Tuesday, October 13, 2015

Pulau Tioman: Dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung Gemuk & JB!

Assalamualaikum!

Previous post:-



3 Mei 2015

Bangun pagi, kemas-kemas semua, nak check-out dahhh.... Pukul 7.30 pagi pergi breakfast dulu... Habis je makan, hujan renyaiiii...

Nasi lemak, cornflake. I missed the food here. :)

Dalam 8.30 pagi macam tu dah kena ready kat jeti... Dengan hujan kan... so angkat beg, terus gi jeti. Makin lebat hujan haaa. Cepat-cepat masuk feri memang yang dah sedia menunggu..

Ke feri!

Bye Tioman! Hujan pagi tuu..

Fullhouse dalam feri ni... 

Feri gerak jam 9 pagi. Singgah Kampung Tekek dulu.. Amik barang kot. Then gerak ke Jeti Tanjung Gemok. Dalam jam 11 pagi sampai kat jeti. Selama 3 hari park kereta kat jeti ni, kena bayar RM30. Then terus kami gerak balik JB. Perut kelaparan. Teringat nasi kat Tioman sedap. Still can't get enough of it. Heheh.

Yay dah sampai!

Ni menunggu giliran nak keluar kereta.. Kemain lama kat siniiii... Orang dok keluar masuk... 

Sampai JB pukul 2 lebih. Aku & Tikah memang tak decide lagi nak balik KL bila. So pergi je la Terminal Larkin dulu kann... Banyak bas dah full sebab cuti 4 hari masa tu.. Ada yang dari RM35 up harga sampai RM55. Apobondo. So naik Kejora Ekspres RM40. Naik RM5 ok la lagi kan.. Tapi kitorang balik esok pagi nyer... Sebab hari tu bas dah full. Tapi best jugak, boleh jalan JB jap. Hihi..

Then ke Bigfood untuk lunch.. Yang ni korang tengok la aku cerita kat entry JJCM JB. OK?

Jalan sekejap kat area Country Garden.. Best juge jalan2 sini... 


Kawan-kawan..


:D 

Lepas solat Maghrib kat Masjid Abu Bakar, kitorang ke Pasar Karat. Banyak sangat gerai jual macam-macam benda. Tapi aku takde beli ape pun. Jalan2 je. Tengok-tengok orang, amik gambar. Gituh..

Tak ramai sangat orang masa ni... Awal lgi kot...


Lepas tu mengopi sebarang dua dan balik ke UTM. Tidur bilik kawan, malam tu.. Hehe... 


4 Mei 2015

Bangun pagi, breakfast kat Hutan Bandar JB dan terus gerak ke Terminal Larkin. Bas kitorang pukul 9... Sampai KL dalam jam 1 petang..

Jadi.. habis sudah entry ke Johor aku tahun ni.... 


Terima kasih baca......

Entry baru by next week ikut kelapangan...

Friday, October 9, 2015

Pulau Tioman: Snorkeling di Pulau Tioman!

Assalamualaikum!

Previous post:-
 

Draft lama dah dalam belog ni hah tapi tak update2. Ni nak curi masa kejap.

Meh tengok map Pulau Tioman jap... Tengok apa tempat yang ada..

Sumber: Klik gambar

Haa Nampak tak aku duduk mana? Tu yang Genting Village tu.. Kalau nak tau, ramai orang stay kat Kampung Salang. Sana banyak gerai makan. Tapi bagi aku duduk mana pun takpelah, janji sampaiiiii.. Dan at least boleh cerita pengalaman kat Damai Tioman Resort ye takkk?

2 Mei 2015

Bangun pagi, breakfast time! Makan nasi goreng, roti bakar, cornflake, hotdog. Sedapp. Kan aku cakap makan sini semua sedap. Gambar tak amik. Malas. Jam 8.30 pagi tunggu nak naik bot pergi snorkeling! Dalam jam 9 pagi tu dah gerak. Ada 2 bot. 1 yang besar. Agak ramai la dalam bot tu. Aku rasa semua orang kat Damai Tioman tu sumbat dalam tu.. Tapi, kitorang dapat naik bot kecik. Kihkih. Best laaa, tak ramai orang. Ada 1 family + 1 group + 1 couple & kami berlima..
 
Jeti Kampung Genting

Ni view kat jeti. Dah biru cenggini haaa.... Baling roti je, semua ikan datang...

Yang depan ni bot besar. Kitorang naik bot belakang tu... Nampak x? Haha

First pit stop. Pulau Tulai.
 
Sini superbbbbb! Coral cun gilaaaa. Ikan banyak. Sila bagi roti supaya ikan semua datang kat ko. Feels like in aquarium bila tengok gambar. Memang crsytal clear lahhhh!
 
Dalam sejam jugak kat sini. Dah penat, naik bot.
 
Kesimpulannya, sini SANGAT BEST.


View atas bot

Coral macam2 bentuk

Hee sukaa!

Jernih kannn!

LOVEE!

View cun laaa jugakkkk...

Kami! Ni orang bot tu amikkan gambar

Hi ikan. Jemputla makan roti..

Ni dah naik bot sebab penat

:)

:D
 
2nd pit stop. Kampung Tekek.
 
20 minit dari Pulau Tulai. Port nak kencing. Tak tahan betul. Ade public toilet belakang duty free shop. Aku ingat lagi aku berkejaran nak ke toilet. Hahaha.. Kat Duty Free Shop beli coklat Toblerone RM 5 je yang besar. Nyum3. Dengan beli milo ais RM 2.50 ikat tepi kat gerai makan depan tu. Tak berjalan sangat pun kat Kampung Tekek ni... Yang pasti, sini memang ramai penduduk compared to Kampung Genting.. Kalau perasan, ada kelawar bertenggek kat pokok tengah tidoq. Kat jambatan..

Ni la Duty Free Shop nye. Memang ramai orangggg weh..

Kelawar banyakkkkkk!

Kat sini dalam sejam. 12.30 kumpul kat bot semula. Masa ni hujan rintik2 dah. Dapat gak amik gambar kat kapal layar. Feeling orang kayo jap. Cun view sini.

Bot kitorang pun parking area sini jerr...

Kawan-kawan

Kapal layar. Eh ke bot layar? Entah..
 
3rd pit stop. Marine Park.
 
Kalau kat Taman Marin, kena naik kat jeti then gerak ke hujung pantai. Berenang ke tengah area belon terapung tu. Nama pun Taman Marin kan.. jadi sini banyak coral buatan. Ade jugak kapal karam. Ye ke tidak entah sebab aku bukan nampak pun... Haha Kalau diving, nampak la kottt.. Tapi ikan besarrrrrrr yang amatttt. Ikan selar kuning katanye. Aku tak tau nama ikan ok. Ikan pari tau la.. Shark pun tau.
 
Pasir putih.. Air agak keruh. So gambar pun tak clear sangat. Tapi still turquoise.. Lama gak sini. Pukul 2 petang naik bot balik. Naik kat jeti. Bot tak boleh masuk area belon terapung tu... Panas oh masa ni. Pastu dah ngantuk dan lapar. I need food......

Banyak kan ikan! Air turquoise tuuuu!

Ikan berenang depan mata je hoi..
 
Ni dia kutip 50 sen dalam laut. Ahaha.

Mekasih laa amik gambarrrr..

Itu landak laut! Pergh pegang macam tu jee kan..

Tengok laaa ikan tuuuuu. Warna warni sangat

Air nye punnnn.... Cun kan! Sila la pergi Tioman... Tu la ikan besar aku cakap...

ME!

Wefie!

Dari tepi jeti

Ni tengah jeti like obviously....

Tempat berenang2. Renang kerrrr....

Tempat tunggu bot....

4th pit stop. Pulau Renggis.
 
Sini....... Orang tu minta snorkel dalam 30 minit jer. Ok. Moh le terjun, tengok ape ade. Tapi, arus kuat gilaaaaaa oih. Kitorang makin lama makin ke belakang. Makin jauh dari bot. Padahal tak sampai 5 minit pun terjun bot tu.. Orang bot suruh gerak ke depan, dekat dengan bot. Tak larat sangat. Macam nak pengsan aku. Nak tunggu je orang bot datang selamatkan kitorang berlima. Abang tu siap tarik 3 orang sekali. Tapi dia pun tak larat. So dia suruh berenang pelan-pelan. Masalahnye reti pulak ko berenang? Kahkahkah. Alih2 tarik tali bot menuju ke bot. Tarik tali tu baru la larat sikit. Itu pon sakit tangan. Eh banyak cekadak pulak kannn... Gigih pulak abang tu nak tarik engko sorang2.. Fuhh mencabar. Rasanya dari 30 minit jadi sejam lebih kot...


Dua gambar je kat sini. Tapi coral cantikkkk tauuuu...

Balik dari snorkeling, dapat rasa dok depan bot. Hehe. Sejuk je. Sembang2 jap dengan abang bot. Dah sampai, naik jeti. Dalam 3.15 dah time ni. Abang tu cakap selalu balik pukul 2. Letih gilo dah dia. Kesian weh. Dengan dia la bawa bot, dia la masak, dia la serve makanan, dia la angkat pinggan mangkuk, dia la cuci lap meja, dia la MC, semua dia. Chief katenye. Hoho.
 
Lunch time. Lauk labu masak lomak, telur sambal. Fuhh. Sedap. Serius.
 
Aku & Rina balik bilik. Mandi dan tido. Liana, Fisha & Tika sambung terjun laut.
 
Dinner pulak makan BBQ. Ada kambing, hotdog, ayam, sotong, lain2 lah banyak ada... Sos BBQ sedap sangat.  Menjilat jari makan.
 
Kitorang lepak jap depan laut tengok pantai sambil karok follow lagu orang dok karok tu. Nak nyanyi malu. Haha.. Then hantar snorkelling gear semua. Malam tu kemas beg dan tidurrrr.
 
Kesimpulannya, pulau kat Malaysia ni cantik, jadi marilah memeriahkan laut Malaysia. Macam duta tak? Hehe.
 
Ok itu je.. Nanti sambung lagiiii hari last kat Tioman plak..
 
 

Saturday, October 3, 2015

Pulau Tioman: Damai Tioman Resort, Kampung Genting

Assalamualaikum!

Previous post:-


1 Mei 2015

Kami diberitahu untuk call Pn Nora - agent yang uruskan tiket feri kami tu lah. Around 5.15 pagi dah call dan dia bagitau kaunter dah bukak dan kena daftar cepat taknak tertinggal bot nanti. So kitorang cepat-cepat drive masuk parking kat dalam area Jeti Tanjung Gemok tu. Dapat port baik punya tepi pagar. Tu pun masa ni dah ramai gila orang oiiii. Padahal masa sampai pukul 3.30 pagi tu sepi sangat area tu... Masa ni tak payah bayar lagi parking. Nak balik kang baru bayar.

Ini Jeti Tanjung Gemok punya area parking. Masa ni waktu hari balik. Kereta simpang siur oiii! Jam! Hahaha.

Ini dalam Jeti Tanjung Gemok.. 

Terus pergi kaunter Villagers Travel & Tours Sdn Bhd. Beratur situ pun dah panjang. Kat sini kena bayar balance RM 350 sorang. Gilir-gilir beratur, perlu solat dulu. Sadly, kat Jeti Tanjung Gemok ni takde surau didalamnye. Hurm.. Tempat dah besar dah. Aku pun tak faham la kenapa tak buat surau. Tapi tak tahula sekarang ni dah ada ke tidak. Jadi solat lah dimana-mana pun, asalkan solat ye.

Beratur kat sini la amik tiket pagi2 tuuu....

Dapat tau yang kami akan naik bot pertama ke Pulau Tioman jam 6 pagi ye. Dapat tiket je terus zassssss berlari ke feri karang lambat. Memang ramai orang naik feri pagi tuuu. Fullhouse weh.. Kebanyakannya bawa family dengan anak kecik2. Cuti Hari Pekerja katakauuuu. Nasib dapat seat tau. Even himpit-himpit. Dalam feri memang tidoqqq ajer.. Sedar-sedar hujan lebat tengah2 laut, lepas tu tidoqq balik..

Ni feri, tapi nampak separuh je. Ok lah tuuu kan?

Pukul 7.45 pagi sampai lah kat Kampung Genting. Dalam 2 jam jugak la perjalanan nak ke Pulau Tioman. Rupanya semua orang turun kat sini ke camne tu aku tak pasti. Sebab semua bag dibawa keluar. Entah.

Sampai sudehh...
Jalan kaki terus jeee sampai hujung belok kiri nak ke Damai Tioman Resort. Nanti Nampak la signboard. Tapi kiri kanan memang banyak je chalet nak menginap. Masa dok menunggu sementara check-in, dapat free welcome drink. Adala breakfast tapi untuk orang tidoq night before. Tapi ada gak orang baru sampai bantai makann. Hahah.

Ada briefing jap masa tu untuk semua. So dia bagitau la buat apa sekian2.. Haritu tu just free & easy. Memang masatu ramai sangat orang. Macam penuh jeee resort tu. Aku rasa dah macam join sekali dengan family2 day kat situu..

Yang penting, dapat masuk bilik awal. Bilik ngadap laut. Tapi sipi2 je la laut nye nampak. Apa pun, bilik sangat comfortable. Besar la jugak untuk kami berlima ni. Ada 1 Queen Bed + 1 Double Decker untuk 3 orang.

Simple je. Bagus. Aku suka.

View from our room.. Yang penting, turun je tangga tu... terus tempat makan. Hahaha.

Ni view belah kiri bilik..

Lepas tu dalam jam 9 pagi macam tu amik life jacket & snorkelling gear. Boleh pinjam sampai Sabtu malam. Ni dah include dalam pakej. Letak barang dalam bilik lepas tu kita pusing2 la Kampung Genting tu tengok apa ada. Jalan sampai kehujung sanaaa.... 

Ramai-ramai....  

Cuaca agak baik hari ituuuu...

Masa ni tengah dok nak ada pilihanraya... 

Dalam 12.30 makan tengah hari. Aku suka betul makan kat Damai Tioman Resort ni. Semua makanan sedappppppppp! 

Balik bilik pastu nak tidur. Fisha & Tikah gi mandi pantai dulu... Kitorang yang lain tidurrrrr laa petang tu. Pastuuu kejadian yang mane aircond rosak! Panas gilaaaaaaa oi!! Nak tidur macam manaaa niii. Dah bagitau kat orang resort pun. Dia repair jap tapi jadi balik. Stress nyeeeee. Dah la panas ting2.

Pastu, kitorang decide nak mandi laut jap. Angin laut tu lagi sejukkkk dari aircond bilik. Masa tu pukul 3 petang. Gila apa mandi laut tengah2 hari ni haaa... Memang panas tapi baik mandi dari duduk bilik ye dakk? Air sejuk jerr. Best.

Takdela jauh mana punnnn mandiii...

Ni hasil tangkapan aku yang tak seberapa pada petang yang terik itu.. Air laut pun gitu2 je masa ni. Tapi rumpai ke apa tu kan, geli btul kena kaki..

Dalam pukul 4, naik bilik jap. Aircond dah okkkkk! Then pukul 5, join briefing snorkelling. Dia ajar cara-cara nak snorkelling yang betul. Bawa gi laut. Try snorkel. Belajar berenang even guna life jacket. Haha. Aku tak reti berenang punnnnnn oi. Tapi snorkelling xde hal laa berdasarkan pengalaman in sha Allah. :)

Jam 6, balik bilik. Mandi semua. Lepas Maghrib, makan malam. Macam biasa.... Lauk sedap sangat. Puas hati lah. Sambal belacan terbaik!

Jalan2 jap kat area jeti. Tengok ape ade. Boleh karok jugak kalo nakkk.. Tapi memang kami kepenatan lalu balik bilik, tidoqqq. Sebab tu takdak gambarrr.

Ok dah itu sajeeeeeeee..

Byeee!