Monday, December 31, 2012

Bye bye 2012!

Guess what?

My blog posts for 2012 are soooooo few! This is sad. Been busy, no? Or nothing much to say? Hehe.

But its okay. Hope this new year 2013 will have lots of events, weddings, travel, pictures etc so that I have something to jot down!

Oh, sebelum itu. Ingin saya memberitahu bahawa nenek saya sudah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 28 Disember 2012. Al-fatihah. Saya redha dengan pemergiannya. Semuga arwah wan ditempatkan di dalam golongan orang2 yang beriman. Rindu pada arwah......

Okay, kembali pada isu 2012. Mengikut blog post pada 1 Januari. Azam tahun baru untuk 2012 ialah seperti berikut (beserta jawapan sekali):


1. Pergi Universal Studio Singapore.
    Checked!

2. Pergi Bandung, Indonesia.
    Failed! Will be going on 21st Jan 2013. Hiks.

3. Kumpul duit dalam bank.
    Alhamdulillah.

4. Taknak sampai ofis selepas 8.30 pagi. -_-"
     Failed!!!! I won't have this resolution next year. Grr..

5. Kurangkan shopping sebab nak capai nombor 3.
    Checked! Like seriously okay! :)

6. Cuba lagi lots of food in Malaysia.
     50%. Assume failed.

7. Amik berkat member yang nak kahwin tahun 2012.
    Checked!! 

8. Kahwin umur 27. #Eh!
    Hahaha. This one, have to wait until I'm 27. :)


Nampaknya failed lebih banyak. Ini tak boleh jadi. Harus buat azam baru tahun depan. Yang dulu-dulu tak payah dikenang.



Antara kenangan yang tak boleh dilupakan ialah backpacking to Singapore, water rafting, weddings dan berjaya tak beli beg! Hahaha.

Till then 2012! I had a blast..


 Bye bye!


[++ So Good ++]

Wednesday, December 5, 2012

Wedding & Food!


Pergi kenduri kahwin ni macam memberi ilham kepada aku untuk buat apa pada majlis kenduri aku nanti. Eceh. Berangan-angan jer lah walaupun tidak diketahui bila kan. 

Hari Sabtu, 1 Disember 2012, aku dan rakan-rakan menghadiri majlis persandingan rakan se-Mechy dan rakan se-kolej semasa di UiTM, Reza & Roy di Shah Alam. Setahu aku, diorang ni kenal masa kat Matrik Melaka tahun 2006/2007. Aku pun matrik tu jugak yer. Sampailah sekarang ni... kahwin dah pun.. Alhamduilillah.

Biasalah, bila dah kenduri member ni, mesti buat mini reunion. Yelah, mini sudah. Time wedding tu jumpa la kawan-kawan se-UiTM dulu. Tak ramai pun. Sebab tu la mini noks! Heh.

Okay lah. Gambar tak ada memang tak sah. 

Berebut salam pengantin.

Sesi ambil gambar. 
  
Apebenda tah dorang gosipkan tu.

Oh, makanan yang dihidangkan semua sedappppppp! Tak berhenti-henti aku cakap sedap. Dan kita telan je semua.


Ada candy bar! Cupcakes ni sedap.


Super cute kan!


Candy for kids.....and us!

Min, Fisha & Rina. Fisha dari Kedah okay. Nampak tak kesungguhan tu?

Tikah, Ecah, Amal. Ecah tu adik Tikah. Dari Melaka tuuuu dorang ni!

Wani yang rindu aku sokmo. Hahaha.

Ni semua Wani habiskan.

Bersama pengantinssss.

Amik berkat der...

Suka sangat design khemah macam ni. Nanti kahwin nak buat macam ni jugakkk!



Dalam rumah. Hujan kat luar... (Sebenarnya tunggu turn nak pergi toilet)...


Roy yang cun! Nampak gelap mukanya sebab background disinari matahari. 
Pastu dia suruh amik gambar, make sure nampak kain leret2 dia tu. Hahaha.

Ni pulak bahagian pengantin makan beradab. 



Small chandeliers... Cantik kan?

Ruang laman yang besar.


Wedding ni cantik, simple and sooo spacious! Sebab khemah banyak dan nampak besarrrr sangat. Mungkin sebab design khemah bahagian atas tu tinggi kot. Colour pun warna neutral dan lembut. Like like! So lepas balik wedding ni, pergi lepak Hakim. Then siap cantik-cantik pergi Setia City Mall. Cantik keeeeee???!


Lapar, jadi nak cari restoran Jepun. Jumpa satu, tapi dah close. Cari punya cari, kita terjah Sweet Chat. Awal-awal lagi waiter tu cakap, Durian Pancake dah habis. Aku bukan nak makan durian pun la derr.. Time ni dah pukul 9.50pm. Redahhh!

Nak jugakkkkkkk... -.-"

Min taknak ketinggalan.


360. Flawless mode. Kui3.

Drinks...

Ni namanya tak ingat. So cheesy. 

Spaghetti smoke beef ape entah. Rasa spaghetti kuah lemak daging! So Malaysian ok!

Ni roti cheese with bacon kot. Tak ingat lah. Tapi this is the right food for supper. Not other two above. 

Mango Ice. Confirm tak habis. 3 orang makan. Gendut sudah.


Selesai makan. Pergi Klang Sentral hantar Fisha balik. Lepas tu balik Subang Jaya.

Makanan best. Kawan-kawan best. Love them so much!


Byeeee!!



:)




[++ So Good ++]