Thursday, February 11, 2016

Road Trip Australia: Searoad Ferries (Sorrento - Queenscliff) & Great Ocean Road!

Assalamualaikum!

Previous post:-


27 Ogos 2015

Bangun jam 5 pagi! Harini whole day penuh aktiviti..

Pagi tu breakfast nasi impit semalam dengan ikan bilis pedas. 6.20 pagi tu terus check-out dari Kanasta Caravan Park. Letak kunci dalam post box yang mana letaknya kat dalam kawasan Caravan Park tu.. Lepas tu kena berlari keluar sebab auto-gate. -___-"

Haa nampak tak tu muka bangun pagi sambil makan nasi impit..

Aktiviti pagi tu..... Naik Searoad Ferries dari Sorrento ke Queenscliff. Kanasta Caravan Park tu tak jauh pun dari jeti Sorrento ni. One of the reason pilih bermalam kat situ. Around 10 minit dah sampai... 

Booking Online. Kitorang booked awal dalam seminggu sebelum. Sebab dapat diskaun! Lagi satu, kalau korang beli tiket on the spot, takut habis. Harga mahal pulak tu. 

Kena ada kat jeti at least 30 minit sebelum departure. Kitorang amik feri jam 7 pagi. So pukul 6.30 pagi dah sampai la.. Ada sebuah kereta je time tu. Oh kalau nak jalan kaki pun boleh tau. Sama je macam naik feri kat Penang nun konsep dia. 

Harga. Harga lain kalau bawa kereta atau berjalan ye. Macam kitorang berenam:-

Vehicle + Driver: AUD 62
Additional Passenger: AUD 11 x 5 person
Discount Booking Online: AUD 2 x 6 person
Total: AUD 105

By Foot: AUD 11 per person

Operating Hours. Kalau dari Sorrento ke Queenscliff, setiap 1 jam. Bermula 7 pagi sampai 7 malam. Tengok je website aku bagi tu ok.

Ni keluar kereta kejap kat Jeti Sorrento, amik gambar.
Nampak tak feri dah sampai belah kiri tu...

Jam 6.45 pagi, orang jeti bagitau dah boleh masuk dalam feri. Drive kereta kat kaunter ni dulu. Bagi segala booking kat ahkak kaunter ye

Parking lah dalam feri tu so that korang boleh jalan-jalan atas feri..

Bye bye Sorrento!
Cantik sangat view masa ni. Kabus tu nampak nau la kesejukannya..

Lounge.
Kita datang sini, memang duduk luar feri lah sampai tak tahan sejuk, baru masuk dalam.

Amik gambar puas-puas kat luar.
8 degree celcius outside.

Feri dah gerakkkk... Perjalanan ambil masa dalam 45 minit.

View deck seat pun available. Tapi masa ni kerusi basah, tak dapat la nak duduk sangat. Sejuk pulak tu kan.. Memang kitorang je la kat atas deck tuu bergambar...
View memang superbbbb!

Ni dah nak dekat sampai Queenscliff.. Ingat nampak la dolphin.. Tapi nan ado...

Apa yang korang akan nampak kalau cuaca best dari dalam feri ni...
Kitorang nampak kabus ajeeee.. 

Kalau lapar, boleh la feeling makan sandwich & minum kopi kat sini.

Kat dalam pun berlambakkkkkk seat...
Masuk aje dalam passenger's lounge ni terus la bau semerbak kopi hoiii. 

Kita pun tercari jugak whales. Tapi tak jumpa. Tidur lagi kot..

Cantik sangat view kalau waktu summer...
Tapi bila tengok dalam website dia laaa.

Amik la gambar kat dalam lounge tu. Tup tup ada WiFi pulakkk! Terus ter-anti-sosial masing-masing. Siap ada charging area lagiii. Memang menempek la kat situ.. Hahahha.

Dah nak dekat sampai jeti, masuk kereta balik, dan drive keluar... 

Hello Queenscliff!
Parking jap area sini nak amik gambar..

Kalau kat Queenscliff ni la dah dekat dengan Great Ocean Road yang famous amous tu! Kat Sorrento boleh pergi Philip Island.

Bot mewah.
Mendungnya hari itu..

Shop lots area Queenscliff Harbour 

Haa ni bila photographer amik gambar guna DSLR dia, memang semua nampak cun. Haha.

Kitorang amik gambar kat situ, dan gerak ke......... Great Ocean Road (GOR)! Woohoooo!
Lalalala~~

Tiba-tiba sampai sini. Kalau jumpa tempat menarik nak berhenti, stop aje kereta. Tapi pastikan tak bahaya kat korang laaaa.. Banyak aje pit stop korang boleh berhenti..
Ni namanya Guvvos Beach.

Hee cantik sangat sini tauuuu...
Ni kira along the way to GOR la..

Bagus Ain amik gambo yeeee..

Okay dah la tu buat masa ni yer. 

Bye!


6 comments:

  1. Bila travel... Food semalam pon sedap! Jangan bazir... Ha Ha Ha... Pic comel gilakkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe kannnn...
      Nanti buang, sayang pulakkk...

      Hahaha kami mmg comeyyyy..

      Delete
  2. bestnyaaaa korang road trip ke GOR.. kami kena amek pakej.. sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa amik pakej? Ada baca jugak orang amik pakej sampai ratus2..

      Delete