Sunday, March 12, 2017

Road Trip Australia: Melbourne - Brighton Bathing Box

Assalamualaikum!

Finally. Setelah 2 tahun. Last entry untuk Australia-New Zealand Trip.

Previous post:-



5 September 2015

Dah letak barang-barang shopping kat hostel, kitorang ke Flinders Street Station. Nak naik train pi Brighton Beach tengok sunset.. Still pakai Myki card ye.

Ada kereta kuda area depan hostel..

Kejap je jalan kaki dah sampai.

Naik train yang hala ke Sandringham.
Gini haa train nye...

Depan ada menara tinggi2

Aku rasa Melbourne ni feeling dia macam kat Malaysia laa. Mungkin suasana kat sana. 

Dah sampai!
So mari menapak ke Brighton Beach!

Lalu rail keretapi..

Jalan dan jalan.. Depan sana dah laut dahhh..

Sunset gitu.....

Bye Melbourne. See you when I see you!

Kalau pergi Melbourne tak singgah Bathing Boxes memang tak sah kan? Tapi... Nak menapak tuuuuu.. Kemain jauh gilaaaaaaa. Lagi-lagi bila kena jalan atas pasir. Rasa nak berenang je walaupun tak reti. 

Ain captured this.

Jalan punya jalan dikejauhan sana baru la nampak kotak kotak tersebut.

Ain jugak. 
Sinar harapannnnn nampak boxes tu...

Gambar bersama tolak Azfar

Ginii haaa kalau nak posing.

Cantik laaa bathing boxes kat sini. Menarik sebab macam2 warna. Pastu memang ada orang tinggal kat situ eh?

Bukan tinggal la kot. Maybe rumah kedua.

Sunset!

Bila dah habis tu, kami patah balik ke train. Nak kena cepat takut lambat ke airport oi. Malam ni nak balik dah.. 

Masa dok jalan kaki ke train station tu, nampak rumah besar2 ngadap laut. Kaya nya korang niiiii..!

Depan Flinders Station

Kitorang gerak ke hostel amik bag semua. Naik Skybus ke airport. Check-in semua takde masalah. 

Flight jam 1245 malam 6 September. Tu yang menepek kat airport cari Dare tak jumpa jumpa. Nyampah.

Selamat tiba KL jam 7 pagi.

*****

Total Cost 8 Days New Zealand (South Island): NZD 600
Total Cost 3 Days Australia (Melbourne): AUD 300
Total Cost Include Flight Ticket: RM 3,700 (Masa ni convert to RM murah lagi)

Tak termasuk shopping, aktiviti persendirian (Bungy Jump, Paragliding) dan hal-hal persendirian

Booked awal-awal macam hostel & aktiviti, save sikit duit tu.

:D

HABIS DAHHHH!

Saturday, March 4, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu ke Kundasang - Lokan Bakar & Pekan Nabalu

Assalamualaikum!

Ni cerita Mac tahun lepas. Aku dan kawan lagi dua orang (Rina & Fishah) ke Sabah. Kitorang ke Kota Kinabalu, Kundasang & Mabul. Alang-alang sampai kita pusing sekali Semporna sana. Mulanya, kitorang nak road trip Sarawak-Brunei. Tapi, tak jadi plak macam mana tah nak drive kesana pastu patah balik. Dok fikir-fikir, alih-alih pergi Sabah. Hehe.

Tiket flight Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Malindo Air - RM 99. 

Tiket flight Kota Kinabalu - Tawau, Air Asia - RM 100.

Tiket flight Tawau - Kuala Lumpur, Air Asia - RM 130.

Seminggu kami kat Sabah. 1 Mac - 7 Mac.

Bajet around RM 1,300 include tiket flight, hotel, entrance fee, kereta sewa, snorkeling KK, pakej Mabul, makan, minyak, transport Tawau-Semporna. Details, baca kat belog.

1 Mac 2016

3 pagi aku dah sampai KLIA2. Pastu menepek la tunggu kaunter Malindo bukak. Flight kami ke KK pukul 7 pagi. 2 jam 30 minit jugak dalam flight. Eh ni first time tau aku ke Sabah. Kawan-kawan aku dah pernah pergi. So aku excited semacam. Haha. 

Cantikkkk. Rina's phone. 
Aku ni bajet ingat nak nampak Gunung Kinabalu dari atas. Tapi tak nampak pun..

Sampai Kota Kinabalu Airport, Fishah contact penyewa kereta. Kitorang sewa Proton Saga untuk 4 hari. RM 280. Ni dah booked siap-siap sebelum pergi. 

Ni haaaa kereta. Tip top! Mileage pun tak banyak lagi. Alhamdulillah takde masalah pun sepanjang kat KK ni kecuali kena saman di malam hari grrrrrrrrr.

Kereta ni dia isi minyak half tank, so kami singgah isi minyak jap sekali isi angin tayar.

Lepastu, kami mulakan perjalanan ke Kundasang dulu. On the way ke Kundasang, jangan lupa singgah kedai Lokan Bakar kat Jalan Sulaman tau. Situ ada banyak kedai, nanti boleh pilih je. Nak ke sana, follow signboard Universiti Malaysia Sabah atau Politeknik KK atau INTAN. Tak pun, ko search je Sudi Mampir Jalan Sulaman. Ni nama kedai kat dalam Waze.

Kitorang sesat jugak semua sebab Waze. 

Ni haa kedainyaaa.....

Deretan kedai tepi jalan..
Panas ting-ting oiiiii..

Aim nak lokan bakar dengan kelapa bakar

Kelapa bakar.. Kelapa tu dibakar, pastu minum hangat-hangat gituu.
RM 4 sebiji.

Nasi goreng versi Sabah. Haaaaa gini rupanya. 
RM 5 sepinggan.

Ni la lokan! Ada saiz kecik, sederhana, besar. Cakap je kat orang kedai nak yang mana.

Lokan bakar siap masak! Saiz sederhana RM 10.
Weh sedap gila ni korang kena try. Cili dia tu memang terbaik. Rasa dia macam lala, kerang dan seumpamanya tu.

Kalau korang nak pergi Rumah Terbalik yang famous kat Sabah tu, boleh pergi dulu sebelum ke Jalan Sulaman tu. Kami amik gambar ni jer...

Entrance Fee..

Dah habis makan, kitorang teruskan perjalanan.... Jalan berlubang-lubang dan berpusing-pusing. Pening aku. 

Awan kepul-kepul. Langit biru..
Sepanjang perjalanan tu macam tak percaya pulak view tu kat Malaysia. Cantik..

On the way tu lagi, stop la jap kat Pekan Nabalu. Kat situ akan nampak view Gunung Kinabalu tau. Pastu ada pasar dengan gerai-gerai. 

Kat sini mendung pulakkk.. Awan tebal... Tak nampak gunung...

Macam sisthurssss tak kitorangggg???

Ni Gerai Pekan Nabalu..

Ada souvenirs, baju, barang2 tradisional..

Ni menara tinjau la kot. Tapi tak boleh naik. Tangga rosak..

View Pekan Nabalu. Tak ramai sangat orang..

Yang bumbung biru tu ada jual makanan. Pelik-pelik yang aku jumpa.

Tak buat apa pun kat sini. Jalan-jalan amik gambar je.. 

Lepastu pergi Kolam Air Panas Poring.. 

Next entry k! Byeee!

**Campuran gambar Khay & Rina**