Saturday, July 25, 2015

Overland Thailand: Cha-Am - Santorini Park

Assalamualaikum!

Previous entry:-


30 August 2014

Sebenarnya kan, kitorang takde plan pun nak pergi Hua Hin ni at first. Tapi bila dok baca belog orang, after Bangkok dorang akan pergi Cha-am / Hua Hin, terus rasa nak pergi tempat ni. Hari ni kami nak pusing-pusing bandar Cha-am & Hua Hin! Ada banyakkk sangat tempat nak pergi.

Expected Route: 

Santorini Park - Swiss Sheep Farm - Mrigadayavan Palace - Darussoleeheen Mosque - Venezia Hua Hin - Plearnwan Eco Village

Real Route:

Santorini Park - Swiss Sheep Farm - Premium Outlet - Venezia Hua Hin - Plearnwan Eco Village - Chatsila Market - Chatchai Market

Nampak tak beza? Biasala tu bila travel, plan akan berubah ikut kesedapan diri masing-masing. Aci redah, janji sampai!

Basically, ni route yang kami pergi..

Dari G2 Guest Room kami terus gerak ke arah bandar Cha-am terletak di utara Hua Hin. Tempat singgahan pertama.... Santorini Park Cha-Am. 30 minit jeee.
                       
Pintu depan area kaunter tiket.

SUKA GILA TEMPAT NI. WAJIB PERGI OKK!

Colourful dan sebijik kat Santorini, Greece. Sangat feeling wehh. Tema harus biru putih saje laa kat sini. 

Operating Hours
Monday - Friday (10am - 7pm)
Saturday - Sunday (9am - 8pm)

Price
Non-resident: 150 Baht
(As of July 2015)

Aku masuk dulu 50 Baht jeee. Murah lagi. Sekarang dah upgrade harga nampakkkk.

Sini pun selain tempat bergambar, ada tempat boleh main game. Tapi harga lain yer. Kira macam i-City Shah Alam tu laaa.. Tengok je la link aku bagi atas tuuu. Baca situ. Kalau keluar tulisan Thai pun pandai2 la korang bacaaa yeeeeee...

Ok mari pusing-pusing Santorini Park!

Masuk-masuk je.... dah WOW! Its beautiful!

Santorini Park Official Souvenir Store.
Located on the left after main gate.
Sini beli souvenir 185 Baht Fridge Magnet.

Jalan sikit, jumpa benda comel, jalan sikit jumpa yang menarik, jalan lagi jumpa spot cantik. Bila entah nak keluar tempat ni. Hehe. Tapi memang best lah. Puas hati.

Banyak kedai jual barang2 cute macam tu kan, tapi quite mahal lah.

Blue & white themed

Tengokla jalan pun meletop letop

Ahkak pun meletop jugakk. Haha.

Ain bersama pasu bunga. Nice kan? 

Wedding cake bertingkek-tingkek!

Creative!

Yang ni terlebih kreatif. Hahaha..

View from above. Awan mendungggg.. :(

Jalan lengang je amik gambar!


Cute pasu!!!

Ok ni bahagian lain, ada banyak sangat kafe. Boleh la singgah!

Kitorang pergi satu kedai kopi ni saje mengopi. Price dalam 75 - 80 Baht sorang.
Cafe sini semua cun-cun oii.. 

Macam dalam library katakau.

Ini area depan kafe..

Besarnya Ferris Wheel tuuu!
Tak naik pun save bajet.

Takde duit? Takpo, boleh withdrawal. Hehehe.

Memang banyak gila gambar kat sini. Aku tempek mana boleh je la ye.

Jadi kesimpulannya, sila pergi sini yeeeee. Nak hanimun pun ok jugeee kat siniiii sebab tak dapat pi Greece nun.. Hehehe.

Balik Santorini Park, kami gerak ke Swiss Sheep Farm!

Nanti sambung.

Ok byee!

Wednesday, July 22, 2015

Overland Thailand: Hua Hin - Thai Rent A Car & Kedai Makan Halal di Hua Hin

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya semua! Makin gendut takkkk? Kihkih.

Kita sambung penjelajahan di Hua Hin yerr..

Previous post:-


30 August 2014

Bangun pagi.. Kita kemas beg nak pergi amik kereta sewa kat Thai Rent A Car. Pick-up patut pukul 8 pagi, tapi 8 pagi la baru nak keluar check-out bagai. Disebabkan awal pagi lagi, receptionist nan ado. Makcik semalam tu pun nan ado. Call tak angkat. Jadinya, letak bag dulu kat luar G2 Guest Room, dan jalan kaki la amik kereta. Dekat sangat. 10 minit jalan kaki + sesat sekejap. Lokasi Thai Rent A Car ni kat Hua Hin Downtown Villa Market, sebelum Hospital San Paulo. OK?!  

Morning! Depan G2 Guest Room @ Hua Hin Hotel

Nampak tak lokasi kat map ni? Dekat aje. Kena cross road dari G2 Guest Room, jalan terus je sampai nampak Downtown Villa Market sebelah kanan korang.
Tak payah ikut Google Map tu sangat. Tah mana2 dia bawa tu yang kitorang sosat tu.

Ada banyak kedai kat sini..

Dah sampai!

Jumpa reception Thai Rent A Car, sign agreement apa semua dan jangan lupa bawa Passport & Driving License ye. Credit card dilupa jangan sebab perlu bayar deposit 10,000 Baht. Hahahaha. Kalau lesap kereta tu aku pun tak tahu nak cari mana duit banyak2 tuuuu oii!! Quotation given at that time, sewa kereta Mitsubishi Mirage 1,100 Baht + VAT 7% = 1,177 Baht. Ok laa tu, sorang dalam 300 Baht (RM30). Kami sewa dari jam 8 pagi sehingga 8 malam hari yang sama ye. Insurans cover semua kecuali kemalangan disebabkan kami sendiri. Sebelum return kereta, kena isi minyak fuel tank. Tayar pancit, betulkan dulu. Harga minyak 30 Baht untuk 1 liter. Mahal gila. 

GPS ni bawa sendiri dari rumah. Nak guna Google Map pun bolehhhh kat handphone korang tu.. Tapi kena ade internet lah yer.

Alkisahnya, aku dengan Ain pun ikut la orang Thai Rent A Car ni nak check condition kereta.. Tapi, orang nye check Nissan Almera. Aku macam.. Eh, salah kereta ni. Aku pun tanya la orang tu yang kami minta Mitsubishi Mirage. Dia cakap apa tauuuuuuuuuuu! FREE UPGRADE UOLLS. Suka mak. Suka sangat. Kereta besar lagi. Muat sumbat semua bag kitorang dalam bonet. Haha. Ada tempat USB so tak payah nak dengar lagu Thailand. Kalau tak, kereta Almera ni 2,000 Baht tahu. Untung sangatttt. Tapinya fuel tank Nissan Almera ni 1,500 Baht ye. -___-"


Muka kegembiraan!
Ni depan kedai makan.
Kereta baru tauu dia bagi sewa. Bersih tanpa cacat cela. Hehe.

Perbandingan harga tak termasuk VAT 7% (July, 2015)

Jadi, kami pun drive laaa ke G2 Guest Room semula, amik bag dengan Uyu & Effa. Nak U-turn kemain jauh kau. Ingatkan makcik garang tu dah bukak kaunter. Rupanya belum lagi. Pukul 9 pagi plak tu. Lambat nau buka. Letak kunci je la kat bilik. Beli air mineral kat Family Mart jap. Ade je area Guest Room tu.. Misi seterusnya, jalan-jalan cari makan pagi!

Follow je GPS, kami cari kedai makan area Hua Hin Railway Station. Kalau nak tau, situ banyak kedai makan halal. Jumpa tak jumpa je. Hahah. Kami ni pun nasib baik jumpa kedai halal tepi jalan. Kedai tu agak famous (baca belog orang), jual nasi ayam kuning & roti sedap. Kedai warna hijau, opposite railway station dekat dengan roundabout ke Chaam. Kereta memang banyak masa ni. Jalan 1 lane ajee dan susah nak cari parking. Pusing satu kali round, dapat parking. Depan kedai pulak tu. Hihi. Rejeki. 

Ini la kedai nya. 
Kedai ni pun featured dalam Mad Markets. Masa aku tengok Elfira Loy pi sana tu, teringat kat makanan sedap gila kat sini. 

View dari dalam..


Menu. Kami amik Yellow Baked Rice with Chicken dengan Sup Daging recommended by waiter situ..

Roti. Murtabak pun ado. Tapi roti takde pagi2. Baru nak rasa roti sedap. :(

Nasi Ayam Kuning. Nampak tak sos merah tu memanggil-manggil oii. Sedappp!

Sup Daging ni memang kaw-kaw sedap sangat. Meletop-letop pedasnye. Wajib rasa.

Total makan 265 Baht. Ok laa tuuu. Murah sangat. Kedai makan halal ni dibuka dari jam 9 pagi sampai 8.30 malam. Roti ada jam 2 petang.. Mai la datang!

Lepas ni jalan-jalan satu Hua Hin sampai letih. 

Next entry!

Bye!

Sunday, July 12, 2015

Overland Thailand: Bangkok to Hua Hin & G2 Guest Room @ Hua Hin Hotel

Assalamualaikum!

Previous post:-


29 August 2015

Jam 5 macam tu, kitorang bergegas keluar Platinum Mall. BTS terdekat Ratchathewi. Dekat tak dekat pun 1 km oi. Kalau jalan kaki mau 15 minit. Jadi kami naik teksi. Dalam 43 Baht kot.

Sekarang ni yang penting nak kena sampai Hua Lamphong Railway Station on time. Naik teksi? Memang jam gilaaa... nak tak nak naik BTS & MRT. Kat Hua Lamphong pulak, paling dekat MRT Hua Lamphong. Jadi dari BTS Ratchathewi, transit kat BTS Siam untuk ke BTS Sala Daeng. Kat sini kena transit lagi naik MRT Silom. Ikut je signboard. Memang tak sempat amik gambar sebab masa ni berlariiiiiiiiiiiiiiii macam masuk Olimpik! 

Jauh sangattt dari BTS Sala Daeng nak ke MRT Silom. Serius jauh. Lepastu MRT Silom nya bawah tanah. Berlari pulak turun bawah bagai semua lahhhh! MRT Silom ke MRT Hua Lamphong 18 Baht sorang ye. Keluar je dari MRT Hua Lamphong tu, bukannya sampai direct kat Hua Lamphong Railway Station okkk! Kena menapak lagi. Jauh jugak niiii lari-lariiii.  Aku memang dah tak ingat lah lokasi kat mana. Memang lost.

Lari amik luggage kat 'Left Luggage'. Lepastu lari lagi pergi Platform 9. Pastu tak tau nak naik gerabak mana. Arghhh!!! Stresssss!! Dah la tak tulis langsung nombor kat luar gerabak. Tanya kat Encik Polis, takde pulak bagitau naik kat mana... Atau dia bagitau, tapi tak faham. Haha.....

Sampai kehujung jugakla kitorang jalan. Alih-alih patah balik, naik train then jalan balik ke gerabak kat depan-depan tu. Sebaik ade Encik Keretapi datang tolong. Dia tunjuk seat kami. Jauh jugakla cari gerabak oiii.. Kan kami ingat kami minta seat aircond masa beli tiket pagi tadi tu. Tapi dapat free open airrr uollssss. Ohsem sangat ni haaaa. Menguji kesabaran betul. Minyak2 habis muka ni haa... Walau apa punnn, ok la tu dapat naik train even cenggini rupanye. Yang penting tak miss train! Pengalaman kata kau. Haha.

Suasana dalam keretapi second class.
Open air sangattt. Kalau hujan tak tahu la. Eh rasanya hujan sekejap masa tu.

Orang mintak tikettttt....

Wefie bersama pakcik ituuu... Nampak tak tingkap oldies belakang aku tu... Style kampung sangat kan!

Train kami memang gerak on time. Tapi sampainya tak tahu la kenapa lambat nau. Patut around 9.51 malam sampai. Tapi terlajak sampai nak dekat pukul 11 malam. 

Hello Hua Hin! Such a classic station!

Malam itu kami pilih untuk tidur kat G2 GuestRoom @ Hua Hin Hotel. Kami jalan kaki ajee ke hostel. Dalam 650 meter. Gagah bawak bag tahuuu?? 

Map dari Hua Hin Railway Station ke G2 Guest Room

Senang aje. Boleh Google lokasi. Hotel tepi jalan besar saja. Kitorang book kat agoda.com. Dalam RM34 sorang untuk satu malam. Sampai kat depan G2 GuestRoom ni, receptionist takdak. Yelah, dah malam kan. Jadi, call aje orang tu ikut number handphone depan pintu. 

Makcik tu sampai ajeeee, dia bising-bising. Ape benda entah dia bebel sorang2. Dah la tak friendly langsung. Ini tak boleh. Itu tak boleh. Ada je yang tak kena. Sampai hempas2 kunci bagai. Dengan bising "Don't let the door open. Go in. Don't go out!". Eh eh. Dalam bilik pulak, sibuk bercerita pasal TV. Aircond pun tak bukakkan. Katanya, kalau TV rosak, bayar 500 Baht. Burrr. Whatever. 

Ketepikan makcik tu, kita cerita pasal bilik. Spacious. Aku suka. Katil pun best aje.

Sepahkan bagggg!

Ni ha TV 500 Baht tuuuu.. Hehehe


Bilik air. Ok aje. Cuma aku tak tau la kenapa rail tu macam tu. 

Kitorang kan 4 orang. Masa bagi passport kat area reception tu. Orang tu tanya la Ain tidur dengan sape. Ain cakap dengan aku. Ingat macam dia saja2 tanya. Ok. Peraturannya, bila dah bagitau ko tidur dengan siapa tu, jangan ubah dah. Satgi dia bising macam dia bising kat kami! Tak bagi tukar bilik! Apehal entah makcik tuuu. Koser nak layan.

Nasib baik bilik ok. Kalau takkkkkkkkkk.... Grr...

Nasi beriani beli kat Platinum Mall pun tak makan lagi. Bila nak makan, basi pulak... Takde rezeki... Jadi, tidur je laaaa.... 

Ok pengembaraan di Hua Hin bermula esok!

Next entry ye!

Bye!

Saturday, July 4, 2015

Overland Thailand: Bangkok - Chinatown, Little India & Platinum Mall

Assalamualaikum!

Previous post:-



29 August 2015

Harini kita rilek-rilek sikit. Checkout dari State Tower Apartment pukul 10 pagi. Naik teksi depan State Tower pergi ke Bangkok's Main Railway Station iaitu Hua Lamphong. Harga dalam 20 Baht sorg lebih kurang sebab tak jauh pun!

Simple konsep je kan.

Information counter kalau nak tanya apa-apa. 

Sampai Hua Lamphong, kami letak bag gabak kami dulu. Kat sini ada 'Left Luggage'. So tak payah nak heret bawa beg kemana-mana. Lokasi aku tak ingatlah. 260 Baht sekali simpan 5 bag. Tujuan kami ke Hua Lamphong sebabnya nak beli tiket train ke Hua Hin & Surat Thani.

Nak beli tiket ni pun orang tu faham la jugak English. Faham tak faham pun kitorang dapat tiket yang tak sama seperti kitorang mintakkk. Hahaha. Apo2 je laaaa...

Bangkok - Hua Hin
Train Number 173. Second class with Fan (Seat)
Harga: 152 Baht per person

Minta yang gerabak air-cond dibaginya kipas. Pon bolehh. Entahlah salah sebut ke apa kat orang tiket kaunter tu. Takpelah, cut cost sikitttt kat situuuu. Kalau air-cond dalam 252 Baht tak silap. 

Hua Hin - Surat Thani
Train Number 173. Second class with Aircond (Sleeper)
Harga: 650 Baht per person

Kat dalam Hua Lamphong ni ada Food Court. Ada satu kedai halal kat dalam ni. Boleh la makan dengan gembiranya since malam semalam makan maggi jerrr. 

Ada dekat area ruang tempat duduk je Food Court ni

Ruang dalam..
Sendu pulak aku tengok pic ni hah.

Ni la kedainya. Ada yang goreng-goreng dengan buffet gituh. 

Kalau tak silap dalam 60 Baht.
Apesal entah tak menulis dalam buku pasal Food Court ni. Jadinya ingat-ingat lupaaaa.

Next kita pergi Chinatown. Naik teksi dari Hua Lamphong. Harga tak ingat. Misi nak mencari Sampeng Lane. Satu hal gak tu mencari simpang Sampeng ni hahh! So kalau korang naik teksi, bagitau je kat driver nak pergi Sampeng Lane. Chinatown kat Bangkok ni besar.

Dah sampai uolls!

Marilah berjalan... Dan jalan... dan jalan.... dan tanya orang.. dan jalan....

Sampai jumpa Sampheng Lane! 
Nampak tak signboard tu.

Kedai area Sampeng Lane.

Crab cheese keeee...

Pi Chinatown ni saje je jalan-jalan. Takde beli apa sangat pun. Banyak barang murah tapi aku tak berapa berkenan. 

Next nak mencari China World Mall. Bangunan merah ni kemain susah nak mencari. Entah kemana-mana kami berjalan. Tanya orang ni bagitaunya kat sini. Tanya orang tu bagitaunya kat sana pulak. Stresss makk! Agak lama la mencari sampai kehujung jalan mana entah. Alih-alih, naik teksi. Nasib baik driver tu bawa ke tempat betul. China World Mall ni terletak kat Phahurat Road ye rakan taulan. Kat kawasan Little India Bangkok.

Entah manaaaa...

Sumber Abam Google.
Kedai ni tepi jalan je.

Kat sini nak cari kain pasang. Aku memang tak beli banyak lahhh. Koser nak ngangkut oi.

Berlambak kain cotton. Cantik-cantik. Warna-warni.
Kalau beli lace pun banyak sangat pilihan. 
Aku beli kain cotton 80 Baht untuk 1 meter. Sini pakai yard tau bukan meter. 1 yard = 0.91 meter je. Korang cakap je la kat orang kedai tu nak meter. Kang tak cukup kain plakkk. 

Kain lagi.. Ni aku rasa boleh buat kemeja jalan-jalan.

Lepastu kalau jalan depan China World Mall ni ade orang jual kain songket dengan thai silk. Songket macam kat Kemboja jugak. Harga sini macam mahal sikit kot. Aku tak beli pon sebab design lebih kurang. Yang kat Kemboja pun tak buat lagi baju kurung. Hahahaha.

Then masuk kat Rani Textile, pergi Level 2. Banyak jual kain silk. Mahal la sikit. Tapi original. 

Jam dah pukul 2 petang. Kami dah lambat. Train pukul 5.35 petang. Next stop nak ke Platinum Mall. Famous mall di Bangkok untuk shopping habiskan duit. Lulz. Tahan teksi. Sebut nak ke Pratunam Market. Since Pratunam tu sebelah Platinum je kan. Driver tu macam pelik. Apehal nak pelik pulak ni. Dia macam gelak-gelak je bila kami sebut Pratunam. Salah sebut ke kannn.

Dia pun turunkan kami ke satu lokasi ni. Mana mall nyeeee???? Mungkin kat belakang sikit kot. Positif sangat kannn. Hahaha. Tapi nak tau apaa???? Dia bawa kami pergi PASAR BASAH JUAL IKAN AYAM BAGAI SEMUA TU. Sedih sangat. Dahlah 20 minit nak harung ke tempat yang salah tu. Jalan jam ok. Mungkin ada Pratunam lain kot kat Bangkok ni.  -___________-

Takpe2, teksi berlambak. Tahan lagi. Cakap nak pergi Platinum Mall. Sebut satu-satu. Karang melepas lagi, naya. 30 min pulak nak ke sana. Nampak tak pembuangan masa disitu? 

But finally, kami sampai jugakkk.

Grr....

Kesibukan kota..

Sampai around 4 petang. Faham tak perasaan kau ada 1 jam je nak shopping kat sini? Huuu. Semuanya sebab pakcik teksi! Sampaikan gambar kat dalam mall pun tak teramik.... 

Sempatla grab 3 helai baju dengan shawl 2 helai. T-shirt dalam 150 - 180 Baht. Memang murah. Shawl 100 Baht. Kalau beli banyak, lagilaa murah dia bagi uolsss. Ni pun kitorang grab grab grab aje. Jumpa ambik. Jangan fikir-fikir since we are running out of time! Sedihnya, kitorang tak sempat nak jalan lama sebab kejar masa kan.

Jadi mari mengubat hati lara beli briyani kat Food Court dengan harga 440 Baht untuk 4 orang. Buat dinner malam kang.

Simpan dalam hati nak pi Bangkok lagi untuk shopping. Haha. Perempuan oh perempuannnn!

Misi mengejar train pulak next entry! Hehehe.

Bye!