Saturday, March 9, 2013

BBQ di Sanktuari Ikan Kelah Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.

Assalamualaikum..

Minggu ni nak bercerita kisah pergi meredah anak sungai ke air terjun yang sangatlah cantik iaitu di Sungai Chiling, KKB. Sungai ini terletak berhampiran dengan Bukit Fraser. Aku tak pernah jejak Fraser tu lagi okayyy.. Aku kesini bersama rakan sekerja. Kebanyakan yang lelaki dah berkampung kat situ hari Sabtu. Dan sebahagian gerak pada hari Ahad pagi.

"Ahad pagi", of course! Janji pukul 7 pagi. Harus lah gerak pukul 8 pagi kan. Menunggu sorang dan sorang lagi. Tunggu orang masak nasi bawak bekal pi sana, jemput tuan puteri kat depan rumah lagi... Maka, sampai kat Sg Chiling dalam pukul 10 pagi kot.. Jauh jugak sebab kami dari Damansara. Nak ke KKB tu.. boleh la tidur sekejap walau tak tidur punnnn...

Bila sampai kat Empangan Hulu Selangor tu. Cantik nya pemandangan. Gambar takde la. Pi tengok kat FB aku. Ada sikit je aku amik ni. Park kereta tepi jalan, dan kena jalan kaki dalam 5 - 10 minit untuk masuk ke kawasan sungai tersebut. Bayaran masuk dikenakan RM 1 seorang. 

Kawasan renjer. Buat pembayaran disini. 



 Ada tandas, surau dan orang meniaga. Tak tau dia meniaga apa....



Kawasan sekitar.


Ramai jugak orang masa ni. Orang berkhemah, picnic, trekking dan BBQ. Masa aku sampai memang dah lapo gilaaa... Suruh dorang bakar daging nyumsss, ayam, ikan. Siap ada kuah mushroom. Sedap nyaa.. Lepas makan, dorang kemas2 khemah bawak pi tempat parking balik...

Sebab apa tak biarkan khemah tu kat situ je??? Sebab nak ke air terjun kena jalan kaki jauh. Kurus sekejap.

Tu Yusma. Practical Trainee. Tu lah tuan puteri nyeeee.. Hahaha.


Tah apobenda hang pandang. Dia ni tukang masak nasi. Orang rumah masakkannn.. hehe.. 


Time ni dok main handphone. Sekali cover handphone terjatuh tak perasan sudah kemana. Sobsss.

Hutannnnnn je belakang tu...


Dah setel kemas barang apa semua, kami pun memulakan perjalanan ke air terjun yang depa dok cerita tak habis2 tu. Dorang pernah pergi dulu. So, banyak la cerita dorang dok bagitau kat aku pasal tempat ni... 

Aku ingatkan jalan biasa je nak meredah air terjun tu. Sebab bila dorang bercerita, macam jalan denai biasa. TAPI, sangkaanku meleset sama sekali. Dah ala2 naik Broga (walaupun tak pernah naik) yang penuh onak diri. Takdelah memanjat sangat pun. Tapi adventure lah jugak. Aku dah lama kot tak trekking ni. Last sekali masa Matrikulasi dulu. Tu je.. Aku suspek dorang ni saje cakap jalan denai biasa, sebab kalau dorang cakap adventurous karang, takut aku tak nak pergi la tu. Hoh.

Perjalanan selama 45 minit. Ada 5 anak sungai yang kena redah. Ada anak sungai yang cetek, ada yang sampai peha. Terjatuh aku beberapa kali kat anak sungai tu. Banyak batu pulak tu kan.. Yang tak boleh blah, kitorang siap bawak lagi tupperware berisi daging bakar okayyyy. Takut lapar katanya.

Bila dah sampai kat air terjun tuuuu.. Rasa macam. Wooowww... Cantiknya Subhanallah...... Rasa nak tidur je kat situ. Satu sebab sejuk. Satu lagi sebab penat gila hoiiiiiiiiiiii!

Beauty.

Nampak batu orang dok panjat kat tepi kanan tu. Kemain gagah aku nak naik jugak. Sampai tergelincir sekejap. Sebaik ada orang grab. Orang lain bila nak turun dari situ terjun. Aku yang tak reti berenang ni menggagau nak turun kan. Dah jenuh fikir nak turun macam mana. Hahaha.

Cantik ooooo.... Hilang segala penat 45 minit berjalan. :)

Setiap anak sungai dan kat kawasan air terjjun ni, ada banyak ikan kelah. Banyak sangat sampai aku macam berenang2 bersama ikan kelah tersebut. Eh kata tadi tak reti berenang?

Ikan kelah kat sini tak boleh dipancing ye. Bagi makan daging BBQ takpe! Haha. Like seriously okay aku bagi. 

Setelah aku membaca didalam website, rupa-rupanya, Sungai Chiling ni ada 3 tingkat air terjun. Yang aku pergi ni bawah sekali. So, ada lagi dua tingkat yang kami tak terjah. Terlalu curam je aku rasa untuk panjat.

Dalam pukul 2.30 petang, hari pun dah mendung, kami pun bejalan pulang ke kawasan renjer tu balik. Betul2 sampai kat situ, terus hujan lebat.. Sebaik sempat ye.

Kalau bawa anak-anak, boleh je tak payah pergi air terjun tu. Mandi kat sungai kat kawasan renjer atau kawasan tapak perkhemahan tu... Best jugakkk...  

Bila aku cakap trekking kan.. Haruslah keesokkan harinya aku sakit-sakit badan. Satu minggu okay aku alami macam tu. Nak turun tangga susah oo. Nak nangis je rasanya. Sekali, semua orang kat kilang aku tu pun sakit badan. Siap ada amik cuti lagi. Cheh.

Kesimpulannya, sila lah pergi ye.

Okay, bye semua!



[++ So Good ++]

4 comments:

  1. Salam,kalau nak buat aktiviti kt sg.chilling ni nk kena contact sape2 ke? ke pergi situ awal amek tempat je?tq:)

    ReplyDelete
  2. Wslm,

    Tak payah contact sesape. Just terjah je...

    Cuma kat sana akan ada Post Guard. Daftar kat situ dan bayar RM 1. Ok?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Khemah tak disediakan... Bawa sendiri. Boleh tidur sana jugak...

      Delete