Monday, February 29, 2016

Family Day: Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi, Melaka

Assalamualaikum!

Minggu lepas ada buat Family Day kat Melaka. Sekarang kan orang dok pergi macam homestay atau resort cantik-cantik yang unik tu kann.. So pilih punya pilih tempat, kitorang decide nak menginap dekat Desa Balqis Beach Resort ni. Tak jauh pun dari KL.

Yang penting tempat kitorang nak tinggal tu cukup untuk 50 orang dewasa, boleh buat BBQ dengan tempat nak buat aktiviti. Desa Balqis ni pun besar kawasannya, dekat dengan laut, ada padang.. Kedai makan pun ada la kat luar Desa Balqis ni.. 

Ada banyak sangat rumah kampung yang korang boleh pilih. Depends on bilangan orang la kan.. Kitorang pilih rumah Pak Lang (RM 950 - weekend), rumah Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang & Kak Chik (RM 550 each - weekend). Harga bergantung kepada kebesaran rumah dengan tarikh korang pilih. Harga semua kat website yee. Boleh refer link atas tu.

Segala urusan perlu contact pihak pengurusan di KL. Kat Melaka tu, just tinggal amik kunci aje.

BBQ set - RM 50/set. Tak termasuk arang  & penghidup api ye..

20 Februari 2016

Check-in jam 2 petang. Tapi family aku sampai around 12 pm ++. Nasib baik boleh dah nak check-in nyeee. Kalau tak, tak tahu la nak melangut kat mana.

Ok kita tengok kawasan dulu...

Ni masa datang site visit bulan 12. Tanah merah lagi. 
Ini la rumah Pak Lang.. Paling besar.

Tangga Melaka style..

Rumah Pak Lang ada 5 bilik tidur (Queen), 2 bilik air.
Tilam, bantal, selimut pun banyak dorang bagi..
Siap aircond ok setiap bilik! Faham-faham je le kalau rumah papan ni waktu tengah hari... Hehe..

Luas! Boleh tidur kat luar ni jugak..

Ni rumah Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang & Kak Chik.
Attached room - ada pintu kat tengah antara dua bilik.
Sea view.
1 bilik tidur (Queen), 1 bilik air. Tapi luas sangat..

Swimming pool! Tapi tak separate dengan ruang budak2.

AJK yang terlibat. Ehhh kena ada AJK tau. Kalau tak, kelaut nanti..

Lautttttttt!

Amik port nak mancing... 
Tapi bukan aku laaa...

Yang paling depan tu kakak kawasannnn. Haha.

Laut lagi... Siap nampak kapal lagi belah sana sana..

Ni padang. Boleh buat main futsal.
Yang macam pondok tu, surau yee..

Siang tu kitorang buat potluck je untuk lunch. Kira tiap family bawa lauk-pauk. Makan ramai-ramai. Sampai kemalam boleh makan tau.

Malam tu, kitorang buat BBQ plak. Ayam, kambing, ikan semua perap sendiri. Nak minta Desa Balqis tu uruskan pun boleh. Dalam RM 35/person. Ada la menu-menu yang dia akan bagi. Tapi kena inform awal waktu booking tu ok.

Dah mandi laut tu, bersidai laa baju kat luar nunn.. Haha..
Yang lelaki semua dok membakar aje..

Gambar blurrrr..

Bakar ayammmm...

21 Februari 2016

Pagi tu pulak, plan nak masak nasi lemak dengan spaghetti. Kitorang tak expect pulak ada sarapan pagi daripada Desa Balqis. Setahu aku, kena bayar RM 5 sorang. Tapi takde pulak bayar apa-apa masa booking.. Dapat la nasi lemak, kuih-muih, air teh o dengan kopi untuk 35 orang. Banyak tu. Syukur ada rezeki lebih..

Sini takde tempat masak ye. Cuma ada kettle dengan peti ais je. Barang lain sila bawak sendiri. Hehe. 

Lepas breakfast, kita selfie!

Muka tak berapa nak ceria bangun pagiiii...

Pagi tu, sebelum breakfast, kita senamrobik! Bestttt.. Aku tukang amik gambo jeee.. Hehe..


Cantik pulak view ni haa...

Lepas breakfast baru la sukaneka... Buat kat tepi laut... 

Yang berbaris kat belakang tu tengah amik nombor nak main futsal...

Mak-mak duduk sini ajee... 

Ni game untuk para wanita. Boling kelapa. Hahaha..

Best betul..

Ni game belia remaja - Baling belon

Game budak-budak.. Kutip gula-gula...

Potong kekkkk!

Ni bagi hadiah.. Semua orang dapat...

Check-out jam 12 ok. Tapi kitorang tercheck-out pukul 1. Hehe.

Makanan memang banyak sangat. Balik tu singgah rumah pakcik kitorang, makan lagiii balance food tu semuaa... Habislah kiranyeee... So takdela membazir kann...

Paling penting, plan budget korang. Lagi-lagi bila ramai kan. Bahagi la ikut family.. Bayar sikit-sikit tiap bulan sebelum check-in date. Ok?!

Kitorang jarang jumpa ramai-ramai ni. Kalau Hari Raya pun, ada la few yang tak ada. So bila buat Family Day ni, boleh dikatakan majoriti yang datang laa.. Sorang dua la takde sebab study jauh.. Gituhh..

Hope this info helps for those yang nak stay kat rumah yang kampung style!

Byeeee!


Friday, February 19, 2016

Road Trip Australia: Twelve Apostles & Loch Ard Gorge

Assalamualaikum!

Previous post:-


27 Ogos 2015

Ok kami teruskan perjalanan dari Apollo Bay ke Twelve Apostles.

Ingatkan sheep putih-putih tu, rupanya pokok. Hurm.

Twelve Apostles ni sebenarnya batu-batu di tepian laut kat Great Ocean Road. Tapi lama-lama batu-batu ni terhakis, jadi takde la nak nampak 12 batu, ada dalam 8 aje yang tinggal. Aku tak kira pun la batu tuuu kat sana. Baru je baca ni haa. Hehe.

Perjalanan amik masa dalam 1 jam 30 minit aje..

Yay dah sampai!
Belah sana tu kalau korang nak naik helikopter tengok 12 Apostles ni okk!
Price from AUD 290.

Misi utama nak tengok 12 Apostles ye. Masuk free aje..

Kawasan keliling..
Dalam laut tu pun macam-macam adaaa....
Katanya "Spectacular above.. Outstandingly beautiful below"..
Gituu...

Jalan kaki dalam 10 - 15 minit untuk sampai kat 12 Apostles..

Masa sampai ni langit cerah lagi..
Cantik sangat pemandangan..

Rindunyaaaaa....

Jalan dan jalan...

Kita nak pergi hujung sana tuu...

Antara batu yang ada.. Dengan laut yang biruuuuuu...

Ni dah nak sampai look-out point yang hujung sekali..


Sebelah sini pun nampak jugak deretan batu-batu tuu...

Khal & Khay

View sangat lah ohsemmmm..


Ok langit mendung sudahhh...

Cantik kannn!

Waktu sunrise dan sunset pun cantik kalau datang sini.. Kalau ade rejeki boleh nampak penguin malam-malam naik darat. Hehe.

Masa hujan tu, kitorang pun bergegas la patah balik ke kereta. Nasib baik sempat sampai ye.

Lepastu, teruskan perjalanan ke Loch Ard Gorge. Dalam 5 minit aje naik kereta dari Twelve Apostles. Ikut je signboard okeh!

Ok dah sampai.. Ni map, boleh tengok..
Kitorang turun ke laut je. Tak sempat la nak jalan jauh-jauh..

Warning!
Free jugak masuk sini!

View dari atas... Cantikkkk...
Yang laluan air laut kat tengah-tengah tu kan.. Kalau ombak kuat, fuhhh tekezut kita...

Alkisahnya macam mana boleh jumpa tempat ni haaa... Ada kapal tenggelam pada satu masa dulu..

Ok turun bawah.. Ada tangga, jangan risau.
Cuma jalan berpasir. Penat aku menapak..


Belakang tu ada gua..

Other side..

Datang la pusing Great Ocean Road kalau berkesempatan kat Melbourne. Confirm tak menyesal.. 

Habis pusing kat sini, kitorang patah balik Melbourne..

Next entry!

Bye!