Friday, May 27, 2011

Saya tak kisah saya dah 23.

Age is just a number.


Walaupun terfikir-fikir jugak macam baru hari tu je 17. Tiba-tiba dah 23. Eh?

Tak kisahlah, yang penting umur 23 ni diharapnya bakal menjadi lebih matang dan fikiran kearah kedewasaan dan juga kena fikir banyak tentang masa hadapan, akhir sekali kena simpan duit agar boleh kahwin. Eh?


Kakak aku janji nak bagi kek. TAK BAGI PUN. Chis betul. Dia ingat birthday aku 5 kali kot setahun. Kalau macam tu, setahun je umur aku dah 28. Amboi.


Ingat tak wishlist birthday aku? Baca sendiri lah kat entry ni : Wishlist. Pendek je kot, tak panjang entry. Mak aku dah berkira2 dah tu nak bagi oven. Haa.. Kalau dapat leh buat biskut raya dan kek hari jadi sendiri (sedih). Haha. Kad pengenalan baru pun nak buat. Tapi bila entah nak pergi. Ok2 next week, lepas event berjalan-jalan selesai. Hehe.


Apa-apa pun, terima kasih semua yang wish banyak2, call banyak2, sms banyak2, twitter banyak2, fb banyak2. I love you all! =) Nanti ada duit lebey belanja aku makan ok? Haha..


Ok lah semua. Tkde gambar plak nak share dengan korng.

Babai!


[++ So Good ++]

Sunday, May 22, 2011

Kenny Rogers

Ni gara-gara iklan Kenny Rogers dalam surat khabar.

Khay: Ma! Kenny Rogers buat delivery la! Tapi, radius 5km je. Mana ada Kenny kat Taipan dah..

Mama: Kat Subang Parade cukup kan 5 km?

Khay: Mana cukup, macam lebeyyy jeee..

Mama: Haa, cuba call cepat.. 1-800-bla3-tak-ingat.

Khay: Buat apa, nak order ke?

Mama: Takde la order, tanya orang Kenny Rogers, "Hantar tak delivery kat USJ?" Lepas tu, kalau dia tanya nak order apa, cakapla, "Takde pape, saje telefon nak tanya tu je".


Wahahaha...


Selamat meng-order kawan2! Terhad di kawasan Klang Valley sajo. :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 19, 2011

Lenggang perut

Sekitar malam hari perbualan anak-beranak.


Mama: Sabtu nanti ada kenduri lenggang perut tau kat rumah Mak Long.

Khay: Lenggang perut? Apa tu?

Mama: Haa tu lah, BM tak belajar betul-betul. Lenggang perut pun tak tau.

Khay: Laaa, kat sekolah dulu tak pernah pulak belajar simpulan bahasa macam tu.. Ada tak Midot?

Midot adik perempuan aku. SPM tahun ni.

Midot: Tak pun.

Khay: Haa, Midot pun tak belajar. Lenggang perut tu apa ma?

Mama: Kau rasa apa?

Khay: Kita pergi rumah orang berlenggang, bawak perut je. Datang makan. Ek?

Mama: Bukanlah.. Lenggang perut tu, macam adat. Tu la adat pun tak tau. Kalau anak dia mengandung dah 7 bulan macam tu, dia buat la kenduri lenggang perut. Macam kenduri doa selamat la gitu.

Tiba-tiba kakak aku menyampuk...

Along: Nanti Khairiyah mengandung, mama buat lenggang perut jugak ke??


EHHH, AKU PULAK MENGANDUNG DULU? Banyak la!


Haha.

Maka, umur dah 23 tahun ni baru aku tau pasal lenggang perut. Dah boleh kawin baru tau. Sebaik tak kawin lagi ye tak. Huhu.

Tapi ade je setengah retis tu buat baby shower. Kawan aku kata, kenapa kita nak mandikan baby tapi baby tu dalam perut lagi? Eh kau ni. Hahaha.


Ok. Tu je kali ni. =)







[++ So Good ++]

Sunday, May 15, 2011

Terkenang-kenang.

Hi!

Kita dah habis belajar la! ^^

Tapi kena tengok result dulu ni. Eh takotkan diri sendiri pulak. Tawakal je la kan, dah buat yang terbaik waktu exam hari tu.

Alhamdulillah, peristiwa 13 Mei pun dah lepas. Final Year Project Presentation setel sudah, dinner setel sudah dan segala apa yang perlu buat hari tu semua setel la. Seronok sangat.

Tapi nya, ada lagi kena buat. Hard cover thesis aku. Ok, ni Isnin baru nak pergi buat. Kena jugak siapkan kalau tak bila aku nak hantar kat pejabat fakulti aku tuuuu? Burr.

Oklah, ni event pada 13 Mei :-

FYP Presentation. Day two.

Menunggu panel dengan penuh sabar.
Kol 12 baru sampai panel aku. Time tu otak dah gelong dahhh...
Orang ramai dah balik kot..
Sobs.

Lepas Jumaat tu siap2 amik hadiah untuk dinner malam hari.
Penuh gila hadiah uiii...
Seat depan, belakang beserta bonet.
Tapi satu pun aku tak menang. Sobs.
Takpe, kita anggap takde rezeki. Hehe.


Lepas tu pergi Intekma tengok apa2 patut.
Ni swimming pool la opkos. Tapi takde la aku tengok swimming pool je.

Siap sudah. Simple saje.
Terharu aku tengok benda ni.
Usaha gigih kot ni dah ar tak reti guna adobe.
Tapi aku tau aku kental. Lol.
Sorry la kalau tak cantik ek kawan2.


Kau orang tak tahu betapa rushing nya aku balik dari Intekma terus pergi rumah Khal. Siap-siap, akhirnya lambat jugak sampai kat Intekma nak daftar mereka semua. Perempuan kan. Burr. Alasan.

Khal, thanks banyak2 weyyy. Segala pengorbananmu ku hargai. Kelakar betul time tengah siap-siap ni. Hahaha...


Ni sape ni?

Rakan seperjuangan, Abi Hedil. Dia suruh amik gambar sumbat dalam FB. Tapi aku up sikit ah masuk dalam blog. Hahah


Gambar lain aku update Facebook la nanti. Malas pulak nak mengupload bagai ni. Huhu.


Event ni pulak pada 14 Mei:-

Malam Titian Perpisahan budak2 kursus aku. Sedapnya makanan, kerang bakar ai mengidam dari dulu baru dapat tak leh bla btol.




Mari makannnnn!!

Karok time!
Harusla aku nyanyi walau suara aku tak sesedap artis.
Haha.

Dengan Tikah.



Bila lagi tah dapat jumpa member-member aku ni kan. Empat tahun yang dianggap lama tu rupanya sekejap je. Tak percaya kot. Lepas ni nak tengok wayang tak dapat guna student card la ek? Wahahaha. No student price anymore. Adult all the time laaaa... Hahah.


Sesape yang dah habis tu, alhamdulillah, tahniah aku ucapkan.

Lepas ni misi mencari kerja, jangan menganggur je duduk rumah makan tidur makan tidur apa kau ingat duit turun depan mata ke lepas bangun tidur?


Ok bai.



[++ So Good ++]

Tuesday, May 10, 2011

Event lapuk.

Entry ini untuk event lapuk Jumaat, 29 April 2011.

Maroon 5 Live in Kuala Lumpur yaw.

Dah ar dapat tiket free, thanks to my Along. You are awesome, next time belanja lagi okay. Hihi.

Orang kata muka kami sama. MEMANGLA DAH ADIK BERADIK LA! ngeng.


I tell you laa, Maroon 5 performance was superbbbb! The music, sound system were ahmayyzzzinnng!! (Ok, so over d top).

Recorded few videos, but it was so annoying to upload. U know why la kan, because we recorded 'em WITH our voice, singing as well. And ours are so not like Adam Levine, so better don't upload here. Plus, the lyrics went all wrong. Not all, some. And we were like.. "lalalalala". Haha, funny.

But here, one video which I think, can be uploaded in the blog. Since no unwanted voices of us - yelling, screaming and shouting in it. Eyh, macam sinonim je? Haha.


video



The crowd.

Hello there Mr Levine!


We sat quite far. So I managed to zoom up until here only.
Whatsoever la yang penting aku suka.

Hiks!

Spotted! Diyana & Kim!

Ah, messy sungguh. Kipas tu nak pegang 24 hours sbb panas. Burr.

Nak balik pon ramai lagi bertempiaran.

Eh ni kat USJ. APA LAGI DIKAU NAK BANGUNKAN USJ NI HA???
Tak cukup ke dengan segala macam bangunan shopping tu?
Makin crowded la nanti. Haih.





Overall.... I like. Heeee.

Bye people. Love you.



[++ So Good ++]

Saturday, May 7, 2011

7 Eleven.

Eh semangat pulak nak update blog lagi.

Nak cerita sesuatu laa..

Tempat: 7 Eleven, Taipan USJ.
Masa: Malam hari.

Situasi:

Khay: Bang, nak Celcom RM10.

Encik 7E: Celcom?

Khay: Aah.

Encik 7E: Celcom tu apa kak?

Khay: Celcom la. RM10.

Encik 7E: Kejap ek. Din! Celcom tu apa haa???!!

Din sebagai pekerja 7E yang tengah buat apa tah kat stor belakang.

Din: Topup la!

Aku dah macam, "Eh, budak ni takkan tak tau kot".


Encik 7E: Ohhhh.... topup keee.... Sorry la kak, saya dari kampung. Saya tak tau Celcom tu apa.

Khay: Haaa... takpe2..

Aku dah tersengih2 dah time ni. Burrr...

Encik 7E: Sorry ek kak. Akak jangan la sumpah seranah saya pulak. Kang akak kuar kedai, akak marah2 saya ke, sumpah2 saya ke.

Khay: Eh, takdelahhh...


Hahahaha lawak betul budak tu. Adoiyaiii.. Cerita kat member2, semua bantai gelak.

Ke aku yang salah sebut ni?? Haha.

Korang faham tak apa aku cuba sampaikan ni.

Kalau tak faham, meh call aku.

Haha..

K bai.


[++ So Good ++]

Kita dah habis exam laaaa!

Hai!

Dah habis exam!

Weehooo~


Eppp, tapi... 9 - 13 Mei akan menjadi hectic sedikit sebab macam-macam kena setel.
Tapi 13 Mei tu kemuncak sikit la. Sebabnya.....

1. Presentation poster Final Year Project 2 (Maybe from morning till evening).
2. Pre-Graduation Dinner FKM.
3. Jumpa Supervisor.
4. Jumpa 2nd examiner thesis.

Eh, ni bila masa nak siap-siap pi dinner ni? Pakai kain batik je kang aku ni ha (member kata). Nak pakai baju apa pun tak tau. Burr...

Harapnya tak gelong la aku hari tu. Tapi, mesti ada orang lagi sibuk daripada aku kan? So, takperler. Bukan selalu amik degree. heheh.


Maka, semuga berjaya kepada diri sendiri.

Dan kawan-kawan yang nak present FYP dan yang masih nak menghadapi final exam.


Lets hope a bright future for ourselves! *Pray hard*






[++ So Good ++]