Sunday, July 26, 2015

Overland Thailand: Cha-Am - Premium Outlet Cha-Am, Swiss Sheep Farm & Kedai Makan Halal di Cha-Am

Assalamualaikum!

Previous post:-


30 August 2015

Lepas ke Santorini Park, kami ke Swiss Sheep Farm. Kena u-turn tau. Sebabnya Swiss Sheep Farm ni bertentangan dengan Santorini. 

*Gambar sumber website Swiss Sheep Farm*
Haa nampak tak lokasi masing-masing? Semua dekat2, senang je korang nak pusing Cha-Am ni. Sebelah kanan Swiss Sheep Farm ni pun ada Pony Farm.

Tapi, on the way nak u-turn tu ada satu Premium Outlet Cha-Am yang boleh korang singgah. Depan sikit dari Santorini Park. Refer map atas tu. Kira macam Johor Premium Outlet la gituuu. Orang pun tak berapa ramai sangat. Tapi harga agak murah laaa. Effa beli kemeja G2000 dapat 199 Baht sehelai. Dalam RM20 jer. Kedai Warehouse pun murah2 jugak.. Dalam RM 15 gitu. Ain dengan Uyu pun sakan shopping.

Ni setinggi-tingginya dia letak signage. Confirm nampak!


Swiss Sheep Farm ni pun WAJIB PERGI TAU! Walaupun bulu kambing ni tak sama macam kat New Zealand mahupun Switzerland nun, tapi kau anggap je la sama yerrr. Sini memang port amik gambar. Colourful sangat!

Kaunter tiket pun dah cantik wehh..

Masa ni harga 120 Baht per person (August 2014).
Apsal aku tengok balik tiket ni ada Free Sheep Feeding oi? Kitorang tak tau punn ada free. Chet.

Operating Hours:
Monday - Friday (10am - 7pm)
Saturday - Sunday (9am - 7pm)

2015 Ticket Price
Couldn't find in their website or FB Page. Sorry.

Jum masukkkk!

Ini la kambing nyeeee....
Kurus pulak aku tengok..

Amboi sampai panjat pagarrrr! Lapar sangat kee?
Aku rasa ni la Free Sheep Feeding nye kot.
So korang kalau pergi, try la bagi kambing makannnn! (Kalau ada lagi la promosi free feeding tuuu)

Ain bersama anak patung gergasi..

Four of us!

Ni kan rupanya jagung kau tahu! Kemain dia buat tinggi-tinggi..

Comeyyyy!

Vintage sangat

Country style!

Spiderman pun ada!

Ni kawasan sekeliling.. Banyak sangat benda2 unik untuk korang amik gambar..

Kuda pun ada.. Tapi tak banyak pun.. 

Ingat kat Korea je ada? Sini pun ada ok love lock ke apa nama entah.. 

Nice building kan?

Kalau pergi belakang2 sikit, ada tempat warna-warni macam ni... Cun sangat buat profile photo kekdahnyerrr.. Haha..

Macam ni. 
Hahaha.

Kincir angin konon-konon tuuuu.. 

Betul-betul tepi jalan je Swiss Sheep Farm ni..


Memang banyak amik gambar kat sini. Tapi takkan nak letak semua. Karang asyik2 muka aku jee korang tengok kan. Heh.

Lepas tu korang jangan lupa singgah toilet Swiss Sheep Farm ni. Memang rasa macam kat Texas ke apa sekejap. Cun gilo toilet dia. Vintage sangat.

Sini pun ada souvenir shop. Sebelum exit. Aku beli FM la apa lagi.. Dalam 95 Baht kot seketul.

Lepas exit Swiss Sheep Farm (lain pintu dengan entrance), betul-betul sebelah kiri akan nampak lot kedai makan. Depan kedai makan ada petrol station. Kat sini ada kedai makan halal! Boleh la lunch kat sini.. 

Akak ni boleh cakap Kelantan. Senang laaa nak bercakap ye dakk? Pilih la nak lauk campur ke makan goreng-goreng.. Yang bestnya kat sini disediakan surau... So jangan risau2 nak solat kat mana ok!

Lauk campur 

Dorang berdua je makan...
Aku teringat2 Nasi Ayam pagi tadi makan. Heheh.

Patah balik kat parking lot dan kita turun semula ke Hua Hin..

Semangat betui selang sehari update belog.

Okbyee!

:)

Saturday, July 25, 2015

Overland Thailand: Cha-Am - Santorini Park

Assalamualaikum!

Previous entry:-


30 August 2014

Sebenarnya kan, kitorang takde plan pun nak pergi Hua Hin ni at first. Tapi bila dok baca belog orang, after Bangkok dorang akan pergi Cha-am / Hua Hin, terus rasa nak pergi tempat ni. Hari ni kami nak pusing-pusing bandar Cha-am & Hua Hin! Ada banyakkk sangat tempat nak pergi.

Expected Route: 

Santorini Park - Swiss Sheep Farm - Mrigadayavan Palace - Darussoleeheen Mosque - Venezia Hua Hin - Plearnwan Eco Village

Real Route:

Santorini Park - Swiss Sheep Farm - Premium Outlet - Venezia Hua Hin - Plearnwan Eco Village - Chatsila Market - Chatchai Market

Nampak tak beza? Biasala tu bila travel, plan akan berubah ikut kesedapan diri masing-masing. Aci redah, janji sampai!

Basically, ni route yang kami pergi..

Dari G2 Guest Room kami terus gerak ke arah bandar Cha-am terletak di utara Hua Hin. Tempat singgahan pertama.... Santorini Park Cha-Am. 30 minit jeee.
                       
Pintu depan area kaunter tiket.

SUKA GILA TEMPAT NI. WAJIB PERGI OKK!

Colourful dan sebijik kat Santorini, Greece. Sangat feeling wehh. Tema harus biru putih saje laa kat sini. 

Operating Hours
Monday - Friday (10am - 7pm)
Saturday - Sunday (9am - 8pm)

Price
Non-resident: 150 Baht
(As of July 2015)

Aku masuk dulu 50 Baht jeee. Murah lagi. Sekarang dah upgrade harga nampakkkk.

Sini pun selain tempat bergambar, ada tempat boleh main game. Tapi harga lain yer. Kira macam i-City Shah Alam tu laaa.. Tengok je la link aku bagi atas tuuu. Baca situ. Kalau keluar tulisan Thai pun pandai2 la korang bacaaa yeeeeee...

Ok mari pusing-pusing Santorini Park!

Masuk-masuk je.... dah WOW! Its beautiful!

Santorini Park Official Souvenir Store.
Located on the left after main gate.
Sini beli souvenir 185 Baht Fridge Magnet.

Jalan sikit, jumpa benda comel, jalan sikit jumpa yang menarik, jalan lagi jumpa spot cantik. Bila entah nak keluar tempat ni. Hehe. Tapi memang best lah. Puas hati.

Banyak kedai jual barang2 cute macam tu kan, tapi quite mahal lah.

Blue & white themed

Tengokla jalan pun meletop letop

Ahkak pun meletop jugakk. Haha.

Ain bersama pasu bunga. Nice kan? 

Wedding cake bertingkek-tingkek!

Creative!

Yang ni terlebih kreatif. Hahaha..

View from above. Awan mendungggg.. :(

Jalan lengang je amik gambar!


Cute pasu!!!

Ok ni bahagian lain, ada banyak sangat kafe. Boleh la singgah!

Kitorang pergi satu kedai kopi ni saje mengopi. Price dalam 75 - 80 Baht sorang.
Cafe sini semua cun-cun oii.. 

Macam dalam library katakau.

Ini area depan kafe..

Besarnya Ferris Wheel tuuu!
Tak naik pun save bajet.

Takde duit? Takpo, boleh withdrawal. Hehehe.

Memang banyak gila gambar kat sini. Aku tempek mana boleh je la ye.

Jadi kesimpulannya, sila pergi sini yeeeee. Nak hanimun pun ok jugeee kat siniiii sebab tak dapat pi Greece nun.. Hehehe.

Balik Santorini Park, kami gerak ke Swiss Sheep Farm!

Nanti sambung.

Ok byee!

Wednesday, July 22, 2015

Overland Thailand: Hua Hin - Thai Rent A Car & Kedai Makan Halal di Hua Hin

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya semua! Makin gendut takkkk? Kihkih.

Kita sambung penjelajahan di Hua Hin yerr..

Previous post:-


30 August 2014

Bangun pagi.. Kita kemas beg nak pergi amik kereta sewa kat Thai Rent A Car. Pick-up patut pukul 8 pagi, tapi 8 pagi la baru nak keluar check-out bagai. Disebabkan awal pagi lagi, receptionist nan ado. Makcik semalam tu pun nan ado. Call tak angkat. Jadinya, letak bag dulu kat luar G2 Guest Room, dan jalan kaki la amik kereta. Dekat sangat. 10 minit jalan kaki + sesat sekejap. Lokasi Thai Rent A Car ni kat Hua Hin Downtown Villa Market, sebelum Hospital San Paulo. OK?!  

Morning! Depan G2 Guest Room @ Hua Hin Hotel

Nampak tak lokasi kat map ni? Dekat aje. Kena cross road dari G2 Guest Room, jalan terus je sampai nampak Downtown Villa Market sebelah kanan korang.
Tak payah ikut Google Map tu sangat. Tah mana2 dia bawa tu yang kitorang sosat tu.

Ada banyak kedai kat sini..

Dah sampai!

Jumpa reception Thai Rent A Car, sign agreement apa semua dan jangan lupa bawa Passport & Driving License ye. Credit card dilupa jangan sebab perlu bayar deposit 10,000 Baht. Hahahaha. Kalau lesap kereta tu aku pun tak tahu nak cari mana duit banyak2 tuuuu oii!! Quotation given at that time, sewa kereta Mitsubishi Mirage 1,100 Baht + VAT 7% = 1,177 Baht. Ok laa tu, sorang dalam 300 Baht (RM30). Kami sewa dari jam 8 pagi sehingga 8 malam hari yang sama ye. Insurans cover semua kecuali kemalangan disebabkan kami sendiri. Sebelum return kereta, kena isi minyak fuel tank. Tayar pancit, betulkan dulu. Harga minyak 30 Baht untuk 1 liter. Mahal gila. 

GPS ni bawa sendiri dari rumah. Nak guna Google Map pun bolehhhh kat handphone korang tu.. Tapi kena ade internet lah yer.

Alkisahnya, aku dengan Ain pun ikut la orang Thai Rent A Car ni nak check condition kereta.. Tapi, orang nye check Nissan Almera. Aku macam.. Eh, salah kereta ni. Aku pun tanya la orang tu yang kami minta Mitsubishi Mirage. Dia cakap apa tauuuuuuuuuuu! FREE UPGRADE UOLLS. Suka mak. Suka sangat. Kereta besar lagi. Muat sumbat semua bag kitorang dalam bonet. Haha. Ada tempat USB so tak payah nak dengar lagu Thailand. Kalau tak, kereta Almera ni 2,000 Baht tahu. Untung sangatttt. Tapinya fuel tank Nissan Almera ni 1,500 Baht ye. -___-"


Muka kegembiraan!
Ni depan kedai makan.
Kereta baru tauu dia bagi sewa. Bersih tanpa cacat cela. Hehe.

Perbandingan harga tak termasuk VAT 7% (July, 2015)

Jadi, kami pun drive laaa ke G2 Guest Room semula, amik bag dengan Uyu & Effa. Nak U-turn kemain jauh kau. Ingatkan makcik garang tu dah bukak kaunter. Rupanya belum lagi. Pukul 9 pagi plak tu. Lambat nau buka. Letak kunci je la kat bilik. Beli air mineral kat Family Mart jap. Ade je area Guest Room tu.. Misi seterusnya, jalan-jalan cari makan pagi!

Follow je GPS, kami cari kedai makan area Hua Hin Railway Station. Kalau nak tau, situ banyak kedai makan halal. Jumpa tak jumpa je. Hahah. Kami ni pun nasib baik jumpa kedai halal tepi jalan. Kedai tu agak famous (baca belog orang), jual nasi ayam kuning & roti sedap. Kedai warna hijau, opposite railway station dekat dengan roundabout ke Chaam. Kereta memang banyak masa ni. Jalan 1 lane ajee dan susah nak cari parking. Pusing satu kali round, dapat parking. Depan kedai pulak tu. Hihi. Rejeki. 

Ini la kedai nya. 
Kedai ni pun featured dalam Mad Markets. Masa aku tengok Elfira Loy pi sana tu, teringat kat makanan sedap gila kat sini. 

View dari dalam..


Menu. Kami amik Yellow Baked Rice with Chicken dengan Sup Daging recommended by waiter situ..

Roti. Murtabak pun ado. Tapi roti takde pagi2. Baru nak rasa roti sedap. :(

Nasi Ayam Kuning. Nampak tak sos merah tu memanggil-manggil oii. Sedappp!

Sup Daging ni memang kaw-kaw sedap sangat. Meletop-letop pedasnye. Wajib rasa.

Total makan 265 Baht. Ok laa tuuu. Murah sangat. Kedai makan halal ni dibuka dari jam 9 pagi sampai 8.30 malam. Roti ada jam 2 petang.. Mai la datang!

Lepas ni jalan-jalan satu Hua Hin sampai letih. 

Next entry!

Bye!