Monday, December 11, 2017

Sabah Trip: Mabul - Snorkeling Turtle Point & Jalan Pekan Tawau

Assalamualaikum!

Previous post:-


6 Mac 2016

Last entry untuk Sabah! 

Semua entry Sabah mohon tekan sini ok: SABAH

Ok pagi tu sarapan Bihun Goreng, telur & roti. Lepak-lepak jap, pukul 9 pagi kita tengok turtle. Lokasi area Uncle Chang sana....

Morning view..

Dah naik bot

Pagi-pagi mesti datang sini dulu amik barang-barang ape tah..

Lessgoooo..

Dari atas bot lagi memang dah nampak penyu, siap timbulkan kepala. Eksaited oi. Time ni dorang tinggalkan aku sendiri bersama Arsi. -__-. Nasib ko la Arsi kena tunggu aku yang lambat ni. Ahahaha. Tapi ada dia memang jadi photographer aku je la nampaknye. 

Aku berhenti kejap sebab penat. Bila cakap nak pelampung kat Arsi, dia buat tak tahu jeee. Chet! Hahaha. 

Tapi banyak gila penyu oi! Rezeki sangat haritu. 20 ekor jugak kot. Takde la aku kira tapi nampak macam lebih kurang gitu. :D Teruja tu toksah cakap. Lalu sikit nampak penyu. Lalu je nampak. Ish2. Teringat masa kat Tioman, sekali tu je nampak. Pastu nan ado dah. 

Arsi banyak amik gambar. Mekasih Arsi! 
Nanti jumpa la aku lagi - Kalau dia baca ni la.

LAGI

BESAR GILA

Eeee pandai betul capture ni.

Nyorok kerrr!

Ingat tak nampak! Badan dia sekali pandang corak macam batu karang.. So mengaburi mata kadang tu.

Besar tau penyu sini..

Ni coral yang aku nampak..

Ada part yang pasir putih jeee.. Pastu berlambakkkkkk tapak sulaiman..

Coral, ikan biru, ada landak laut disitu

Ni ikan nama dia Pacific Trumpetfish.
Haa ni aku nak cerita. Mat salleh kat tempat kami stay tu, lepas snorkeling atau diving, mesti bukak buku pasal jenis-jenis ikan ni tau. Tengok ikan jenis apa agaknya.
So aku pun tengok jugak la kat dinding Mabul Backpackers ni. Ada jugak. So same level la aku dengan dorang agaknya. Kuang2.
Masa nak balik gerak ke bot tu, air naik rasanya. So rasa macam berenang-renang still tak sampai. Aku tak gerak ke.... Bot tu yang gerak menjauhi aku ke apa tah. 

Dah tu je gambar dalam laut untuk hari terakhir kami kat Mabul. Banyak lagi gambar penyu, kang bosan pulak korang. :D

Then sampai hostel, duduk kejap depan tu. Makan tengah hari lauk rendang ayam, sayur dengan ikan goreng pastu ada puding caramel. Amboi2 lauk.

Dah siap makan, mandi kemas barang nak check-out. Sementara tu sidai baju kat luar. 

Ni bilik baru. Private room la gitu.

View depan bilik. Cun!

2.30 petang macam tu, amik gambar jap area SMART. Panas oi! 

Cantik sini... Pasir putih. Laut membiru.

Sekolah kat Mabul

Kami tunggu bot datang sampai jam 4 petang. Tunggu orang dari diving balik. 

Then bye-bye lah semua! You are the best lah Mabul! Rindu gila bila throwback ni. 

Ni Mabul ke satu lagi pulau aku pun tak sure. 

Dalam 30 minit perjalanan naik bot, kami sampai kat satu jeti ni. 

Eh ni bukan tempat haritu. Nak pick up barang kot.

Sekali dia suruh turun sini daaaa....
Takut aku. Rupanya dia kata nanti ada orang amik kat sini naik kereta. Okkaayyyy...

Cantik kannnn! 

Kampung Pakalangan nama diberi.

Rina Google jap. Ok betul dah sampai Semporna. Takot lah kan sebab takde cakap plak nak naik kereta. So kita yakin saje. Tunggu, then ada pakcik ni pick up kitorang bawak ke Taman Tun Sakaran. Kenapa bot tak sampai sana terus? Jauh sangat. Lagi cepat naik kereta. Baiklah. 

Sampai kat office Mabul Backpackers tu, sembang jap dengan Pak Basaron. Owner tempat tu. Jam 5.30 petang, Firman (driver Van) pick up kami pulak nak ke Tawau. RM 30 sorang kalau tak silap. Jam 7.30 petang sampai hotel kat Tawau. 

Kami bermalam kat VS Guesthouse. RM 80 bilik besar, katil besar. Best jugak la. Kami makan malam kat ara Waqaf Mall. Makan nasi goreng lalap!.

Basically macam ni lah. Lebih kurang ayam penyet lah kot. Total RM 25 makan untuk 3 orang. 

Nah map!

7 Mac 2016

Bangun pagi cari sarapan area Pasar Gantung Tawau. Ada jual air je. So kami pergi makan kat kedai 1001 Rasa. Makan Nasi Kuning, lauk hotdog dengan telur mata. RM 17.50 bertiga. 

Ni haa nasi kuning.. 

Marilah jalan kaki ke Pasar Tanjung Tawau beli kerepek.

Pekan Tawau..
  
Gigih tau jalan. 

Gamat mau??

Teringat rumpai laut ni buat kolagen.
Aku pun terjebak ok time tahun 2012-2013 gitu. 

Ikan bilis harga sekitar RM 13 - 500gram. RM 28 - 1 kg. 
Sekarang tak tau.

Kerepek gerai macam-macam kitorang singgah.
Gajus 1 kg - RM 45
Gajus 400g - RM 20
Kerepek cincin rabiatul - RM 5
Kerepek ubi pedas 500g - RM 7
Belinjau (Ape nih? tak ingat) - RM 5
Kerepek pedas keju - RM 10
Kerepek Seaweed tak ingat harga
Kerepek tauhu - RM 10

Rasanya yang tu aku dan kawan2 beli. Tu harga 2016 yer. Jangan beli-beli dah takot overweight bag. Joms.

Lepas tu balik hotel, kemas bag. 11.30 pagi kami check-out. Letak bag tepi kaunter. 

Misi nak cari ABC Milo Kedai Atap Biru. MANA KAU. Sampai kesudah tak jumpa. Jalan kaki sampai Masjid Alkausar tau jauhnye. Hujan pulak tu. Gigih tak. Dahlah tak jumpa. 

Ni makan kedai mana tak tau. Tak sedap plak tu. Haha. RM 4.50.

1.30 petang macam tu amik bag balik kat hotel, dan tunggu le teksi sampai. RM 40 one way untuk 1 teksi ye. 30 minit je perjalanan. Nak masuk imigresen, tapi tak dibagi. Pukul 3 baru masuk. Aku pun tak ingat jam berapa flight. Lepak kedai minum kejap le. 

Thank you Sabah! It has been great!
I hope to come again soon!!!

Our sunburn face after 7 days naik turun laut! Ahahaha. 
Aku taknak share gambar sebelum selepas. Horror!

Okbyeeee!