni. Berhenti di Longqing Road Shulong Road. Kalau tak silap, ada signboard tulis Giant Panda Breeding Centre. Nasib baik ada tourist lain pun nak pergi tempat sama. So kami follow dorang. Jalan kaki okkk... Perjalanan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke pintu utama yer. Hujan renyai dah turun. Fuhhhh, memang letih jalan.

Banner Panda. Teruja sangatttt.

Kaunter tiket sila beli disini.

Masa kami sampai ni, pintu utama Giant Panda Breeding Centre ni tengah buat renovation. So dah tak sama la macam gambar kami ni ha. Cuba klik website dorang. Cun tahu pintu masuk nye pun!

Harga untuk Full Day Trip ialah 58 Yuan untuk dewasa. Baloi-baloi!
Opening Hours: 8 pagi - 530 petang.

Untuk pengetahuan korang, Panda terdapat di beberapa tempat di China ni iaitu Sichuan, Shaanxi & Gansu. Kebanyakan Panda terdapat di Sichuan. So ramailah tourist datang Chengdu ni semata-mata untuk melihat Panda. 

Dekat sini juga dijadikan sebuah tempat seolah-olah Panda tu 'hidup' kat situ. Kira macam FRIM, Kepong. Terpelihara alam semulajadinya gitu. Wah aku ni. Panda kat sini dibesarkan dengan pelbagai kemudahan seperti klinik, nurseri dan lain-lain. Ada tempat lab lagi untuk buat research okeh. Panda Muzium pun ada. Segala-galanya tentang Panda lah boleh dapat kat sini.

Sila lihat kebesaran tempat ni. 1 hari jalan memang letih.

Masuk-masuk dah ada benda alah asap ni.
Marilyn Monroe jap.

Bagi yang tak larat nak jalan, boleh naik buggy ni. Tak pasti harga berapa.

Four of us!
Sini serius cantik. Kawasan sekitar sangat terpelihara. Jalan masuk ke kawasan Panda ni dihiasi dengan pokok buluh. Jauh jugak la jalan. Sebab tu ada buggy!

Tengok, sampai buluh pun ditanam dalam Panda Base ni. In case tak cukup buluh nanti.

Tengok la toilet. Awesome kan!

First pit-stop ialah Red Panda. Comel. Satu je la gambar. Malas tepek banyak2.

Haaaa nampak tu Panda dua ekor tengok syok makan. Amboi.

Dalam 1 hari, Panda boleh makan sebanyak 12-38kg buluh ok. Kenapa? Sebab buluh mempunyai sedikit sahaja kandungan nutrisi. Jadi ngap banyak2 untuk tenaga! 
 
Arghhhh gerammm!!! 

Alololo so cuteeeeeeee!

Macam-macam aksi makan. 
  
Ni dah keletihan lalu tidur kot. Tapi Panda ni hobi dia memang makan tidur makan tidur pun.

Ni Panda sangat besar. Dok sorang-sorang je dia kat sini. Gambar ni amik lepas dia dah makan epal.

Kenyang la tuuuuuu.

Sebenarnya banyak gila gambar Panda ni. Sampai tak terpilih yang mana nak masuk dalam blog aku. Gambar kitorang dengan Panda dari jauh pun tak banyakkk. Hahah. Dari jauh je la. Sebab kalau korang nak amik gambar bersama Panda dengan lebih dekat, kena bayar 2000 Yuan = RM 1000. Pegang pun 1-2 minit jer. Mampu? 

Kalau nak tengok baby Panda, boleh datang bulan 8. Masa ni musim beranak. Heheh.

Dalam ni pun ada souvenir shop. Macam-macam jual. Sempatla grab poskad dan keychain mahal. Sila beli kat tempat lain ye. Sebab memang mahal dalam ni.

Nanti kan kat Zoo Negara nak ada Panda jugak kan. Kalau tak silap, amik dari Chengdu ni ha. :)

Tasik yang sungguh besar dalam Panda Base ni.

Black Swan

Rose Garden. Cantik.

Besar juge. Kami nak exit, tapi tah macam mana sesat masuk sini pastu tak jumpa jalan keluar. -__-"

Dalam jam 2 petang tu, kami pun keluar dari Panda Base. Masa ni panas terik. Macam Malaysia. Ingat ada bas nombor 60 yang boleh kitorang naik depan Panda Base ni. Tapi nan ado. Jadi amik keputusan untuk patah semula ke bas stop kami sampai tadi.

Ni la jalan yang kami lalu. Tak nampak hujung pun. 20-30 minit jalan ok. Gagahkan diri! 

Sampai hujung jalan simpang empat, kami masuk kiri. Sebab ingat tunggu bas kat situ. Padehal terang-terang tulis situ takde nombor 60 punn!
Nampak tak aku yang stress tunggu bas.

Tak lama lepas tu, nampak bas nombor 60. Kitorang pun tahan la. Tapi dia tak berhenti! Driver bas suruh tunggu kat depan traffic light sana. Nasib baik tengah lampu merah masa tu. Berlari-lari pergi tempat yang driver bas tu suruh berhenti sebelum lampu hijau. Karang tertinggal pulak. Tak pasal-pasal jadi udang bakar.

 So uolls, sila cari signboard ini ye. Nampak tak nombor 60 tu??? Fuuhh. Cabaran di hari panas.

Berjaya naik bas. Bayar 2 Yuan. Masa ni bas dah full sikit. Tapi dapat la tempat duduk.

Letih yang amattttt! Dalam bas ni kami tidoq jaaaa....

Around 3 lebih kot sampai la semula depan Traffic Inn Hostel.

Tapi ada lagi tempat kami pergi lepas ni. Tunggu next entry lah ye!

Ok, harap info ni berguna untuk korang yang nak pergi Chengdu Research Base of Giant Panda Centre. Sila pergi jika singgah Chengdu! 

Byeeee!



Sunday, February 16, 2014

China Trip April 2013: Chengdu Day 1 (Traffic Inn Hostel, Halal Food & Tianfu Square)

Assalamualaikum!

Habis sudah 4 tempat yang dijelajahi di negara China. Sila klik link dibawah!

Previous post on Hangzhou: 


Previous post on Shanghai:


Previous post on Beijing:


Previous post on Xi'an:


21 April 2013

Sampai di Chengdu Railway Station atau Chengdu North Railway Station pada jam 12.30 tengah hari. Untuk pengetahuan, buat masa ini ada dua buah Railway Stn yang beroperasi di Chengdu iaitu North & East. South & West pula under construction. Tapi kan, masa kami sampai ni North Railway pun dok construction jugak. Tapi bahagian entrance laa. 

Plan asalnya kami nak naik Metro atau Subway untuk ke hostel. Tapi, disebabkan kepenatan melampau 17 jam dalam train dan barang yang banyak, kami naik la taxi. Ikut signboard ke arah Taxi Stand dan ianya berada betul-betul depan North Railway Station ni. Nampak teksi hijau berlambak tu, ye la tu.

Sila beratur ye. Masa ni Chengdu panas sangat.

Jangan risau kat sini teksi ikut meter. Bayaran tambang teksi kami ke hostel adalah 22 Yuan per taxi. Kiraan tambang meter pula 8 Yuan untuk 1st payment dan 1.40 Yuan untuk 1 km seterusnya.


Sekitar pemandangan bandar Chengdu dari dalam teksi. Bangunan tinggi-tinggi ok. Aku ingat kampung sangat sini. Hah!

Jam 2.30 petang, kami tiba di hostel. Pilihan hostel kami ialah Traffic Inn Hostel, berdasarkan recommendation orang ramai di internet, kemudahan yang best dan dekat dengan segalanya. Hehe. Staff kat hostel ni boleh cakap English dengan baik. So tak perlu risau. Lobby sangat cosy dan besar. Bilik yang luas dan bersih. Wifi pun tiptop! Lagi gambar boleh tengok dalam link aku bagi tu yer. Gambar dalam bilik tak amik pulak. Bilik yang kami pilih ialah Standard Double Room. Tapi, bilik air kat luar yer.

Receptionist

Style kan!

Ok, kat Traffic Inn ni kami book siap-siap untuk Taxi Pick-up ke Chengdu International Airport. 80 Yuan untuk sebuah teksi. Lagi satu, kami juga ada email Traffic Inn untuk booking half day pada keesokkan hari. Sebab macam tak berbaloi bayar untuk 2 days room rate. 1 malam kami bayar 50 Yuan. So, kalau untuk half day, bayar 25 Yuan sahaja check-out pukul 6 petang. Total 75 Yuan seorang. Calculate sendiri murah ke tak.

Lepas dah check-in, kami rehat dan baring-baring jap. Mandi dan bersiap untuk cari makanan. Lapar gila sangat lapar oi. Bayangkan dari semalam tak makan. Kurus macam ni. 

Kitorang pakai baju I Love Xian yang beli depan masjid Xi'an haritu.

Kedai Halal ni ada kat belakang Traffic Inn je. Cuma kena pandai cari. Sebab jalan yang macam pening lalat sikit.

Jalan je area sini. Terus je.

Ok kami dah sesat kat sini. Haha. Perut dah berbunyi.

Sebenarnya ikut map daripada Backpackerbusuk bagi dalam belog dia. Tapi, sesat jugak. Satu round pusing area kedai tu. Semasa kami putus harapan, kami jumpa cahaya. Hahaha. Chis betul, pusing jauh-jauh rupanya kat situ jer. Sorry, nama kedai tak amik. Kalau nampak signboard tulisan hijau dan kedai hijau-hijau tu, betul la tu.

Ching cheng ching cheng tulisan Cina. Apa pun tak faham. Jadi tengok menu berdasarkan gambar.

Pilih pilih!

Kambing je manjang kitorang ni.

Ni macam vegetarian je. Banyak kentang!

Kambing lagi!

Ini haruslah Tirah punya. Telur dengan tomato.

Di Chengdu ni, kira macam Negeri Sembilan & Melaka laa.. Makanan pedas-pedas. Mungkin la local food diaorang yang pedas. Sebab ada baca kalau kita makan hotpot dia yang mengancam kepedasan tu. 

Selesai makan, kami nak jalan-jalan pula di sekitar bandar Chengdu. Patah balik dari restoran ke sungai di depan hostel tu kan. Kemudian, seberang sungai dan perlu naik bas di seberang jalan. Banyak pula seberang ni haa.. 

Boleh search kat Google Map juga.

Naik bas nombor 55 ke Chun Xi Lu. 1 stop sahaja, around 5 minit. 2 Yuan.

Jinjiang River

Kena cross road belah kanan tu. Sila gunakan jejantas.

Dah sampai! Boleh sesat dalam ni sebab terlalu besar.

Serius aku tak tahu pula Chengdu begitu maju.

Siap ada fashion market macam Beijing dah.

Singgah kat Giordano sebab ada Panda comel!
Tirah sempat beli baju I Love Panda kat sini.

Cantik kan! Musim bunga katanya... 

Pada pemerhatian aku, orang Chengdu ni agak trendy juga. Fashion waktu itu diaorang dok pakai Neon Yellow dress, skirt dan segalanya Neon colours! Sampai aku pun hampir terjebak nak beli blouse warna Neon. Murah sangat. 

Misi seterusnya mencari subway Chunxi Road.

Di Chengdu, ada dua Line iaitu Line 1 dan Line 2. Line 1 dah dibuka pada tahun 2010. Manakala Line 2 dibuka pada tahun 2012. Masa kami datang ni, beberapa Station di Line 2 masih ada yang belum dibuka lagi. Sempat la merasa naik subway baru. Line yang lain masih dibina. 

Ok, untuk pengetahuan korang, setiap station subway di Chengdu ni semuanya berlainan design atau tema. Contoh, station Chunxi Road warna merah. Tianfu Square warna kuning. Gitu la lebih kurang. Tak tau la nape lain-lain. Tapi design cantik-cantik.

Tanya sekuriti sebab tak jumpa jalan ke subway. Sekuriti ke polis?

Comel je motor aluminium ni. Heh.

Ramai gila orang kan. Malam Ahad pun ramai. Esok kerja kot!

Berjaya jumpa. Heee. Cantik kau entrance dia.

Beli tiket subway. Bergantung kepada jarak perjalanan, tambang adalah berbeza-beza. 
Tambang kami dari Chunxi Road (Line 2) ke Tianfu Square (Transfer Station) ialah 2 Yuan sahaja.

Sampai!

Awesome design kan!
Exit Tianfu Square ni sangat banyak. Pening kitorang. Sampai kami nak pergi ke Parking Lot bawah tanah dah.

Tianfu Square adalah Transfer Station di Chengdu. Sekarang ada 2 Line saje, so mungkin tak terasa sangat "transfer"-nya tu. Tunggu nanti siap construction Line yang lain, kalah KL Sentral agaknya. hehe.

Tianfu Square ni berada di tengah bandar Chengdu dan merupakan sebuah taman yang sangat luas dan ada fountain lagi. Waktu petang boleh nampak fountain ni. 

Cantik tau Chengdu malam-malam. Macam Shanghai sikit. Tapi aku rasa negara China ni malam-malam memang happening kot. Lampu terang benderang.

Fountain yang warna warni.

Tirah sambil pegang bag Panda dia.

Misi seterusnya mencari Huangcheng Mosque

Digelar Huangcheng (Palace Wall) kerana berdekatan dengan sebuah istana pada satu ketika dahulu. Tahun 1993, ia telah ditukar lokasi di Xiaohe Street Qingyang.

Ye, kami sesat lagi. Polis ni pun bagitau kami salah jalan. Mungkin dia tak faham kot.

Berpusing-pusing kami jalan cari masjid tak jumpa. Polis suruh pergi arah A. Sekuriti suruh pergi arah B. Adoi. Tanya kat makcik jual majalah tepi jalan, dia siap keluarkan kanta pembesar tengok map kami. Lawak betul makcik ni ye malam-malam. Hahaha.

Walaupun guna kanta, makcik ni bagi arah betul ok. Malangnya, kami sampai di satu lorong yang sangat gelap. Ingatkan dah salah jalan. Tapi, memang betul. Masjid tengah renovate rupanya. Sedih sangat. Besar tau masjid ni. Boleh Google nak tengok gambar. 

Sebelah tepi masjid ni ada banyak restoran halal. Orang jual roti pun ada. Kami tak makan la sebab dah kenyang. 

Gambar takde sebab terlalu gelap.

Kami yang keletihan sesat.

Ok, balik hostel semula! Naik subway kat Tianfu Square dan menuju ke Huaxiba (Line 1)! 2 Yuan.


Traffic Inn memang berhampiran dengan Huaxiba Station ni. Exit C ye.

Mencabar jugak nak balik hostel ni. 20 minit jugaklah jauhnya. Akan ada kedai makan sebelah kanan. Ada shoplot belah kiri. Map boleh tengok kat Google Map aje. 

Sampai kat Traffic Inn, unexpectedly jumpa someone.

Siapa?

Tunggu next entry yer. Panjang sangat dah ni.

Ok bye!